fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Kenapa caruman ‘medical card’ naik harga saban tahun ?

medical card naik harga
Kos caruman medical card saban tahun semakin naik harganya. Mengapa?

Medical card naik harga saban tahun? Kenapa ini terjadi?

Dahulu, ada medical card yang hanya berharga bawah RM100. Caruman pula ada yang makin lama makin naik harganya.

Sampai ada yang berasa tertekan dengan kenaikan harga caruman ini.

Caj Tabung Tabarru’ disemak semula

Dalam beberapa tahun ini, caj tabarru’ perubatan, komponen penting dalam sistem takaful, telah mengalami semakan disebabkan oleh lonjakan kos perubatan.

Caj ini sangat bergantung kepada kekerapan tuntutan dan kos perubatan purata oleh peserta-peserta takaful.

Dengan peningkatan kekerapan tuntutan dan kos perubatan purata, kenaikan caj tabarru’ perubatan adalah perlu bagi memastikan tabung tabarru’ mempunyai jumlah yang relevan.

Kenaikan caj tabarru’ secara langsung akan menyebabkan medical card naik harga juga.

Tabarru’ bermaksud sumbangan atau derma yang diberikan oleh seseorang yang kemudiannya diberikan kepada orang lain yang memerlukannya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Tabung Tabarru’dalam takaful pula merujuk pada tabung hasil pembayaran yuran takaful oleh peserta.

Antara Punca-punca Kenapa Medical Card Naik Harga

Kekerapan Tuntutan (Claim) daripada pencarum

Salah satu punca utama medical card naik harga adalah peningkatan kekerapan tuntutan (claim) oleh peserta.

Antara faktor kenaikan tuntutan ini adalah daripada pertambahan cawangan hospital, kemudahan penjagaan kesihatan, dan perkhidmatan perubatan.

Apabila kemudahan perubatan swasta makin banyak dan menjadi lebih mudah diakses, ramai orang lebih cenderung untuk mencari rawatan perubatan swasta lalu menyebabkan peningkatan claim perubatan.

Populasi Umur Median Semakin Tua

Apabila lebih ramai pencarum semakin meningkat umur, sudah tentulah lebih ramai yang memerlukan rawatan di hospital.

Populasi median di Malaysia pula semakin tua, maka rata-rata peserta takaful adalah dalam kalangan mereka yang semakin berusia.

Apabila bilangan pemegang polisi lanjut usia meningkat, kadar penggunaan perkhidmatan kesihatan juga semakin meningkat, lalu menyebabkan peningkatan bilangan claim perubatan.

Inflasi Ekonomi dan Kejatuhan Nilai Matawang

Inflasi perubatan tahunan semakin meningkat, dan ini menambahkan lagi bebanan pada perbelanjaan perubatan kita.

Apabila mata wang melemah, kos untuk mengimport ubat-ubatan dan bekalan perubatan meningkat, menyebabkan kesan langsung pada kos perubatan keseluruhan.

Kemajuan dan Pembaharuan Teknologi Perubatan

Selain itu, kemajuan berterusan dalam perubatan dan teknologi perubatan memainkan peranan penting dalam peningkatan kos perubatan.

Walaupun kemajuan teknologi perubatan dapat memberikan rawatan yang lebih baik dan efisien untuk pesakit, ia sering kali datang dengan kos yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Faktor-faktor dia atas adalah antara punca mengapa kos perubatan dan kadar caruman medical card semakin meningkat.

Faktor-faktor ini akan memberi kesan pada tabung tabarru’ dan untuk mempunyai jumlah tabarru’ yang kekal relevan, maka caj tabarru’ akan semakin meningkat saban tahun.

Bacaan tambahan: Medical Card vs Income Protection, yang mana lebih utama?

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!