SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Masuk Universiti Tanpa Berhutang? Ini Antara Platform Popular Untuk Simpanan Pendidikan

simpanan pendidikan

Ramai yang mahu anaknya masuk ke pengajian tinggi bila sudah habis sekolah menengah. Tetapi berapa ramai yang cakna untuk ‘set up’ simpanan pendidikan anak-anak?

Kita kena buang mentaliti pendidikan perlu ditanggung kerajaan sepenuhnya dan juga mentaliti berhutang untuk melanjutkan pendidikan tinggi.

Konsep pelaburan untuk simpanan pendidikan ini mudah.

Kita ada pilihan, simpan hari ini dan dapat keuntungan untuk tujuan pendidikan anak-anak ataupun tidak menyimpan dan bayar untung ‘institusi pembiayaan’ bila anak-anak ingin melanjutkan pengajian tinggi.

Ada banyak idea pelaburan yang mudah dan sesuai untuk pendidikan anak-anak.

Di bawah ini disenaraikan sebahagian contoh platform simpanan pendidikan yang ada di pasaran beserta pros dan cons-nya:

1. SSPN

Pro – Ini adalah inisiatif kerajaan untuk galakkan ibu bapa menyimpan bagi pendidikan pengajian tinggi.

Ibubapa boleh dapat perlepasan cukai maksimum RM6,000 setahun jika membuat simpanan SSPN. Akaun SSPN juga merupakan syarat awal sekiranya anak ingin membuat pinjaman PTPTN pada masa akan datang.

Con – SSPN adalah simpanan, bukan pelaburan. Jadi pulangan yang akan dapat tidaklah tinggi, sekitar 4% sahaja setahun. Pulangan SSPN tidak dapat tandingi inflasi pendidikan di mana kadarnya sekitar 7%.

Untuk membuka akaun SSPN i-Plus secara online, boleh klik di sini.

2. Tabung Haji dan ASB

Pro – Platform khas untuk Bumiputera dan orang Islam di Malaysia. Tiada risiko kerugian dan ada bonus yang tinggi terutamanya bagi ASB. Platform ini adalah yang paling popular dalam kalangan orang Melayu.

Cons – TH adalah sejenis simpanan, jadi tidak boleh harapkan bonus yang tinggi. ASB pula hanya untuk Bumiputera sahaja dan terdapat isu pula mengenai status patuh syariahnya.

Untuk langkah-langkah membuat simpanan bulanan bagi akaun anak-anak di Tabung Haji, boleh rujuk di sini.

3. Fixed Deposit / Money Market Fund

Pro – Antara platform yang paling selamat. Tiada risiko kerugian.

Sesuai untuk ‘parking’ duit sementara cari pelaburan yang ada potensi keuntungan lebih tinggi.

FD boleh dimohon di bank manakala Money Market dengan mana-mana Asset Management Company atau wakil ejen UT.

Cons – Pulangan yang rendah, sekitar 3% sahaja setahun. Tidak sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang.

4. Pelaburan Hartanah

Pro – Kenaikan harga dalam jangka masa panjang. Anak-anak boleh pilih untuk duduk di rumah jika rumah tidak dijual.

Cuma kena pastikan melabur dalam hartanah yang boleh dibuat sewa. Kadar sewa pula perlu lebih tinggi daripada bayaran ‘instalment‘ ke bank.

Cons – Hartanah adalah aset yang tak mudah cair. Jika perlu dijual, akan ambil masa yang lama.

Jika kadar sewa lebih rendah daripada instalment, perlu ada ‘holding power’ yang kukuh. Sekiranya nak jual, eloklah dijual 2 atau 3 tahun lebih awal sebelum digunakan untuk pendidikan anak-anak.

Hartanah adalah aset yang tak mudah cair. Jika perlu dijual, akan ambil masa yang lama dan kadangkala boleh rugi pula jika dijual dalam keadaan terdesak ketika ‘market down’.

5. Pelaburan Saham

Pro – Mudah diurus. Setiap hari boleh semak berapa harga pasaran saham.

Dengan transaksi online pula, fee yang dikenakan semakin rendah.

Cons – Perlukan masa dan ilmu asas untuk mulakan.

Jika mahu beli saham ‘blue chip‘ yang kukuh, perlukan modal yang besar untuk melabur. Jika beli saham ‘penny stock’ pula modal rendah tetapi ada risiko kerugian yang besar.

Pelaburan saham memerlukan masa dan ilmu asas yang kukuh supaya tidak mengalami kerugian yang besar.

6. Unit Trust

Pro – Dana diuruskan oleh pengurus dana professional dan ada potensi keuntungan yang tinggi untuk tempoh jangka masa panjang.

Sangat sesuai untuk guna ‘Teknik Dollar Cost Averaging‘ jika ingin buat penolakan amaun bulanan.

Jika melabur melalui ejen, cari ejen yang selalu review pelaburan sekurang-kurangnya sekali setahun atau sebelum perubahan pasaran.

Tugas ejen penting untuk pastikan emosi pelabur dalam keadaan tenang. Boleh juga melabur secara online di ‘e-unit trust’ atau ‘fundsupermart’.

Cons – Ada entry fee sekitar 5 – 6% setiap kali masuk modal. Ada juga turun naik harga dalam tempoh masa singkat yang boleh menganggu emosi pelabur.

Jika melabur melalui ejen UT mewakili satu ‘company‘, dana yang boleh dipilih sangat terhad.

Carilah ejen yang mewakili ‘Independent UT Company’ atau Perancang Kewangan yang berlesen untuk dapat banyak akses dana daripada pelbagai ‘fundhouse‘ di Malaysia.

7. Takaful Pendidikan

Pros – Takaful pendidikan adalah satu kontrak jaminan simpanan pendidikan akan diteruskan sekiranya berlaku apa-apa kepada pencarum.

Plan ini boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun.

Cons – Ini sebenarnya adalah pelan perlindungan yang ditambah ciri-ciri simpanan.

Pulangannya tidaklah tinggi seperti instrumen yang lain atas faktor sedikit daripada caruman ditarik bagi bayaran wakalah dan tabarru’ untuk perlindungan. Pelan ini ada tempoh matang.

Penutup

Senarai di atas sekadar pendapat peribadi saya sahaja. Boleh digunakan untuk rujukan umum. Boleh jumpa dengan mana-mana perancang kewangan berlesen untuk dapatkan ‘non-bias advisory’ jika perlukan perancangan yang lebih terperinci.

Sebenarnya ada banyak lagi platform pelaburan yang kita boleh sertai. Cuma mungkin kurang popular.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “Masuk Universiti Tanpa Berhutang? Ini Antara Platform Popular Untuk Simpanan Pendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


error: Pengisian blog ini dilindungi !!