fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Pelan Pendidikan Takaful, Berbaloikah?

pelan pendidikan
Ramai ibubapa yang ingin merancang dana pendidikan untuk anak-anak sejak kecil lagi.

Ramai juga antara ibubapa yang bertanya, bagus tak ambik pelan pendidikan takaful ini?

Sewaktu saya hanya terlibat dalam industri unit trust, saya sangat skeptik dengan pelan pendidikan melalui takaful. Baik masuk unit trust, return jauh lagi tinggi.

Bila dah terlibat dalam industri takaful, saya masih lagi skeptikal. Unit trust juga yang terbaik berbanding pelan pendidikan takaful.

Baca di sini untuk alternatif lain sediakan dana pendidikan untuk anak-anak.

Habis itu, tak perlulah ambik pelan pendidikan?

Bila dah terlibat dengan industri perancangan harta pusaka, persepsi saya berubah.

Memang tak nafi pelan pendidikan takaful fokusnya pada protection walaupun ada savings. Return pun tak seberapa.

Tetapi jika dari sudut pandang pewarisan harta, pelan pendidikan takaful sudah dijamin milik anak sepenuhnya jika pembayar meninggal. Pihak takaful siap sambung bayar lagi sehingga tempoh matang sijil. Ini dari sudut pandang jika pembayar meninggal dunia sebelum anak cukup umur.

Bertentangan dengan unit trust, walaupun dah dibuat penamaan kepada anak, aset itu masih dibekukan sehingga anak cukup umur.

Malah, jika hendak anak miliki amaun 100% nilai investment, perlu dapatkan perlepasan hak faraid daripada waris lain. Sumbangan untuk education terhenti, aset terbeku sehingga cukup umur.

Jika dokumen pengisytiharan hibah untuk unit trust dibuat, perlu keluarkan kos lebih tinggi daripada trust nomination dan prosesnya lebih rumit. Itu belum ambil kira kos nak buat Surat Ikatan Amanah lagi andaikata nak jadikan unit trust ini seperti takaful education plan.

Jadi, masing-masing ada pros dan cons. Contoh lain berkaitan dengan pelepasan cukai. Terpulanglah kepada anda bagaimana nak rancang tabung pendidikan anak-anak.

Namun ada yang lebih utama buat si pembayar sebelum merancang pelan pendidikan anak.

Si pembayar wajib ada pelan gantian pendapatan yang dapat cover sekurang-kurangnya 10 tahun gaji andaikata ditimpa musibah hilang income.

Boleh baca di sini tentang pelan gantian pendapatan (income protection).

Kesimpulan

Memang ada platform lain yang lebih menguntungkan untuk dana pendidikan.

Tetapi, dari segi kemudahan untuk menguruskan wang dana di masa akan datang sekiranya berlaku musibah, pelan pendidikan takaful lah yang terbaik.

Nasihat saya, buatlah pelan pendidikan takaful, di samping melabur atau menyimpan di platform-platform lain. Adalah lebih baik jika kita pelbagaikan simpanan kita.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!