SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Suri Rumah, Mintalah Suami Ambil Takaful ‘Income Protection’

suri rumah income protection
Suri rumah sangat sibuk menguruskan hal rumah tangga.

Buat suri rumah, mintalah suami anda mencarum takaful ‘income protection’.

Kenapa ya?

“Baru-baru ini saya terbaca keluhan seorang isteri di status Facebooknya.

Dia baru sahaja kehilangan pakciknya. Makciknya pula seorang suri rumah, sama seperti dia.

Sahabat ini mempunyai kerisauan, siapakah yang akan menanggung perbelanjaan keluarga sekiranya ada musibah yang terkena pada suaminya, seperti yang berlaku pada makciknya.”

Sebagai suri rumah, isteri memang sepenuhnya bergantung pada suami untuk mencari rezeki.

Bukannya si isteri tidak mahu keluar mencari rezeki bersama, tetapi setiap orang ada sebab dan ujian masing-masing untuk membuat keputusan duduk di rumah dan menguruskan rumah tangga.

Ya, tiada siapa yang mahu perkara buruk berlaku ke atas suami sendiri. Tetapi tidak salah sekiranya kita merancang awal.

Seorang suami seharusnya membuat perancangan kewangan awal untuk keluarga sekiranya berlaku musibah ke atas dirinya.

Contohnya, sekiranya ditimpa kemalangan dan menyebabkan suami tidak mampu untuk keluar mencari rezeki lagi, bagaimanakah untuk kita menampung perbelanjaan keluarga?

Anak-anak masih perlu diberi makan. Bil-bil dan hutang masih perlu dibayar.

Mahu suruh isteri keluar mencari kerja, tentulah mengambil masa.

Kalaupun isteri ada sumber rezeki yang lain (seperti bisnes online dan sebagainya), adakah cukup untuk menampung perbelanjaan di hari-hari mendatang?

Ketika ini lah takaful ‘income protection’ akan membantu anda sekeluarga.

Apakah ‘income protection’ ni? Sama macam medical card ke?

Secara ringkasnya, ianya adalah dana kecemasan sekiranya berlaku musibah yang menyebabkan kita tidak mampu keluar bekerja seperti terkena sakit kritikal, lumpuh kekal atau kematian.

Segala persoalan tentang takaful income protection telah pun saya kupaskan di penulisan sebelum ini di sini.

Suami yang terbaik adalah suami yang ambil ‘income protection’

Ini adalah ayat seorang client saya.

Sebagai ‘breadwinner’ dalam keluarganya, dia memang awal-awal lagi sudah ambil takaful untuk dirinya.

Setiap bulan pula selalu update, takut-takut dia terlupa bayar dan polisinya ‘lapse’.

Bukan itu sahaja, bila gajinya naik, terus dia rancang nak tambah lagi coverage nya.

Katanya, ini sahajalah harta yang dia ada untuk diwariskan pada isteri dan anak-anak apabila dia sudah tiada nanti.

Tak mahu anak dan isteri susah apabila ketiadaan dia.

Begitulah amanah dan tanggunjawab berat sebagai suami, sediakan ‘payung’ siap-siap untuk keluarga sebelum ‘hujan’.


Nasihat tambahan saya:

Baru-baru ini banyak musibah yang melanda orang-orang sekeliling saya. Sedih di atas ujian yang menimpa mereka dan juga kerana mereka tidak tahu tentang ‘income protection’ ini.

Jadi, saya sarankan anda semua mencarumlah takaful untuk diri anda dan keluarga. Sekurang-kurangnya kita ada dana kecemasan sekiranya berlaku musibah.

Percayalah, hati akan terasa lega apabila kita dilindungi dengan takaful di saat-saat sukar.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!