fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik

takaful hibah

Memperkenalkan Teman Care, sebuah program keahlian takaful hibah mampu milik yang menyediakan perlindungan takaful hibah setinggi RM500,000** dengan harga yang rendah.

Program takaful hibah seperti ini adalah yang pertama di Malaysia. Program ini ditaja jamin oleh Etiqa Takaful Sdn Bhd dan disokong oleh Majlis Pengetua Malaysia.

Istimewanya Teman Care ini, di samping melindungi kewangan kita , apabila kita mencarum untuk program ini, kita akan turut dapat menikmati tawaran diskaun gaya hidup.

Faedah Utama Program Teman Care

  • Kadar caruman yang rendah

Anda akan dapat manfaat perlindungan yang tinggi pada kadar caruman yang rendah, iaitu serendah RM25 sebulan.*

  • Pulangan Manfaat Berganda

Melalui Program Keahlian Takaful Hibah ini, pulangan manfaat berganda akan diberikan sekiranya berlaku kemalangan.*

  • Caruman yang sama untuk semua umur

Antara kelebihan Teman Care ini adalah, jumlah caruman adalah sama walaupun umur berbeza.

Kadar sumbangan boleh dipilih mengikut kesesuaian tetapi ia adalah sama untuk semua umur, bermula dari 19 tahun sehingga 65 tahun.*

  • Pembayaran Mudah

Proses pembayaran untuk Program Keahlian Takaful Hibah Teman Care ini adalah sangat mudah.

Anda boleh terus membuat pembayaran caruman menerusi AutoDebit Bank tanpa menggunakan sistem potongan gaji Biro Angkasa (untuk penjawat awam).

*Rujuk Jadual Manfaat

Keistimewaan Tambahan

Setelah mencarum program takaful hibah Teman Care, anda akan mendapat keistimewaan menikmati tawaran diskaun gaya hidup seperti hotel, restoran, taman tema dan banyak lagi.

Di samping itu, tawaran diskaun juga disediakan untuk takaful kenderaan, takaful perjalanan dan juga diskaun untuk servis kesihatan di hospital swasta dan pusat kesihatan terpilih.

Berikut adalah diskaun-diskaun yang layak diterima setelah mencarum:

  • 5% Diskaun untuk Takaful Kenderaan, Takaful Perjalanan dan lain-lain Takaful.
  • 10% Diskaun (maksima) untuk Hotel, Taman Tema, Restoran, Kafe dan pelbagai jenis servis gaya hidup lain.
  • 10% Diskaun (maksima) di hospital swasta dan pusat kesihatan terpilih.
  • Sumbangan derma untuk badan terpilih termasuk organisasi amal Islam.
  • Kadar istimewa untuk rundingan perancangan kewangan, pengumpulan aset dan kaunseling kewangan.

Syarat Penyertaan Program Takaful Hibah

  • Setiap pelan adalah khusus individu.
  • Had umur peserta dan pasangan untuk penyertaan baru: 19 tahun – 65 tahun
  • Had umur kanak-kanak untuk penyertaan baru: 30 hari – 18 tahun
  • Had umur untuk pembaharuan keahlian: 70 tahun

Manfaat Perlindungan Yang Ditawarkan

Manfaat perlindungan yang anda akan miliki setelah mencarum dengan Program Keahlian Takaful Hibah Teman Care adalah seperti berikut:

  • Kematian Biasa dan Kemalangan
  • Keilatan Kekal Menyeluruh Akibat Penyakit dan Kemalangan
  • Manfaat Pengkebumian
  • Manfaat Harian Hospital
  • Penyakit Kritikal

Kesimpulan

Teman Care adalah Program Keahlian Takaful Hibah mampu milik yang pertama di Malaysia. Manfaat-manfaat yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dan berpatutan dengan harga caruman.

Ditambah dengan keistimewaan tambahan yang menarik, amat sesuai untuk kita ambil peluang ini untuk menambahkan perlindungan kewangan kita.

Sekiranya anda berminat untuk mencarum Teman Care, boleh klik link di bawah:

Atau untuk maklumat lanjut tentang Teman Care, boleh terus layari laman web https://temancare.com.my/hibah/

Bacaan tambahan: Takaful Al- Shams sebagai perbandingan untuk membuat pilihan.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!