fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mulakan Pelaburan Saham

Sebelum nak mulakan pelaburan saham, ada beberapa perkara yang perlu kita buat dahulu.

Baru-baru ini, ramai orang sudah mula cakna dan ingin terlibat dalam pelaburan saham. Tapi perlu kita ingat, pelaburan saham adalah sejenis ‘high risk investment’.

Kalau tersalah langkah, boleh terus hangus modal pelaburan kita.

Jadi, kita perlu ambil tahu beberapa perkara dahulu sebelum nak terjun dalam bidang pelaburan saham.

Berikut adalah beberapa langkah asas yang perlu kita ketahui sebelum nak mulakan pelaburan saham.

1. Belajar tentang asas saham

Sebelum nak memasuki dunia saham, seelok-eloknya kita ambil tahu dahulu sedikit sebanyak tentang ilmu asas saham.

Bagaimanakah caranya untuk mendapat keuntungan daripada saham?

Adakah pelaburan saham ini patuh Syariah?

Ambil tahu juga sedikit sebanyak tentang cara untuk baca ‘chart’ saham dan sebagainya.

Antara kelas yang wajib diambil sebelum nak terjun ke dunia saham adalah kelas asas saham.

Di luar sana, ada banyak pihak-pihak yang menyediakan kelas asas saham untuk beginner. Pilihlah yang mana berbaloi dan sesuai dengan tahap ilmu saham anda.

Kelas Asas Saham oleh iSaham adalah antara salah satu kelas saham kegemaran saya kerana harganya yang berpatutan dan ilmu yang dikongsi juga sangat berguna dan mudah difahami oleh ‘beginner’.

2. Buka akaun CDS

Apabila anda sudah bersedia untuk memulakan pelaburan saham, langkah seterusnya adalah membuka akaun CDS.

Akaun CDS bermaksud ‘Central Depository System’ atau Sistem Depositori Pusat.

Akaun ini berfungsi untuk menyimpan dan mengemas kini saham setelah anda membuat urusan belian dan jualan.

Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia. Anda boleh membuka akaun CDS di sini.

Bonus: Sekiranya anda berjaya membuka akaun CDS melalui link di atas, anda akan diberikan akses percuma ‘premium screener’ oleh iSaham sepanjang hayat.

3. Modal sanggup ‘hangus’

Sediakan modal yang anda sanggup rugi.

Ini adalah kerana pelaburan saham adalah sangat berisiko dan untuk ‘total loss‘ adalah sangat tinggi. Malah bagi sesetengah kes yang buka akaun cds margin, ada yang mengalami bankrapsi.

Pastikan modal yang anda guna bukanlah wang simpanan kecemasan, wang untuk bayar duit perubatan, duit pinjam kawan, duit hutang ‘ah long’ dan sebagainya.

Selalunya, dalam RM3,000 sudah mencukupi untuk permulaan sebagai pembelajaran ‘trade’ di kaunter saham.

4. Persediaan mental dan emosi

Pelaburan saham sangat memerlukan ketahanan mental dan emosi yang tinggi. Anda juga perlu berdisiplin. Jangan terlalu mengikut sentimen orang sekeliling.

Dalam trading, ada satu teknik yang sering memakan diri para pelabur.

Teknik ini digelar ‘Hope Analysis’. Kaunter saham yang sudah jelas dan nyata akan mendatangkan kerugian dan tiada harapan untuk recover, seelok-eloknya kita keluar sahaja, daripada berharap agar harga unit akan Kembali naik, akhirnya makin menjunam dan kita pula menangis di bucu meratapi kerugian.

pelaburan saham

5. Teruskan mencari dan gali ilmu saham

Pelaburan saham memang akan menguntungkan sekiranya kita mempunyai ilmu dan pengalaman yang tinggi.

Antara kelas yang saya suka untuk tawarkan kepada orang ramai adalah dari kelas dari iSaham.

Harga kelas sangat berpatutan dan mampu bayar, tidak standing dengan ilmu mahal yang dikongsi.

Jangan putus asa dan teruskan menggali ilmu-ilmu berkenaan pelaburan saham.  InsyaAllah, kemungkinan suatu hari nanti kita akan sukses seperti Warren Buffet. Happy trading!

BONUS: Saya rasa trade saham ni susah, ada tak cara untuk saya bagi orang uruskan?

Jawapannya ADA.

Anda boleh rujuk posting di sini untuk pelaburan mandat saham.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!