SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Berapakah modal minimum nak trade FCPO?

modal minimum FCPO

Antara soalan yang kerap ditanya, berapakah modal minimum yang diperlukan untuk trade FCPO?

Secaranya ringkasnya, untuk kita trade 1 lot, kita perlukan modal RM7,000.

Modal minimum yang dimaksudkan boleh juga dipanggil sebagai margin. Margin boleh berubah-ubah mengikut ketetapan Bursa dan biasanya akan berubah mengikut market volatility semasa.

Setakat blog ini ditulis, margin (modal minimum) adalah RM7,000 per lot. Margin FCPO pernah dinaikkan setinggi RM13,000 per lot pada tahun 2022 dan juga serendah RM4,000 pada 2019.

Nilai bagi setiap 1 tick harga FCPO bergerak bersamaan dengan RM25.

Katakanlah, kita beli 1 lot kontrak FCPO pada harga 3900.

Selepas setengah jam, kita capai target sell price 3910.

Maka keuntungan yang diperoleh adalah 3910-3900 =10 ticks.

10 ticks x RM25 = RM250.

Maka, keuntungan yang kita dapat adalah RM250.

Konsep ‘buffer loss’

Buffer loss adalah modal tambahan yang diperlukan melebihi margin (modal minimum).

Secara mudahnya:

Modal – Margin = Buffer Loss

Contohnya:

1 lot FCPO ialah RM7,000.

Adakah kita akan trade dengan modal RM7,000?

Tidak.

Sebab sekiranya kita loss 1 kali, terus tak boleh trade bila akaun kita jatuh bawah RM7,000.

Jadi kita kena ada modal lebihan untuk tampung loss yang akan berlaku semasa trading.

Modal lebihan ini dipanggil sebagai Buffer Loss, atau modal buffer dalam trading.

Sebagai contoh untuk lebih mudah faham, mari kita baca kisah Saad.

Saad mula trade FCPO dengan modal RM10,000.

Jadi, berapakah Buffer Loss untuk Saad?

RM10,000 – RM7,000 = RM3,000

Buffer Loss Saad adalah RM3000.

Berapakah tick yang Saad ada sebagai Buffer Loss sebelum modalnya jatuh bawah RM7,000?

RM3,000 / RM25 per tick = 120 tick

Jadi, Saad hanya boleh tampung kerugian minima hanyalah sebanyak 120 tick sebelum modalnya jatuh di bawah margin (modal minima).

“Tapi tuan, modal RM7,000 agak besar bagi saya. Kalau tambah buffer loss RM3,000, lagi besar modal yang perlu dikeluarkan.”

Special Intraday Margin (Fasiliti Modal Minimum Khas)

Atas faktor modal, selalunya pihak broker akan sediakan fasiliti margin (juga disebut special intraday margin) buat trader yang berminat untuk trade secara intraday.

Ada broker sediakan 50% dan ada juga 25% margin.

Fasiliti margin ini mudah fahamnya adalah diskaun harga 1 lot yang broker berikan pada pelanggan mereka dan hanya boleh trade secara intraday sahaja.

Fasiliti ini bukan automatik diberi kepada pelanggan, permohonan  perlu dibuat.

Jadi, kalau broker sediakan 50% fasiliti margin bermakna pelanggan hanya perlukan modal RM3,500 (7000*50%) sahaja untuk beli 1 lot FCPO dan RM1,750 sahaja sekiranya 25% fasiliti margin disediakan.

Contoh mudah:

Saad mula trade dengan RM5,000 dan application Saad untuk apply 25% Special Intraday Margin (1 lot = RM1,750) berjaya diluluskan oleh pihak broker.

Berapa Buffer Loss Saad?

RM5,000 – RM1,750 = RM3,250

Berapa tick yang Saad ada sebagai Buffer Loss sebelum jatuh bawah RM1,750?

RM3,250 / RM25 per tick = 130 ticks.

Modal permulaan sebaiknya perlu diambil kira sekali dengan Buffer Loss, bukan trade dengan modal yang cukup sekadar margin.

Sekiranya buffer loss kita adalah 100 ticks (RM2,500), dengan mengambil kira 10 ticks sebagai cut loss level, maka kita akan ada 10 kali entries sebagai percubaan.

Sehubungan itu, di bawah ini adalah modal permulaan untuk pelanggan Full Margin dan Special Intraday Margin.

Jadi adakah wajib modal besar sampai RM10,000 untuk mula FCPO?

Tidak.

Dengan 25% Margin, kita dah boleh trade 1 lot dengan hanya RM1,750 untuk intraday! (Untuk pegang position overnight, wajib follow peraturan daripada Bursa Malaysia iaitu Full Margin semasa RM7,000).

Tetapi adakah kita akan trade dengan modal cukup-cukup makan RM1,750?

Juga tidak.

Jadi kalau ada apply 25% margin, saya sarankan masukkan sekali dengan Buffer Loss yang saya terangkan di atas, iaitu:

25% Margin:

100 ticks x RM25 = RM2,500 + 25% Margin RM1,750 = Modal Permulaan RM4,250

Supaya bila kita trade dan ada loss, masih boleh fokus untuk kejar winning entries dalam 10 entry.

Kesimpulan

Untuk trade FCPO, tidak semestinya perlukan modal yang besar. Kita boleh apply untuk special intraday margin untuk mulakan pelaburan dengan modal minimum yang lebih rendah.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan pelaburan FCPO, boleh ikut step by step buka akaun di sini:

Nota tambahan: Sekiranya anda mempunyai modal yang besar dan mencukupi dan ingin trade FCPO tetapi berasa takut-takut dan kurang yakin dengan ‘skill trade’ diri sendiri, bolehlah mencuba ‘Discretionary Trading untuk FCPO‘. Baca artikel untuk maklumat lanjut.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “Berapakah modal minimum nak trade FCPO?

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!