- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Ramai antara kita yang pandai menyimpan, tapi ramai juga tidak tahu cara menyimpan untuk ’emergency savings’ yang berkesan.
Mengikut rule of thumb, kita perlu mempunyai ’emergency savings’ sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan daripada jumlah gaji bulanan kita.
Mengapa?
Apabila kita hilang pekerjaan, selalunya dalam masa 3 hingga 6 bulan kita sudah boleh mencari pekerjaan lain. Jika tidak pun, mungkin boleh buat suntikan modal untuk berniaga.
Atau apabila terjadi ‘event’ tak terduga seperti Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020 ini, sekurang-kurangnya kita masih boleh berbelanja dengan cukup dalam tempoh 6 bulan.
Pecahan Gaji Bulanan
Berikut adalah cadangan pecahan gaji bulanan kita.
Saya bagi contoh untuk mudah faham.
Mak Cik Kiah mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000.
Jadi, beliau perlu asingkan duit untuk:
RM400 = Simpanan untuk tabung kecemasan
RM400 = Takaful (Hayat dan medical card)
RM1200 = Hutang-hutang (kereta, rumah, personal loan)
Selebihnya adalah perbelanjaan bulanan.
“Asingkan wang untuk simpanan dan perlindungan takaful dahulu, barulah berbelanja, bukan sebaliknya.”
Mak Cik Kiah perlu mempunyai emergency savings sekurang-kurangnya RM12,000 – RM24,000.
Jadi, Mak Cik Kiah perlu konsisten menyimpan RM400 sebulan dalam tempoh 30 – 60 bulan (2.5 – 5 tahun).
Nampak macam lama bukan?
Untuk percepatkan tabung kecemasan berisi, kalau Mak Cik Kiah ada dapat bonus, dia boleh menyimpannya dalam tabung kecemasan.
“Golongan B40 yang pandai menyimpan lebih baik daripada T20 yang langsung tiada simpanan.”
Ataupun, beliau boleh ikat perut untuk beberapa bulan supaya perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dan dimasukkan ke tabung kecemasan
Bila tabung dah penuh, barulah Mak Cik Kiah boleh fikir untuk pelaburan pula terutamanya dana persaraan.
Bila wang pelaburan pun dah memuaskan dan on track, baru lah Mak Cik Kiah boleh fikir nak melancong ke Switzerland.
Kesilapan Biasa yang Selalu Orang Buat
- Menyimpan dalam akaun yang sama untuk perbelanjaan
Ramai yang tak asingkan akaun perbelanjaan dengan akaun simpanan. Itulah akaun dia simpan duit, itulah akaun dia belanja duit.
Cara ini kurang efektif, kerana pasti akan terguna duit simpanan untuk berbelanja.
Akhirnya, simpanan sekadar parking di akaun bank, kemudian lesap begitu sahaja tanpa dikesan.
- Simpan dalam akaun simpanan bank yang biasa
Sebaiknya, kita perlu buat satu akaun khas untuk tabung simpanan, dan bukanlah akaun simpanan biasa bank. Elakkan menyimpan di akaun yang ada akses terlalu mudah (online banking).
Kenapa?
Kebanyakan akaun bank seperti ini mudah menjadi sasaran scammer atau hacker. Terlalu banyak kisah-kisah wang simpanan beribu-ribu hilang.
Baca : 10 tahun menyimpan wang di akaun bank, RM40,000 lesap , Duit hilang dalam akaun bank
Untuk akaun online banking, disarankan letak amaun yang cukup untuk belanja bulanan kita sahaja sebagai langkah keselamatan.
Jadi, nak letak tabung ’emergency savings’ di mana?
Gunakan platform simpanan yang ada ciri-ciri pelaburan low risk dan mudah dicairkan.
Sebolehnya simpan di platform yang boleh beri return lebih tinggi dari simpanan biasa di bank. Pulangan setahun bagi simpanan di bank biasanya tidak sampai 1% setahun.
Antara platform yang ada:
- Fixed deposit
Kebanyakan bank ada instrumen ini. Kelebihannya, kita dapat menyimpan dengan selamat dan dapat keuntungan sekitar 3-4% setahun berbanding simpanan biasa di bank.
Kekurangan: Ada tempoh lock-in dan minimum deposit yang tinggi. Jika keluarkan sebelum habis tempoh, akan dikenakan penati.
- ASB
Paling popular. Boleh transfer melalui online banking atau buat potongan gaji. Kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding fix deposit iaitu sekitar 5 – 7% setahun.
Kekurangan: Isu kepatuhan Syariah. Walaubagaimanapun, majoriti autoriti syariah di Malaysia memberi status patuh Syariah bagi ASB.
Pulangan dikira secara pro-rata. Hanya boleh dikeluarkan dengan walk-in ke branch ASNB atau mana-mana ejen ASNB.
- Tabung Haji
Antara instrument yang juga popular seperti ASB , boleh buat simpanan secara online atau potongan gaji. Pulangan yang tinggi berbanding fix deposit. Status patuh Syariah. Pengeluaran juga boleh dibuat secara online.
Baca: Langkah Mudah Buat Simpanan Tabung Haji Secara Bulanan
- Islamic Money Market fund
Fund ini dalam kategori unit trust cuma fund allocation adalah di money market, bukan di pelaburan saham.
Risiko sangat minima (hampir sifar risiko) dengan pulangan yang kompetitif berbanding fix deposit. Pulangan biasanya diagih secara bulanan. Tiada lock-in period dan boleh dikeluarkan dengan mudah.
Antara contoh fund yang saya selalu pilih untuk emergency savings adalah di Phillip Master Islamic Cash.
Kekurangan: Initial amount perlu letak RM1,000 dan setiap kali nak masukkan duit perlu sekurang-kurangnya RM100 bergantung kepada fund.
- Islamic Bond & Sukuk Fund
Fund ini juga adalah unit trust tetapi dilaburkan ke sukuk dan bon yang patuh Syariah. Tujuan utama untuk dapatkan fixed income dengan kadar sekitar 4 – 9% setiap tahun. Risiko masih ada cuma agak rendah.
Kekurangan: Sesetengah fund ada sales charge maksimum 5%. Modal permulaan yang tinggi iaitu sekitar RM1,000 ke RM250,000 bergantung kepada fund.
Kesimpulan
Pentingnya untuk kita membuat simpanan kecemasan untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti apa yang berlaku sekarang.
Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020 ini adalah sesuatu yang tidak terjangka dan pasti akan memberi impak yang besar ke atas ekonomi dan situasi kewangan semua orang.
Mengikut statistik BNM, 76% rakyat Malaysia tiada simpanan tunai yang mencecah RM1,000.
Tepuk dada tanya diri, adakah kita dalam golongan 76% itu atau sebaliknya?
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.