SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Investor Risk Profile – Kenal pasti tahap risiko pelaburan yang sesuai dengan anda

Investor risk profile
Sebelum melabur, kita perlu tahu tahap risiko pelaburan yang sesuai dengan kita

Investor risk profile merujuk kepada tahap risiko pelaburan yang sanggup dihadapi oleh pelabur untuk melaburkan wang dalam sesuatu instrumen pelaburan.

Sebelum memulakan mana-mana pelaburan, adalah amat penting untuk memahami ‘investor risk profile’ diri sendiri dan mengenal pasti matlamat pelaburan kita.

Tahap risiko pelaburan ini bergantung pada beberapa faktor seperti matlamat pelaburan, jangka masa pelaburan, sumber kewangan, pengalaman pelaburan dan keadaan pasaran semasa.

Jenis-jenis ‘investor risk profile’

”Investor Risk Profile’ yang paling asas terbahagi kepada 3 iaitu ‘conservative’, ‘moderate; dan ‘aggresive’.

Pelabur yang ‘conservative’ cenderung untuk memilih instrumen pelaburan yang lebih stabil dan mempunyai risiko yang lebih rendah.

Sebaliknya, pelabur yang mempunyai profil risiko ‘aggresive’ cenderung untuk memilih instrumen pelaburan yang mempunyai risiko yang lebih tinggi, tetapi berpotensi beri pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa yang lebih panjang.

Pengalaman dalam bidang pelaburan dan pengetahuan pasaran juga memainkan peranan penting dalam menentukan profil risiko pelabur.

Pelabur yang lebih berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang pasaran mungkin lebih cenderung untuk memilih instrumen pelaburan yang mempunyai risiko yang lebih tinggi tetapi mempunyai potensi pulangan yang lebih tinggi kerana mereka sudah faham risiko dan matlamat pelaburan mereka.

Untuk pelabur newbie pula, kebanyakkannya ada jenis pelabur ‘conservative’, di mana risiko pelaburan adalah lebih rendah dan selamat.

Bagaimanakah cara untuk kita tahu tahap risiko pelaburan kita?

Untuk mengetahui tahap risiko pelaburan kita, selalunya syarikat-syarikat yang menguruskan dana akan memberikan pelabur baru ‘questionnaire form’ yang mempunyai beberapa soalan mengenai ‘expectation’ dan pengalaman dalam bidang pelaburan.

Anda juga boleh klik butang di bawah untuk menjawab ‘questionnaire’ berikut:

Contoh pelaburan mengikut tahap risiko kita

Apabila kita sudah tahu ‘investor risk profile’ kita, maka bolehlah kita membuat keputusan untuk melabur mengikut tahap risiko kita.

Berikut adalah sedikit contoh pelaburan yang ada di Malaysia mengikut tahap risiko pelaburan:

Conservative (risiko pelaburan rendah):

  • Tabung Haji, ASB, pelaburan bank, pelaburan dalam takaful, unit trust (bergantung pada pemilihan dana)

Moderate (risiko pelaburan sederhana):

  • Pelaburan koperasi, pelaburan hartanah (bergantung pada pemilihan lokasi), unit trust (bergantung pada pemilihan dana)

Baca mengenai unit trust di sini.

Aggresive (risiko pelaburan tinggi):

  • pelaburan saham, forex, pelaburan hartanah (bergantung pada pemilihan lokasi), unit trust (bergantung pada pemilihan dana) , pelaburan emas dan perak, pelaburan dalam sumber mineral seperti FCPO dan lain-lain

Untuk bacaan lanjut, boleh baca di sini.

Kesimpulan

Memahami ‘investor risk profile’ adalah penting dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Sebagai pelabur, penting untuk melakukan penilaian diri sendiri dan mengambil kira matlamat pelaburan, jangka masa pelaburan, sumber kewangan, pengalaman pelaburan dan keadaan pasaran semasa sebelum membuat keputusan pelaburan.

Dengan memilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan profil risiko pelabur, dapatlah kita mencapai matlamat pelaburan di samping mengurangkan risiko yang tidak diingini.

Contohnya, sekiranya kita merupakan pelabur yang ‘conservative’ , janganlah pula melabur di platform pelaburan yang ‘high risk’.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!