- 4 Perkara yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card - June 21, 2023
- Apa itu Unit Trust (UT)? - March 7, 2023
- Apa itu Equity Crowd Funding (ECF)? - November 25, 2022
Pernahkah anda dengar mengenai Equity Crowd Funding (ECF)?
Apabila pemilik bisnes ini mengembangkan syarikat mereka, salah satu cara yang akan mereka gunakan adalah dengan menggunakan dana modal daripada orang lain.
Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengutip dana, antaranya adalah venture capital, private equity firm, micro venture capital, accelerator dan angel group.
Tetapi semua jenis cara di atas memerlukan pelabur melabur dalam kuantiti yang besar.
Equity Crowd Funding pula adalah sejenis alternatif lain dan pelabur boleh melabur dengan kuantiti yang rendah dan berpeluang mendapat pulangan yang tinggi.
Apa itu Equity Crowd Funding?
Equity Crowd Funding adalah sejenis model pelaburan (crowd-funding) yang menawarkan peluang kepada pelabur (orang awam) untuk melabur di syarikat-syarikat kecil (start-up).
Apabila seseorang itu melabur , mereka ada memiliki ‘shares’ daripada syarikat tersebut.
ECF juga adalah salah satu alternatif kepada syarikat-syarikat kecil ini untuk mengumpul dana daripada orang ramai untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Kutipan dana dijalankan dengan menggunakan ‘online platform’ yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Struktur ECF
Ada 3 komponen utama untuk menjayakan pelaburan ECF :
- Pemilik Syarikat
- Platform ECF
- Pelabur
Pemilik syarikat adalah pemilik kepada bisnes yang memerlukan modal untuk mengembangkan bisnes.
Pelabur pula adalah orang awam yang mempunyai modal kecil untuk dilaburkan kepada bisnes.
Platform ECF adalah mereka yang menjadi orang tengah kepada pemilik syarikat dan pelabur dan turut dikenali sebagai ‘market operators’.
Di Malaysia, hanya terdapat 10 platform ECF yang dikawal selia oleh SC untuk beroperasi iaitu:
- Leet Capital Sdn Bhd
- Ata Plus Sdn Bhd
- Crowdo Malaysia Sdn Bhd
- Ethis Ventures Sdn Bhd
- Eureeca SEA Sdn Bhd
- FBM Crowdtech Sdn Bhd
- Fundnel Technologies Sdn Bhd
- MyStartr Sdn Bhd
- Pitch Platforms Sdn Bhd
- Crowdplus Sdn Bhd
Sebagai contoh untuk memudahkan kefahaman, kita boleh lihat di sini.
TheNoor adalah syarikat milik Neelofa yang memerlukan dana untuk mengembangkan bisnesnya.
Ethis.co (Ethis Ventures Sdn Bhd) merupakan platform ECF, sebagai perantara antara TheNoor dan pelabur.
Pelabur pula orang awam yang berminat untuk melabur dalam syarikat TheNoor.
Di sini, kita boleh lihat targeted dividend payout oleh syarikat ini adalah 15% dan jumlah minimum adalah RM500 untuk mulakan pelaburan.
Kita juga boleh dapatkan maklumat mengenai syarikat tentang pengurusan dana dan sebagainya di laman web tersebut.
Cara hendak melabur
Mudah sahaja. Pemilik syarikat akan mengiklankan tawaran mereka di platform-platform yang ada.
Antara maklumat yang akan mereka kongsikan adalah:
- Jumlah minimum dan maksimum modal yang diperlukan
- Jumlah syer yang akan ditawarkan berdasarkan modal yang dilaburkan
- Harga setiap syer
- Minimum jumlah syer yang perlu dibeli untuk setiap pelabur
Pelabur hanya perlu mendaftarkan akaun di platform ECF dan pilih bisnes yang mereka berminat. Kemudian, wang modal mereka akan dipindahkan ke akaun platform ECF berkenaan.
Berapa amaun minimum untuk melabur?
Ini adalah bergantung kepada pemilik syarikat tersebut.
Seperti contoh di atas tadi, syarikat The Noor milik Neelofa menetapkan minimum amaun pelaburan adalah sebanyak RM500.
Rekod minimum pealing rendah adalah sejumlah RM10 oleh Skolafund (kini dikenali sebagai Kitafund).
Boleh percaya ke pelaburan dengan ECF ni?
ECF bukanlah sejenis skim cepat kaya ataupun scam.
Ianya juga bukanlah sejenis pelaburan krypto, unit trust, pelaburan mandat, RPS dan sebagainya.
ECF bukanlah kalis risiko. Malahan, ECF juga dikategorikan sebagai pelaburan yang ‘high risk’.
Namun begitu, ECF membenarkan kita untuk melabur dengan jumlah modal yang sangat rendah.
Jika syarikat yang dilabur berjaya mengembangkan bisnesnya dan bertambah maju, sudah tentu pelabur akan mendapat pulangan yang menguntungkan.
Tapi ingat, pelaburan tak semestinya ‘wajib’ untung. Kadangkala boleh hangus terus modal kita kalau syarikat tak perform.
Oleh itu, janganlah tuduh ‘scam’ pula, kerana itulah fitrah pelaburan.
Kesimpulan
Nasihat saya, sekiranya kita bukanlah pelabur yang jenis ‘high risk taker’ dan ingin mencuba-cuba di ECF, mungkin boleh mencuba labur dengan modal yang rendah dahulu (modal yang kita sanggup hangus).
Jangan lupa baca betul-betul maklumat mengenai syarikat yang kita ingin labur dan dapatkan juga pandangan dan nasihat daripada orang yang lebih pakar.
Sekiranya anda berminat atau ingin tahu lebih lanjut tentang pelaburan ECF ini, boleh klik butang di bawah:
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.