fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Perkara yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Mencarum Takaful (Part 1)

takaful keluarga
Ramai yang mencarum takaful tapi tak faham pun apa yang mereka ambil.

Rata-rata hari ini ramai yang sudah cakna tentang takaful. Ramai yang ambil untuk kesejahteraan dan perlindungan untuk masa hadapan. Tapi ramai juga yang tidak tahu dan faham dengan mendalam tentang takaful itu sendiri.

Kenapa Perlu Ambil Takaful?

Sebelum kita pergi lebih mendalam lagi, kita perlu tahu mengapa kita perlu mencarum takaful.

Kadangkala kita rasa kewangan kita sudah lengkap, walhal kita masih tidak mempunyai sebarang perancangan bagi menghadapi saat kecemasan. Disitulah kesilapan kita.

Kemalangan boleh berlaku dimana-mana saja tanpa mengira waktu. Biarpun keadaan kita selepas kemalangan tidak mengizinkan kita untuk bekerja, tetapi hidup tetap harus diteruskan.

Perbelanjaan harian masih perlu dikeluarkan dan hutang-hutang yang menimbun masih menanti untuk dilunaskan.

Takaful berfungsi untuk mengurangkan bebanan kewangan sekiranya berlaku 3 jenis risiko di bawah.

Disinilah fungsinya takaful sebagai perlindungan kewangan sekiranya berlaku 3 jenis risiko seperti:

1. Death (Kematian)

2. Disable (Lumpuh atau hilang upaya bekerja)

3. Disease (Sakit Kritikal)

Kemungkinan seperti ini yang harus difikirkan sejak dari awal lagi agar kita lebih bersedia dan tidak mati akal sekiranya menghadapi situasi yang tidak diingini. Kajian telah menunjukkan bahawa 90% yang ambil insurans adalah underinsured!

Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka.”

Ramzi Toubassy, Pengerusi Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)

Apa yang kita boleh dapat daripada kenyataan tersebut?

Sekiranya terdapat 10 orang dekat luar sana yang sudah ada polisi insuran/takaful, 9 daripada mereka pasti tidak mempunyai perlindungan pendapatan yang sebenar. Mereka hanya tahu membayar polisi tetapi tidak faham polisi apa yang mereka ambil dan manfaat yang akan mereka terima melalui polisi tersebut.

Apakah itu perlindungan pendapatan (income protection)?

Perlindungan pendapatan (income protection) adalah sejenis ‘coverage’ dalam takaful yang memberikan pampasan kewangan kepada kita atau keluarga kita sekiranya berlaku 3 jenis risiko seperti yang disebut di atas.

Sebagai contoh, sekiranya terjadi sesuatu bencana dekat diri kita, kita atau keluarga masih mempunyai sumber pendapatan untuk hidup. Selalunya pampasan yang diterima jika berlaku kematian hanya mampu menampung satu tahun gaji sahaja.

Nilai pampasan perlindungan pendapatan sepatutnya boleh menampung sebanyak 10 kali ganda gaji tahunan kita.

Jadi kita dan keluarga kita masih ada sumber pendapatan sekurang-kurangnya dalam masa 5-10 tahun bila terjadinya bencana.

Jadi, pelan takaful apakah yang sesuai untuk kita?

Secara asasnya, pelan takaful terbahagi kepada dua iaitu life takaful dan medical card.

Life takaful (atau nama lainnya income protection), kita mendapat pampasan sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri kita seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

Medical card pula hanya menampung kos perbelanjaan rawatan di hospital.

Kedua-duanya sama penting biarpun mempunyai fungsi yang berbeza. Namun, sekiranya kita perlu membuat pilihan, life takaful harus lebih diutamakan.

Hal ini kerana, apabila kita telah hilang sumber pendapatan, kita tiada alternatif lain sedangkan jika kita jatuh sakit, kita masih boleh mengharapkan subsidi kos rawatan daripada hospital kerajaan.

hospital kerajaan
Kita masih mempunyai kemudahan mendapatkan rawatan perubatan yang murah di hospital kerajaan sekiranya tiada medical card.

Cuba kita tanya diri kita, adakah cukup pampasan sekiranya berlaku kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Jadi berapakah caruman bulanan takaful yang sesuai?

Caruman yang dicadangkan untuk life takaful (income protection) adalah sekitar 5%-7% daripada gaji bulanan.

Manakala untuk Medical Card pula caruman bulanan sekitar RM100 – RM200 sudah memadai.

Ingat, jangan ambil terlalu tinggi untuk plan medical card. Lebihkan bajet yang anda ada untuk dapatkan life takaful yang lebih tinggi.

Jika anda ingin ambil kedua-dua polisi sekali, caruman bulanan jangan melebihi 10% daripada gaji bulanan. Kita kena bijak dalam merancang kewangan untuk masa depan.

Cara pengiraan untuk coverage life takaful (income protection)

Sekiranya kita masih muda atau belum mempunyai tanggungan lain seperti isteri atau anak, makkita boleh ambil coverage yang mempunyai nilai pampasan yang lebih rendah.

“Tapi kalau saya mula ambil takaful dari muda, saya boleh lock caruman yang rendah sehingga tua ke?”

Jawapannya adalah TIDAK!

