- 4 Perkara yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card - June 21, 2023
- Apa itu Unit Trust (UT)? - March 7, 2023
- Apa itu Equity Crowd Funding (ECF)? - November 25, 2022

Unit trust (UT) adalah sejenis pelaburan yang semakin popular di kalangan pelabur yang ingin memperoleh keuntungan dari pasaran kewangan. Bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, pelaburan ini adalah instrumen yang baik sebagai permulaan.
Baik, dalam artikel ini akan diterangkan tentang asas unit trust, bagaimana ia berfungsi, dan kelebihan serta kelemahan yang perlu diambil kira oleh pelabur sebelum melabur.
Apakah sebenarnya pelaburan ‘unit trust’ ini?
Secara asasnya, ‘unit trust’ adalah pelaburan yang dikumpulkan dari pelbagai individu awam atau syarikat untuk dikelolakan oleh syarikat pengurus dana atau pengurus dana profesional.
Contoh syarikat pengurus dana yang ada di Malaysia adalah seperti Public Mutual Berhad, Phillip Mutual Berhad, Kenanga Investeors Berhad dan sebagainya. Anda boleh rujuk di website Suruhanjaya Sekuriti untuk senarai penuh.
Dana ini kemudian akan dilaburkan oleh pengurus dana tadi dalam pelbagai jenis aset kewangan seperti saham, bon dan hartanah, dengan matlamat untuk memperoleh keuntungan yang optimum bagi para pelabur.

Bagaimana pula pembelian saham dalam UT ini? Adakah sama seperti saham?
Apabila seseorang melabur dalam UT, dia membeli unit yang mewakili sebahagian kecil dari dana yang dikelola oleh pengurus dana. Harga setiap unit bergantung kepada nilai bersih aset (NVA) unit trust tersebut.
Sekiranya pelaburan UT tersebut ‘perform’ dan menghasilkan keuntungan yang lumayan, keuntungan akan diberikan kepada pelabur dalam bentuk agihan pendapatan, kenaikan modal & pecahan unit.
Adakah pelaburan UT ini berisiko tinggi?
Setiap ‘fund’ mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, ‘fund’ UT saham mempunyai matlamat untuk memperoleh keuntungan daripada pelaburan dalam saham-saham syarikat yang terpilih.
Sementara UT bon difokuskan pada pelaburan dalam bon kerajaan dan korporat untuk memperoleh pulangan yang lebih stabil.
Justeru, risiko setiap fund UT bergantung kepada matlmat fund tersebut.
Adalah digalakkan kepada pelabur untuk meneliti ‘ fund fact sheet ‘ setiap dana UT terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Kelebihan Unit Trust
Kelebihan utama melabur dalam UT adalah kepelbagaian jenis pelaburan. Ini membolehkan pelabur mengurangkan risiko mereka dengan melabur dalam pelbagai jenis dana-dana mengikut matlamat dan ‘risk profile’ masing-masing.
‘Investor risk profile’ adalah tahap risiko yang seseorang pelabur sanggup ambil dalam mana-mana pelaburan.
Di Malaysia juga terdapat banyak syarikat yang menguruskan pelaburan unit trust yang boleh menguruskan dana dengan baik. Anda boleh rujuk senarai syarikat di sini.
Pengurusan dana yang profesional oleh ‘fund manager’ yang bertauliah juga memudahkan urusan dan membolehkan pelabur mendapatkan keuntungan yang optimum mengikut profail risiko masing-masing.
Kos pelaburan yang rendah pula membolehkan pelabur kecil dan ‘beginner’ mengakses pelaburan di dalam aset-aset kewangan yang sebelumnya hanyalah boleh diakses oleh pelabur yang mempunyai modal yang lebih besar.
Jadi, adakah patut saya terus invest di unit trust?
Seperti yang kita maklum, dalam mana-mana pelaburan semestinya ada risiko. Pelaburan unit trust juga idak terkecuali.
Salah satu risiko utama ialah risiko kehilangan modal akibat kerugian dalam fund yang kita laburkan. Ini berlaku apabila pengurus dana tidak berjaya menghasilkan keuntungan seperti yang diharapkan (kadangkala keadaan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan juga boleh menyebabkan kerugian pada banyak dana UT).
Selain itu, pelaburan UT juga mempunyai yuran pengurusan tahunan yang boleh menjejaskan peratusan bersih agihan pendapatan.
Kesimpulan
Apa-apa pun, perlulah kita memahami rujuk semula matlamat pelaburan, risiko dan kos yang terlibat kita sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Jadilah pelabur yang bijak membuat keputusan supaya kita dapat memanfaatkan pelaburan kita dan memperoleh keuntungan yang optimum.
Bagaimanakah cara untuk saya mulakan pelaburan?
Di Malaysia, ada 2 cara untuk anda melabur di UT:
- Melalui ejen syarikat UT
- Secara online di platform e-unit trust
Sekiranya anda seorang pelabur yang ‘beginner’ dan perlukan bantuan untuk mulakan pelaburan, anda bolehlah hubungi ejen unit trust atau ‘Financial Planner Representative’.
Sekiranya anda sudah mempunyai asas, faham tentang pelaburan UT dan sudah tahu ‘fund’ mana yang anda ingin labur, bolehlah terus buka akaun secara online di platform e-unit trust.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.
1 thought on “Apa itu Unit Trust (UT)?”
Comments are closed.