fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Apa itu Private Mandate (Pelaburan Mandat)?

private mandate

Adakah private mandate (pelaburan mandat) ini sesuatu yang baru?

Sepanjang musim PKP, ramai yang mula terlibat dalam pelaburan dan dagangan saham. Maklumlah, banyak yang bekerja di rumah sahaja.

Jadi, ramai juga yang mengharapkan ada ‘someone’ yang tolong manage portfolio saham mereka. Iyalah, nak belajar sendiri pun kadang-kadang susah nak faham.

Dah belajar, masih takut-takut nak melabur saham tetapi percaya yang labur saham antara instrumen ampuh untuk menjana kekayaan.

Atas asbab itu, wujudlah satu terma baharu iaitu ‘private mandate’ yang disarankan oleh financial planners dan marketing representatives walaupun instrumen ini sebenarnya sudah berpuluh tahun lamanya ada di pasaran.

Private mandate (Private Managed Account) atau nama Melayunya, pelaburan mandat merupakan satu instrumen pelaburan untuk melabur secara terus di bursa saham melalui bantuan licensed fund manager.

Dana akan diuruskan secara ‘customised’ oleh fund manager professional mengikut profail risiko pelaburan kita.

Kurang faham?

Biar saya tunjukkan contoh dan cerita bagi anda mudah faham.

Fahmi merupakan seorang jurutera berumur 30 tahun. Beliau ingin mengeluarkan sejumlah RM10K dari Akaun 1 KW$P beliau untuk dilaburkan ke dalam bursa saham melalui platform private mandate (pelaburan mandat).

Setelah mengisi borang ‘Investment Risk Profile’ dan tandatangan agreement yang diberikan oleh Financial Planner beliau, Fahmi merupakan seorang ‘medium-risk investor’.

Dengan maklumat ini, fund manager akan bantu Fahmi melabur dalam kaunter-kaunter saham yang berpotensi dan sesuai dengan profail risiko bagi ‘medium risk investor’.

Sekiranya Fahmi ada persoalan mengenai kaunter-kaunter saham ini, beliau boleh terus hubungi fund manager beliau melalui emel atau panggilan telefon.

Private Mandate ini Unit Trust juga ke?

Jawapannya ‘ya’ dan ‘tidak’.

Dalam pelaburan mandat juga ada unit trust. Fund manager akan bantu pilihkan unit trust fund, di mana pelaburan kita akan dimasukkan ke mana-mana unit trust fund daripada pelbagai fundhouse yang sesuai dengan investor risk profile kita.

Segala aktiviti switching fund, take profit dan portfolio rebalancing akan dilakukan oleh fund manager sendiri. Berbeza dengan melabur secara terus di unit trust, pelabur sendiri kena buat tindakan tersebut atas nasihat ejen unit trust atau pengalaman sendiri.

Ada lebih kurang 500 unit trust fund yang wujud di Malaysia. Melalui private mandate, fund manager akan bantu akses dan pilihkan unit trust fund mengikut ‘investor risk profile’ kita.

Untuk pelaburan mandat di bursa saham pula, dana kita akan dilaburkan terus ke kaunter-kaunter saham yang ada.

Menariknya, saham-saham yang dibeli akan diurus dan dipantau oleh fund manager yang professional dan berpengalaman. Jadi, kita tidak perlu pening kepala untuk buat analisis sendiri untuk saham yang berpotensi.

Maklumat tambahan: Private mandate ada 3%-5% service fee (bergantung kepada syarikat), lebih kurang sama dengan service fee untuk unit trust.

Kebanyakan ejen di luar sana adalah salesman. Ilmu pelaburan mereka mungkin terhad kerana bidang pelaburan bukanlah bidang mereka sepenuhnya.

Sebagai pelabur yang bijak, adalah lebih baik kita gunakan khidmat fund manager untuk dapatkan return yang lebih menarik dalam keadaan risiko yang terkawal.

Pada pendapat peribadi saya, pelaburan mandat adalah lebih telus dan fleksibel.

Pelabur sendiri boleh lihat performance pelaburan mereka dan saham apa yang dijual beli pada tarikh tertentu di portal yang disediakan.

Pelabur juga akan diberikan maklumat dan cara menghubungi fund manager (emel & no telefon) untuk memudahkan urusan pertanyaan mengenai prestasi pelaburan melalui emel.

Cara Mulakan Pelaburan di Private Mandate

Pertama, anda perlulah mencari Financial Planner (FP) atau Marketing Representative (MR) yang berlesen.

Kedua, buat keputusan samada anda hendak mulakan pelaburan menggunakan Akaun 1 atau secara tunai.

  1. Melabur secara tunai/cash

Permulaan untuk melabur secara tunai adalah serendah RM50k

2. Menggunakan Akaun 1 KWSP

Minimum permulaan pelaburan menggunakan akaun 1 adalah RM10K.

Sekiranya anda tidak cukup syarat untuk mengeluarkan sejumlah RM10K dari akaun 1, anda boleh mulakan dengan RM5K, tetapi hanya boleh melabur dalam pelaburan mandat jenis unit trust.

Selepas konsisten melabur secara ‘quarterly’ dan jumlah dana telah mencukupi RM30K, barulah anda boleh tukar mandat untuk fund manager laburkan terus dana tadi  akan di bursa saham.

Baca penulisan saya sebelum ini mengenai pelaburan mandat dengan Akaun 1 KWSP di sini.

Contoh portfolio-portfolio yang sudah melabur di private mandate

Melabur menggunakan Akaun 1. Contoh mandat yang dilaburkan ke Unit Trust setakat 6 Ogos 2020. Pemilihan dana adalah pelbagai jenis yang berpotensi daripada pelbagai syarikat Unit Trust.
Contoh Pelaburan Mandat ke Bursa Saham setakat 6 Ogos 2020. Strategi yang digunakan adalah value investing. Portfolio ini sudah melalui fasa market crash akibat Covid-19 dan pelabur konsisten buat suntikan dana setiap 3 bulan.

Jadi, apa pendapat anda dengan private mandate ini?

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau betul-betul berminat dengan private mandate (pelaburan mandat), boleh klik butang Whatsapp di bawah:

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Safwan Amran

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!
%d bloggers like this: