fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Perancangan Harta Pusaka – Cukupkah Sekadar Buat Hibah Takaful & Wasiat?

perancangan harta pusaka

Perancangan harta pusaka bukan sekadar tulis wasiat.

Wasiat masih boleh dicabar.

Bukan juga sekadar ambil hibah takaful.

Hibah takaful hanya membantu, tidak selesaikan 100% masalah pengurusan harta pusaka.

Banyak faktor lain yang perlu diambil kira dalam perancangan harta pewarisan.

Setiap orang hasratnya tak sama, jumlah harta berbeza-beza, struktur keluarga tak sama, jadi keperluan perancangan pun sudah tentu berbeza.

Ada orang perlukan khidmat syarikat amanah, ada yang cukup sekadar dokumen wasiat ringkas, ada yang perlu deklarasi hibah. Ada juga yang nak merancang legasi dengan set up family office atau yayasan.

Ambil tahu struktur faraid anda

Sebelum nak mula buat perancangan harta pusaka, eloklah kita sendiri ambil tahu struktur faraid kita macam mana.

Saya bagi contoh untuk diri saya dahulu. Kalau saya meninggal, waris akan dapat:

Isteri: 1/8 = 12.5%

Anak lelaki: 13/36 = 36.11%

Anak perempuan: 13/72 = 18.06%

Emak: 1/6 = 16.67%

Abah: 1/6 = 16.67%

Atok belah abah: 0%

Adik beradik: 0%

Struktur faraid akan berubah sekiranya ada pertambahan ahli keluarga atau kehilangan waris faraid.

Bila dah tahu struktur sendiri, barulah boleh rancang next step macam mana.

Isteri saya surirumah, jadi kena sediakan juga simpanan cash dalam akaun nama dia sendiri. In case saya mati, takdalah dia perlu guna pusaka saya dulu sementara proses pencairan harta yang makan masa berbulan. Dikhuatiri termakan harta batil, ada hak waris saya yang lain.

Dalam masa yang sama, saya buat dokumen pewarisan melantik bapa sebagai pentadbir pertama. Isteri sebagai pentadbir kedua. Ini untuk mudahkan supaya proses dapatkan surat kuasa (probet) berjalan lancar.

InsyaAllah mereka semua ini amanah sebab akan ada 3rd party yang guide mereka since saya lantik pakar juga untuk membantu.

Dalam dokumen pewarisan juga ada tulis senarai aset sedia ada, dana pantas, hutang dan pesanan saya. Mudah urusan waris saya untuk kumpulkan dokumen berkaitan.

Walaupun harta waktu hidup tak banyak, saya juga sediakan sejumlah tunai 7 angka untuk isteri dan anak-anak teruskan hidup (instant asset). Sebagai persediaan andaikata ada dalam kalangan family saya tak beri kerjasama jika saya tiada.

Selain itu, saya nasihatkan janganlah terlalu berahsia dengan pasangan dan ahli keluarga lain. Berpesan-pesan jugalah di mana kita simpankan dokumen dan cara-cara nak uruskannya supaya harta dapat dimanfaatkan.

Kesilapan waris dalam menuntut harta pusaka

Antara silap yang sering berlaku apabila seseorang meninggal dunia, hartanya terus waris-waris nak difaraidkan.

Hutang arwah tak dibayar, tiada pula usaha untuk dapatkan muafakat dan ihsan sesama waris.

Terkial-kial waris terdekat nak membayar hutang arwah apabila waris-waris lain sudah sibuk tuntut faraid.

Walhal hutang arwah perlu diselesaikan dahulu.

Untuk uruskan harta pusaka juga memerlukan kos. Kalau semua wang tinggalan sudah difaraid awal-awal, mana nak cari dana untuk uruskan pusaka?

Jangan terlalu gelojoh. Ada step yang perlu kita follow. Proses menuntut harta pusaka bukanlah semudah pergi atm dan keluarkan duit.

aliran proses menuntut harta pusaka
Urutan biasa dalam proses menuntut harta pusaka. Ini untuk kes yang mudah. Sekiranya tiada muafakat, atau waris sudah berlapis, lagi bertambah proses dan tempoh masa.

Kesimpulan

Waktu kita hidup ini, rancanglah dengan baik ke mana harta kita ini akan pergi bila meninggal.

Hidup ini kalau rasa diri sendiri susah, buatlah persediaan supaya sekurang-kurangnya tak akan menyusahkan orang lain.

Harta kita, pilihan kita nak biarkan harta ini boleh jadi fitnah kepada kita atau datangkan keberkatan sekiranya kita dah tiada nanti.

Tepuk dada dan tanya diri,adakah kita mahu harta kita menjadi asbab membahagiakan waris atau memudaratkan hubungan mereka?

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk menguruskan harta pusaka atau ingin membuat dokumen perancangan awal pusaka , boleh klik butang Whatsapp di bawah.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!