fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

4 Perkara yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card

Kadangkala Ketika kita sedang membuat survey untuk mencari pelan medical card yang sesuai, ada beberapa terma yang kita tidak faham dan tidak tahu.

Untuk mengelakkan kita membuat keputusan yang silap, perlulah kita cakna dan faham tentang beberapa terma yang selalu ada dalam pelan medical card atau takaful.

Berikut adalah terma-terma penting yang perlu kita fahamkan:

1. Deposit Hospital

deposit hospital medical card

Setiap hospital swasta mempunyai SOP kemasukan wad tersendiri.

Apabila kita hendak mendapatkan rawatan kemasukan wad di hospital swasta, kebanyakan hospital akan mengenakan cas deposit dalam jumlah anggaran RM300-RM500 ke atas pemegang medical card (tanpa mengira syarikat pengendali takaful kita).

Wang deposit ini selalunya akan dipulangkan semula setelah rawatan selesai dan kita sudah ”discharge” daripada hospital (bergantung pada terma dan SOP hospital swasta).

Oleh itu, hendaklah kita maklum dan tahu bahawa deposit hospital ini adalah SOP daripada hospital swasta itu sendiri.

Namun, ada juga sesetengah takaful operator yang mempunyai panel ‘premium’ tersendiri, justeru pencarum boleh masuk dalam wad tanpa perlu deposit hospital.

2. Deductible dalam medical card

medical card deductible

Deductible ini adalah sejumlah tetap perbelanjaan perubatan yang kita perlu keluarkan sebelum pembayaran dibuat oleh syarikat takaful kita.

Jumlah wang ini selalunya sudah ditetapkan dalam sijil takaful.

Oleh itu, perlulah kita tahu samada pelan medical card yang kita ingin carum ada ‘deductible’ ataupun tidak.

Sebagai contoh, Amir mencarum satu pelan takaful yang mempunyai deductible sebanyak RM500.

Pada suatu hari, Amir dimasukkan ke hospital swasta atas akibat sakit ‘appendicitis’ dan perlu membuat pembedahan.

Bil yang dikenakan ke atas Amir adalah RM20,000.

Oleh itu, Amir perlu menjelaskan bayaran RM500 dan jumlah selebihnya sebanyak RM19,500 akan dibayar oleh syarikat takaful beliau.

3. Ko-Takaful

ko takaful medical card

Ko-takaful lebih kurang sama seperti deductible tetapi ada sedikit perbezaan.

Berbeza dengan deductible yang mempunyai jumlah yang tetap, ko-takaful dikira mengikut peratusan daripada bil perubatan keseluruhan.

Sebagai contoh, kita ambil kisah Amir tadi.

Kali ini, Amir ambil produk medical perubatan yang mempunyai ko-takaful sebanyak 10%.

Jumlah bil ‘appendicitis’ Amir adalah RM20,000.

Jadi, Amir perlu membayar 10% daripada RM20,000 tadi iaitu sebanyak RM2000.

Baki bil perubatan pula akan ditanggung oleh syarikat”pengendali takaful.

”CAP” dalam ko-takaful

Ada sesetengah syarikat pengendali takaful mempunyai maksimum ‘CAP’ untuk takaful dalam masa setahun.

Misalnya, Amir mengambil produk medical card yang mempunyai ko-takaful 10% dengan maksimum ‘CAP’ RM1000 setahun.

Pada bulan Februari 2023, Amir masuk ke hospital swasta dengan jumlah bil sebanyak RM10,000. Maka, Amir perlu membanyar ko-takaful sebanyak RM1000.

Pada bulan Ogos 2023, Amir masuk sekali lagi ke hospital swasta dengan jumlah bil sebanyak RM5000.

Untuk kemasukan kali ini, Amir tidak lagi perlu membayar ko-takaful kerana sudah mencapai maksimum CAP tahunan pada kemasukan beliau sebelumnya.

Kenapa syarikat pengendali takaful adakan deductible dan ko-takaful untuk medical card?

Deductible dan ko-takaful diwujudkan oleh syarikat takaful adalah supaya pencarum tidak menggunakan medical card sewenang-wenangnya.

Misalnya, terdapat banyak kes di mana pencarum hanyalah demam biasa tetapi meminta untuk masuk wad.

Ini akan menyebabkan terlalu banyak claim perubatan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat takaful dan menyebabkan tabung tabarru’ tidak mampu lagi untuk menampung kos perubatan.

Akhirnya, berlaku repricing dan harga produk terpaksa dinaikkan untuk menampus kos ini.

Dengan adanya deductible dan ko-takaful, pencarum akan lebih berhati-hati untuk menggunakan medical card.

Kekurangan deductible dan ko-takaful adalah pencarum terpaksa menyediakan sebahagian wang sendiri untuk menampung kos perbelanjaan perubatan di hospital swasta.

4. Ko-Payment dalam medical card

ko payment medical card

Ko-payment ini selalunya berlaku apabila pencarum takaful mengambil bilik wad yang harganya lebih tinggi daripada harga yang dipilih dalam pakej medical card.

Apabila kita ingin mula mencarum, anda akan diberi pilihan mengikut pakej-pakej yang ada.

Pakej-pakej ini selalunya diasingkan mengikut jumlah caruman, manfaat-manfaat yang ada, jumlah coverage pampasan, jenis harga bilik wad di hospital dan sebagainya.

Nota: Di kebanyakan hospital swasta, terdapat pelbagai jenis bilik wad yang ada untuk keselesaan pesakit. Ada bilik single, ada bilik jenis sharing dua katil, 4 katil atau 8 katil.

Sebagai contoh, Amir ambil pakej takaful yang ‘entitled’ pada bilik berharga RM200 semalaman. Tetapi, untuk keselesaan Amir dan pelawat beliau, Amir mengambil keputusan untuk upgrade bilik RM300 semalaman.

Pakej medical card Amir pula mengenakan ko-payment sebanyak 10%.

Maka, Amir perlu membayar 10% daripada jumlah bil yang dikenakan sepanjang beliau masuk wad.

Sekiranya Amir tidak upgrade bilik dan kekal dengan bilik berharga RM200, Amir tidak perlu membayar apa-apa.

Kesimpulan

Sebelum mengambil medical card, pastikan anda tanya pada ejen takaful anda tentang 4 perkara di atas.

Ini adalah supaya anda dapat membuat keputusan yang betul dalam memilih pelan medical card yang sesuai untuk anda.

Apabila anda sudah faham dengan terma-terma di atas, maka tidaklah nanti anda tiba-tiba terkejut apabila anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk bil perubatan di hospital swasta.

Sekarang, terdapat banyak kes ‘viral’mengenai medical card apabila pencarum berasakan ditipu ejen takaful. Sebenarnya bukanlah ditipu, cumanya kita tidak tahu dan tidak faham dengan pelan takaful yang diambil kita.

Semoga penerangan di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam membuat pemilihan pelan yang terbaik untuk anda.

Bacaan tambahan: Medical Card Apakah Yang Terbaik?


Sekiranya anda berminat untuk survey medical card, bolehlah klik link di bawah. Saya merupakan seorang Financial Advisor Representative (FAR) yang mempunyai akses kepada 9 buah syarikat takaful. Maka, mudahlah untuk anda buat perbandingan untuk dapatkan produk takaful terbaik.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

2 thoughts on “4 Perkara yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!