fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO?

FCPO Discretionary Trading

Pernah dengar tentang Discretionary Trading?

Tahukah anda, ada produk seakan-akan private mandate saham namun pasaran derivatif seperti FCPO & Crude Oil menjadi pilihan untuk berdagang?

Bacaan tambahan: Apa itu Private Mandate?

Discretionary Trading adalah proses di mana urusan jual beli (trading) dilaksanakan dealer representative dari sesebuah firma broker mewakili pihak pelanggan. Discretionary trading ini melibatkan 2 jenis pasaran iaitu pasaran ekuiti (saham) dan pasaran derivatif.

Urusan ‘trading’ ini mengikut perjanjian di mana pelanggan memberi kuasa kepada syarikat untuk berdagang bagi pihak pelanggan secara ‘discretionary’.

Dengan kata mudah, pelabur (pelanggan) mewakilkan syarikat sebagai professional trader (PT) untuk menjalankan trading bagi pihak mereka.  Seolah-olah private mandate untuk FCPO.

Ciri-ciri Produk Discretionary Trading

  • Pengurusan Portfolio yang Profesional:

PT adalah dari kalangan mereka yang professional dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang pelaburan dan juga trading.

Dengan kepakaran yang ada, mereka akan membuat keputusan jualan dan belian untuk potensi keuntungan bagi pihak pelabur.

Jadi, risiko pelaburan kita dapatlah dikurangkan dengan mewakilkan orang yang lebih pakar dan berpengalaman untuk menguruskan akaun dagangan FCPO kita.

  • Akses kepada kepelbagaian pasaran: Melalui DT, pelabur boleh melabur dan mendapat akses pelaburan dalam pelbagai produk ekuiti dan derivatif (seperti FCPO) di pasaran, justeru pelabur dapat mempelbagaikan portfolio pelaburan.
  • Pengagihan Keuntungan yang Telus: Proses pengagihan dan pengiraaan keuntungan adalah telus dan jelas. Pelabur boleh mendapatkan maklumat yang jelas tentang keuntungan pelaburan mereka. Laporan bulanan biasanya akan diberikan.
  • Performance Based Incentive: Insentif untuk memotivasikan tim PT supaya lebih berusaha untuk memberi hasil yang lebih baik bagi pihak pelabur.
  • Pilihan untuk Melabur Semula: Sekiranya pelabur berpuas hati dengan hasil pelaburan mereka dalam DT, mereka boleh membuat pilihan untuk melabur semula.

Kelebihan Melabur melalui Platform Discretionary Trading

  • Diluluskan oleh Bursa Malaysia

Servis DT ini telah diluluskan oleh Bursa Malaysia.

  • Diuruskan oleh tim professional trader (PT) yang berlesen dan berpengalaman

PT yang dilantik mestilah mempunyai kelulusan syarat-syarat kelayakan yang ditentukan oleh firma broker dan memenuhi keperluan pengalaman minimum.

PT juga perlu mempunyai pengalaman bertahun-tahun (minimum 5 tahun) dalam menguruskan portfolio pelaburan dan mempunyak track record yang baik.

  • Menjimatkan masa pelabur

Tiada masa untuk pantau skrin monitor, hadap chart? Kurang yakin dengan skil dan pengalaman yang ada? ‘Fed up’ bilamana selalu mengalami kerugian bila trade sendiri?

Namun masih berminat dengan pelaburan yang berpotensi beri pulangan tinggi, maka servis DT ini mungkin boleh menjadi pilihan pelabur atau pedagang yang masih belum berputus asa.

Contoh Track Record DT

Ini adalah contoh track record yang telah diaudit bagi tahun 2023.

track record discretionary trading

313.08% dalam tempoh setahun.

Modal RM50,000 jadi RM206,540 selepas 1 tahun.

Inilah keuntungan yang pelabur lepas pernah dapat (Penafian: Prestasi lampau tidak menjamin pulangan masa depan).

Too good to be true? Boleh semak berapa pula pelabur ini pernah ‘merah’ dalam tempoh 1 bulan. Perlu ingat, pasaran derivatif adalah pasaran yang sangat berisiko tinggi. Hanya sesuai untuk pelabur yang sanggup menerima risiko yang tinggi.

Penutup

Sekiranya anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang peluang pelaburan discretionary trading ini, bolehlah klik di butang Whatsapp di bawah . Let professionals trade for you.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

2 thoughts on “Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO?

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!