- 4 Perkara yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card - June 21, 2023
- Apa itu Unit Trust (UT)? - March 7, 2023
- Apa itu Equity Crowd Funding (ECF)? - November 25, 2022

Antara medical card dan income protection plan, yang mana sepatutnya lebih diutamakan?
Bila sebut sahaja pasal takaful/insurans, medical card terus terlintas di fikiran.
Ini menunjukkan kebanyakan orang ramai sudah ada kesedaran yang tinggi untuk mencarum medical card.
Tapi ramai pula buat kesilapan tak mencarum untuk income protection.
Mana lebih penting?
Kedua-duanya penting. Tetapi, untuk rawatan perubatan, kita ada alternatif lain.
Kita boleh dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Kosnya lebih murah dan rawatannya lebih professional. Kini, banyak hospital kerajaan pun sudah upgrade ke fasiliti yang lebih selesa.

Gambar ihsan Google : Hospital Ampang
Tetapi, jika kita hilang sumber pendapatan akibat terkena lumpuh atau sakit kritikal, apakah alternatif lain untuk kita?
Jadi seelok-eloknya kita fokus dahulu takaful untuk income protection berbanding medical card.
Apa itu income protection?
Income protection merupakan salah satu cabang dalam life takaful.
Fokus utama dalam income protection adalah memberi perlindungan pendapatan sekiranya kita ditimpa musibah lumpuh kekal atau sakit kritikal.
Misalnya, terkena penyakit yang menyebabkan kita tidak mampu lagi untuk keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Contohnya seperti kisah ini:
Abdul merupakan seorang ‘breadwinner’ dalam keluarganya. Dia bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat yang terkenal. Hanya dia sahaja yang bekerja mencari rezeki.
Amat malang sekali, Abdul didiagnos mempunyai penyakit kencing manis yang sudah kritikal sehingga memerlukan beliau untuk menjalani rawatan dialisis berkala.
Ini menyebabkan Abdul tidak dapat lagi fokus dalam kerjaya beliau dan terpaksa berhenti kerja.
Ketika inilah pelan income protection akan membantu beliau sekeluarga.
Selalunya, pampasan life takaful akan diberi sekiranya kita ditimpa musibah:
- Kematian
- Lumpuh kekal menyeluruh
- Sakit kritikal
Berapakah pampasan yang mencukupi untuk saya?
Sebelum mencarum takaful, kira dahulu berapakah pampasan yang mencukupi untuk kita.
Tanya beberapa soalan pada diri sendiri:
- Sekiranya anda sudah tiada, berapa lamakah masa yang diambil oleh pasangan kita untuk bekerja (sekiranya pasangan tidak bekerja) dan mempunyai pendapatan sendiri?
- Adakah keluarga anda sangat bergantung pada pendapatan anda untuk perbelanjaan bulanan? (Pasangan bekerja tetapi mungkin gajinya tidak mampu menampung perbelanjaan seisi rumah sepenuhnya)
- Berapa perbelanjaan bulanan isi rumah yang anda tampung?
- Adakah anda mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan?
Setelah membuat kira-kira, barulah kita boleh nampak jelas impak pendapatan kita untuk seisi keluarga.
Kemudian barulah kita oleh buat keputusan untuk jumlah pampasan life takaful/income protection yang kita perlukan.
Ada 2 jenis pendekatan untuk kita kira pampasan atau life coverage kita:
Teknik Income Replacement:
Dalam teknik ini, kita perlu ambil kira berapakah jumlah gaji bulanan kita. Misalnya, gaji bulanan kita adalah RM4000 sebulan.
Maka, kita perlu mempunyai dana yang boleh memberikan pendapatan RM4000 sebulan sekiranya kita ditimpa musibah lumpuh kekal menyeluruh, sakit kritikal atau kematian.
Gaji anda x 12 bulan x 10 tahun = Nilai pampasan
RM4000 x 12 bulan x 10 tahun = RM 480,000
Teknik Capital Conservation Method:
Untuk teknik ini, kita ambil kira pula ke manakah wang pampasan akan kita letak/laburkan.
Contohnya, kita letakkan wang pampasan dalam pelaburan mandat yang boleh berikan dividen tahunan sebanyak 4%. Kenapa 4%? Itulah nilai yang achievable dan konsisten dalam pelaburan yang rendah risiko.
(Gaji Anda x 12 bulan) ÷ 4% = Nilai Pampasan
(RM 4,000 x 12 bulan) ÷ 4% = RM 1,200,000
Dengan teknik ini, kita hanya gunakan wang dividen sahaja untuk perbelanjaan kita dan wang pampasan langsung tidak diusik.
Dalam keluarga, siapakah yang paling utama untuk ambil coverage income protection?
Kes 1: Pasangan tidak bekerja
Sudah tentulah ayah atau suami yang paling utama sebagai ‘breadwinner’ dalam keluarga.
Sebagai ‘breadwinner’ , income protection adalah lebih utama berbanding medical card.
Seperti yang diulas di atas, kita masih ada alternatif untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan, manakala sekiranya hilang sumber pendapatan, tiada alternatif lain.
Jika ada sekalipun, mungkin tidak mencukupi.
Kes 2: Suami dan isteri bekerja
Zaman sekarang, adalah normal apabila kedua-dua suami dan isteri bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Dalam kes ini, seelok-eloknya suami dan isteri turut mencarum untuk income protection.
Ini adalah kerana sekiranya hilang pendapatan dari salah seorang, sudah pasti akan menjejaskan ekonomi keluarga.
Anak-anak pula bagaimana?
Untuk anak-anak pula, sekiranya ibu dan bapa ada bajet yang mencukupi, bolehlah mencarum medical card untuk seisi keluarga.
Pada pendapat saya, medical card untuk anak-anak juga penting atas faktor keselesaan mereka untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Kesimpulan
Dalam sesebuah keluarga, income protection adalah paling utama untuk ‘breadwinner’.
Jadi, sebelum membuat keputusan untuk ambil medical card, mencarumlah dulu untuk income protection.
Ini adalah sekiranya berlaku kematian, lumpuh kekal atau terkena penyakit kritikal yang menyebabkan kita tidak mampu untuk keluar mencari rezeki lagi, kita masih mempunyai dana untuk menampung perbelanjaan keluarga kita.
Sekiranya mempunyai bajet kewangan yang lebih, barulah mencarum untuk medical card.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.
3 thoughts on “Medical Card vs Income Protection, Mana Lebih Utama?”
Comments are closed.