Caruman takaful adalah mengikut umur, jantina, dan kelas risiko pekerjaan. Kebanyakan produk investment-link takaful ada fungsi cash value atau orang lain panggil sebagai simpanan.

Bila berlaku peningkatan caruman disebabkan umur kita meningkat, maka duit yang ada dalam Cash Value akan digunakan bagi menampung kenaikan tersebut. Disebabkan itu kita tidak akan rasa ada kenaikan pada caruman.

Sekiranya duit dalam Cash Value mula berkurang, maka ada kemungkinan caruman bulanan kita akan meningkat. Oleh itu, kita tidak digalakkan membuat pengeluaran duit dari Cash Value.

Fungsi takaful adalah untuk perlindungan kewangan, bukan untuk simpanan atau pelaburan. Ada 2 jenis cara untuk mengira life coverage atau pampasan sekiranya berlaku sesuatu dekat diri kita.

Income Replacement

Cara yang pertama adalah dengan berpandukan pendapatan/gaji bulanan. Sebagai contoh, jika gaji kita RM3,000, maka kita perlukan satu dana yang boleh bagi kita RM3,000 setiap bulan.

Ada dua cara untuk mengira income replacement:

1. Capital Liquidation (Pencairan Modal)

– Mengikut garis panduan LIAM (Life Insurance Association of Malaysia), income replacement perlulah mempunyai nilai pampasan sekurang-kurangnya iaitu 10 tahun gaji.

Cara pengiraan:

Gaji x 12 bulan x 10 tahun = Nilai Pampasan

Contoh: RM3,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM360,000

2. Capital Conservation Method (Pengekalan Modal)

– Mengambil kira di mana kita akan letakkan duit pampasan itu pada akhirnya. Sebagai contoh, jika kita letakkan di Tabung Haji/ASB yang boleh berikan dividen tahunan setinggi 7%.

Cara pengiraan:

(Gaji Anda x 12 bulan) ÷ 7% = Nilai Pampasan

Contoh (RM3,000 x 12 bulan) ÷ 7% = RM514,286.

Dengan cara ini duit pampasan tidak akan pernah berkurang kerana kita hanya akan bergantung pada duit dividen sahaja untuk menampung perbelanjaan setiap tahun.

Needs-based

Cara yang kedua ini adalah dengan mengambil kira seberapa tinggi kesan kewangan yang akan melanda ahli keluarga kita setelah ketiadaan kita nanti. Pendekatan ini memerlukan kita bertanya kepada diri dan pasangan kita:

1. Sekiranya anda tiada, berapa lama pasangan memerlukan masa untuk mula bekerja bagi mencari nafkah sendiri? (sekiranya isteri merupakan suri rumah)

2. Kira semula jumlah perbelanjaan bulanan yang anda tampung setiap bulan?

3. Adakah ada hutang yang perlu dilangsaikan?

4. Bagaimana pula dengan perbelanjaan sekolah anak?

Pendekatan berdasarkan keperluan ini sesuai bagi mereka yang memang mempunyai rekod belanja bulanan. Dengan ini kita akan lebih nampak jumlah sebenar kewangan yang diperlukan keluarga kita. Bila sudah dapat nilai yang diperlukan, cara pengiraan boleh ikut seperti Income replacement tadi.

Apa yang perlu ada dalam coverage life takaful kita?

Polisi life takaful merupakan asas dalam takaful dan insurans. Bila Pengerusi LIAM kata rakyat Malaysia underinsured, ini bermakna polisi life takaful yang diambil tidak mencukupi keperluan sebenar.

Seperti yang sudah diterangkan sebelum ni, life takaful adalah penting supaya keadaan kewangan tidak terjejas.

Dalam polisi life ada 2 perkara utama yang perlu kita titik-beratkan:

1. Death / TPD (Total Permanent Disability) – pampasan yang diberikan kepada ahli keluarga apabila berlaku kematian pada pemegang polisi takaful

2. Critical Illness (Sakit Kritikal) – pampasan yang diberikan kepada pemegang polisi sekiranya terkena penyakit kritikal

Dalam topik sebelum ini kita sudah belajar cara mengira pampasan yang sesuai dengan diri kita.

Nilai pampasan itulah yang kita gunakan untuk diletak pada sum covered bagi Death/TPD. Jadi, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya bekerja, keluarga kita atau diri kita masih mempunyai sumber kewangan berterusan.

Berapa pula nilai yang perlu dilindungi bagi Critical Illness?

Nilai yang dicadangkan adalah minimum 3 tahun gaji atau maksimum 5 tahun gaji.

Kesimpulan

Sebelum kita nak mencarum polisi takaful, ambil tahu dulu perkara-perkara di atas. Pastikan kita faham polisi kita, untuk tahu apa yang kita ambil sebenarnya.

Jangan jadi seperti sesetengah kes di luar sana, bayar takaful setiap bulan, tapi tak tahu apa yang dibayar. Bila nak tuntut pampasan, tak dapat apa-apa kerana barulah tahu rupanya tuntutan tidak ada dalam coverage polisi kita.



Sebagai seorang Financial Adviser Representative, saya ada akses terhadap 7 buah syarikat takaful untuk anda buat perbandingan dan dapatkan perlindungan takaful yang sesuai and optimum.

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat mengenai takaful, boleh klik link di bawah.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “Perkara yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Mencarum Takaful (Part 1)

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!