SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Mengapa anda perlu gunakan khidmat Financial Planner?

financial planner

Ramai yang tidak tahu kelebihan menggunakan khidmat Financial Planner (Perancang Kewangan) dalam menguruskan kewangan.

Sebelum itu, kita perlu tahu, siapakah dia Financial Planner (Perancang Kewaangan).

Financial Planner adalah seorang individu yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti atau berdaftar sebagai Financial Adviser’s Representative di bawah autoriti Bank Negara Malaysia.

Secara ringkasnya, mereka adalah individu professional yang pakar dalam selok-belok perancangan kewangan.

Bacaan lanjut: Apa Itu Financial Adviser Representative?

Menurut Suruhanjaya Sekuriti, “Perancangan kewangan” ertinya menganalisis hal keadaan kewangan seorang lain dan menyediakan suatu pelan untuk memenuhi kehendak dan objektif kewangan orang lain itu, termasuk apa-apa pelan pelaburan dalam sekuriti, sama ada atau tidak suatu fi dikenakan berhubung dengannya. (Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007)

Kenapa kita perlu engage dengan Financial Planner?

Ïf you fail to plan, you plan to fail

Benjamin Franklin 1790

Setiap orang pasti mempunyai matlamat kewangan yang ingin dicapai.

Ada yang ingin bersara atau capai kebebasan kewangan sebelum umur 40 tahun.

Ada yang ingin capai bebas hutang seawal umur 35 tahun. Ataupun ingin susun semula bebanan hutang jahat yang ter sengaja buat.

Ada pula yang mempunyai matlamat untuk mempunyai jumlah wang yang sekian untuk bersara nanti.

Untuk mencapai matlamat-matlamat ini, tanpa ilmu dan perancangan kewangan yang betul, kadangkala ramai yang buat kesilapan dan tidak dapat mencapai matlamat yang diingini.

Ada yang tersalah membuat keputusan dalam menguruskan kewangan.

Sebagai contoh, Luffy ingin mempunyai wang persaraan sebagai RM1 juta apabila beliau mencecah umur persaraan. Untuk mencapai matlamat ini, apakah langkah betul yang perlu Luffy lakukan?

Luffy terpengaruh dengan kata-kata sahabatnya Usopp yang mengajak beliau untuk menyertai pelaburan yang berbaur scam.

Malang sekali, kesemua live saving Luffy hilang begitu sahaja dek terkena pelaburan scam dan Luffy terpaksa bekerja keras semula untuk mengumpul wang simpanan semula. Matlamat beliau untuk mempunyai wang persaraan sebanyak RM1 juta terkubur begitu sahaja.

Sekiranya Luffy mendapatkan khidmat nasihat awal daripada Financial Planner, pasti Luffy dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan pelaburan scam dan dapat merancang kewangan beliau dengan baik.

Apakah kelebihan menggunakan khidmat Perancang Kewangan?

Kita boleh dapatkan Financial Plan yang komprehensif untuk kewangan kita.

Financial Planner yang berlesen dan bertauliah boleh membuat analisa tentang keadaan kewangan semasa yang terperinci dan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki keadaan kewangan kita. Dengan itu, kita dapat kenal pasti tahap kewangan kita samada sihat atau sedang tenat.

Secara umumnya, seorang Financial Planner dapat membantu merancang dari segi pelbagai aspek kewangan peribadi. Contohnya seperti berikut:

  • Tingkatkan asset cair dan aset pelaburan
  • Persaraan
  • Tabung pendidikan anak-anak
  • Pembelian Hartanah
  • Kewangan Keluarga
  • Simpanan untuk Haji & Umrah
  • Kewangan untuk Perniagaan
  • Perancangan Harta Pusaka
  • Review sijil takaful dan pelaburan
  • Perancangan zakat, cukai & wakaf
  • Strategi langsaikan hutang
  • Dan lain-lain

Apabila kita sudah mendapatkan nasihat dan khidmat daripada yang pakar, kita dapat menaiktaraf kualiti kewangan dan kehidupan kita.

Manfaat yang kita boleh dapat dengan khidmat financial planner antaranya:

  • Perbaiki aliran tunai kewangan peribadi
  • Tingkatkan jumlah simpanan cair, mungkin dari 5 angka ke 6 angka ataupun 7 angka
  • Review sijil takaful. Carum takaful sekadar keperluan, tidak perlu fokus melabur dalam pelan takaful yang tidak perlu. Coverage juga bukan semata-mata medical card.
  • Capai target untuk menjadi pelabur canggih, aset ekuiti melebihi RM1juta ataupun aset bersih melebihi RM4juta keseluruhannya.
  • Perancangan harta pusaka menyeluruh. Bukan sekadar tulis wasiat dan buat dokumen hibah, malah merangkumi skop yang lebih luas seperti trust legacy, memorandum harta sepencarian dan pewarisan perniagaan.
  • Bebas hutang terutamanya hutang hartanah lebih awal dari sepatutnya
  • Capai kebebasan kewangan sebelum umur 50 atau lebih awal.
  •  Optimumkan pembayaran cukai & penalti. Pernah berlaku seorang professional buat personal loan 6 angka semata-mata untuk bayar penalti cukai.
  • Pandangan kedua bagi keputusan kewangan yang signifkan seperti pindah tempat kerja, pembelian kereta baru, beli rumah, perkahwinan dan lain-lain.

Siapa yang perlu ambil khidmat Financial Planner?

Sesiapa saja yang berhasrat untuk membaiki dan menambah baik kewangan mereka.

Adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada pakar untuk mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan besar dalam kewangan.

Kesimpulan

Financial Planner adalah seorang individu berlesen dan mempunyai tauliah dalam bidang perancangan kewangan. Sekiranya kita ingin membaiki dan menaik taraf kewangan kita, adalah sangat digalakkan untuk kita mengambil khidmat mereka.

Ini adalah supaya kita lebih faham dan mempunyai perancangan yang lebih teratur dalam mencapai matlamat kewangan kita juga tidak mudah terpedaya dengan ‘fake gurus’ di luar sana.

Dengan ambil khidmat financial planner, anda hanya perlu fokus build income, career growth dan kesejahteraan family. Urusan kewangan peribadi, biarlah financial planner yang peningkan kepala.

Sekiranya anda berminat dan ingin cuba dapatkan maklumat tentang khidmat Financial Planner, boleh klik link di bawah:

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!