fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Apa itu Financial Adviser’s Representative (FAR)?

Financial Adviser's Representative

Apa itu Wakil Penasihat Kewangan atau lebih popular dikenali sebagai Financial Adviser’s Representative (FAR)?

Anda pernah dengar tentang FAR?

FAR ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ramai yang tidak tahu walaupun mereka sendiri berada dalam industri takaful. Malah, ada juga agen ada yang self-claim dirinya adalah Financial Adviser.


Tahukah anda?

Title Financial Adviser tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Untuk menggunakan title Financial Adviser, seseorang itu perlu mendapatkan lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Jika title ini digunakan tanpa kebenaran, tindakan undang-undang akan dikenakan. Di bawah Seksyen 139 Akta Perkhidmatan Kewangan, seseorang yang ‘misuse of title’ boleh dikenakan penjara sehingga 8 tahun atau denda sebanyak RM25 juta atau kedua-duanya sekali.”


Di Malaysia, setakat 31 Ogos 2020), jumlah FAR hanyalah 1009 orang. Rujuk sini untuk senarai FAR yang berdaftar.

Financial Adviser's Representative
Senarai Financial Adviser’s Representative di Malaysia boleh disemak di website BNM.

Siapakah Financial Adviser’s Representative?

FAR merupakan wakil penasihat kewangan yang berlesen.

Financial Adviser’s Representative ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Untuk dapatkan lesen FAR, seseorang itu perlu mengikuti modul sijil professional dalam bidang perancangan kewangan selama 1-2 tahun.

Antara modul yang perlu diikuti adalah RFP dan Shariah RFP (MFPC), Islamic Financial Planning (IBFIM) atau Certified Financial Planner (FPAM). Kos bagi modul ini adalah sekitar RM2,600 ke RM10,000.

Jadi, modul-modul ini dapat membekalkan ilmu yang sewajarnya sebelum memegang lesen professional.

Selepas lulus dan dapat sijil professional, bakal FAR perlu jadi ahli aktif di Malaysian Financial Planning Council (MFPC) atau Financial Planning Assocation of Malaysia (FPAM). Selepas itu barulah boleh mohon lesen FAR dengan BNM.

BNM juga akan lakukan background checking bagi sesiapa yang ingin pohon lesen FAR. Antaranya, bakal FAR perlu bebas dari sebarang tunggakan CCRIS, tidak terlibat dengan kes mahkamah atau kes jenayah dan juga tiada sejarah tindakan disiplin oleh pihak berkuasa.

Bagaimanakah FAR boleh bantu anda?

Kelebihan FAR adalah mereka dapat akses maklumat pada pelbagai jenis syarikat takaful dan dapat membuat perbandingan produk-produk takaful yang ada di pasaran.

Sebagai perumpamaan, FAR ini seperti ‘one-stop center takaful products’ .

Anda boleh dapatkan servis telus dan perbandingan terbaik tanpa bias terhadap mana-mana syarikat takaful.

Anda juga tidak perlu menghabiskan masa untuk mencari dan meminta quotation daripada agen dari pelbagai syarikat takaful.

Apa beza FAR dengan agen takaful?

Umumnya, FAR dengan agen takaful mempunyai tugas yang sama iaitu membantu pelanggan untuk pilih pelan takaful yang bersesuaian ikut keperluan dan kemampuan dalam perancangan risiko.

Walaubagaimanapun, perbezaan yang ketara tetap ada.

Financial Adviser’s Representative

Financial Adviser's Representative
  • Seorang yang ‘independent’ dari mana-mana syarikat takaful. Mereka mewakili pelanggan.
  • Boleh promosikan dan dapatkan akses maklumat daripada pelbagai syarikat takaful
  • Servis tidak terhad kepada takaful perubatan sahaja (boleh juga memberi nasihat tentang general takaful, group term takaful, professional indemnity dan lain-lain)
  • Dibenarkan mengenakan cas konsultasi kepada pelanggan

Contoh:

Safwan merupakan seorang FAR. Encik Tajuddin merupakan seorang pelanggan yang ingin mencari pelan takaful perubatan (Employee Benefit) yang terbaik untuk syarikat beliau.

Jadi Encik Tajuddin berjumpa dengan Safwan untuk mendapatkan nasihat dan pelan tafakul yang terbaik mengikut kemampuan dan keperluan syarikat.

Sebagai seorang FAR, Safwan boleh dapatkan akses maklumat daripada sekurang-kurangnya 3 syarikat takaful dan boleh memberikan pelan yang bersesuaian untuk Encik Tajuddin.

Agen Takaful

  • Hanya mewakili sebuah syarikat takaful
  • Hanya boleh mempromosikan pelan takaful dari syarikat takaful yang diwakili sahaja
  • Kebanyakan agen hanya dibenarkan menjual terhad pada family takaful
  • Tidak dibenarkan mengenakan cas konsultasi kepada pelanggan

Contoh:

Saad merupakan seorang agen takaful syarikat Hang Liang. Encik Amran ingin mendapatkan quotation pelan perubatan yang terbaik untuk keluarganya.

Saad hanya boleh memberikan quotation produk daripada syarikat Hang Liang sahaja. Sekiranya Encik Amran ingin membuat perbandingan, beliau perlu mencari agen lain daripada syarikat takaful yang lain.

Kesimpulan

Sekarang, sudahkan anda faham mengenai financial advisor representative?

Selepas ini, sekiranya anda perlukan khidmat nasihat mengenai selok belok kewangan dan juga takaful, bolehlah set temujanji dengan FAR pilihan anda.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Safwan Amran

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!
%d bloggers like this: