fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Takaful Kemalangan Untuk Rider/Runner Motorsikal Dengan Harga Berpatutan

takaful kemalangan untuk abang rider
Pekerjaan sebagai seorang ‘rider’ adalah antara pekerjaan yang berisiko tinggi.

Takaful kemalangan adalah sangat digalakkan untuk mereka yang selalu menggunakan kenderaan di jalanraya.

Kemalangan jalanraya adalah sesuatu yang tidak dijangka dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di jalanraya setiap hari, risiko untuk terkena kemalangan semakin meningkat.

Sebolehnya, memang kita tidak mahu perkara buruk ini terjadi pada kita, tetapi adalah lebih baik sekiranya kita mengambil caruman takaful sebagai satu langkah untuk melindungi kewangan kita.

Pelan Takaful Kemalangan Untuk Abang Rider

Sebuah pelan takaful kemalangan daripada Zurich Takaful, Patina 2016 mempunyai  pelan perlindungan kemalangan peribadi standalone yang paling komprehensif dengan bayaran yang minima.

PATINA 2016 ini memberikan perlindungan jika berlakunya kemalangan kepada diri anda.

Harga caruman untuk pelan ini juga adalah agak rendah, sangat berbaloi dan mampu milik untuk semua.

Antara mereka yang perlu pertimbangkan untuk mencarum pelan takaful ini adalah:

  • Penunggang motosikal ke tempat kerja.
  • Bekerja sebagai runner motosikal. (rider Grab, rider Food Panda, rider food delivery dan lain-lain)
  • Golongan yang berhadapan dengan risiko kemalangan.
  • Golongan yang mencari Perlindungan Takaful Kemalangan mampu milik.

Sebelum kita lihat harga caruman PATINA 2016, kita lihat dulu manfaat-manfaat yang ada dalam pelan takaful ini.

patina takaful kemalangan

Berdasarkan gambar di atas, ada 6 jenis pelan yang ditawarkan oleh PATINA takaful kemalangan, bergantung pada jumlah pampasan yang diberikan mengikut manfaat.

Secara ringkasnya, manfaat-manfaat yang ada dalam takaful kemalangan ini adalah seperti berikut:

1. Manfaat kematian

Sekiranya kematian akibat selain dari kemalangan, waris akan dibayar dari RM10,000 hingga RM200,00 mengikut pelan yang dicarum.

2. Manfaat kematian akibat kemalangan

Jika kematian berlaku akibat kemalangan, jumlah pampasan yang diberikan akan digandakan  sebanyak 5 kali daripada jumlah manfaat asal kematian, iaitu antara RM50,000 hingga RM500,000.

3. Bayaran Balik Perubatan

Jika berlaku kemalangan, bayaran-bayaran kos perubatan seperti kos pembedahan memasukkan besi memerlukan kos yang tinggi untuk ditanggung. Bagi pencarum PATINA, kos-kos ini boleh dituntut semula (tuntutan yang akan dibayar adalah berdasarkan jenis pelan).

4. Bayaran MC mingguan

Bagi mereka yang bekerja sebagai abang rider, pendapatan adalah berdasarkan kerja-kerja harian.

Sekiranya berlaku kemalangan dan diberikan cuti MC yang lama, sudah tentulah akan menjejaskan pendapatan harian.

Untuk pencarum pelan PATINA ini, mereka akan diberikan bayaran MC mingguan untuk mengurangkan beban kewangan dan dapatlah berehat pulih dengan tenang tanpa risau tentang pekerjaan.

5. Pampasan patah tulang/melecur (diperbaharui setiap tahun)

Patah tulang & melecur adalah kecederaan yang paling kerap berlaku apabila kemalangan. Pampasan untuk kecederaan jenis ini juga akan diberikan dan perlindungan juga akan diperbaharui setiap tahun (rujuk gambar).

Nota penerangan: Sekiranya Abu (ambil pelan 1) patah tulang kaki pada tahun 2023, pampasan one-off akan diberikan pada beliau sebanyak RM8,000.

Pada tahun 2024 dan seterusnya, sekiranya berlaku lagi kecederaan patah tulang atau kelecuran pada Abu, Abu masih lagi layak untuk mendapat pampasan dengan jumlah yang sama.

6. Pendapatan Harian Hospital

Pencarum PATINA takaful kemalangan akan diberikan elaun harian semasa di wad mengikut kadar di pelan.

Dengan adanya elaun pendapatan harian hospital ini, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan ketika kita tidak dapat keluar untuk mencari rezeki.

7. Bayaran ambulans

Kos bayaran ambulans juga akan ditanggung oleh PATINA.

8. Diskaun kesetiaan 20%

Bagi menghargai kesetiaan pencarum, diskaun kesetiaan 20% akan diberikan pada tahun yang ketiga caruman.

Nota penerangan: Abu berumur 32 tahun mencarum dengan pelan 1 pada kadar bayaran RM234.26 setahun. Abu setia membayar caruman selama 2 tahun berturut-turut.

 Pada tahun ketiga, caruman Abu diberikan diskaun sebanyak 20% dan Abu hanya perlu membayar RM187.41 sahaja untuk tahun ketiga.

Jadual Caruman untuk PATINA 2016

Berikut adalah jadual caruman tahunan (bukan bulanan) untuk PATINA 2016.

caruman tahunan patina
Jadual Caruman Tahunan untuk PATINA 2016 mengikut tangga umur

Kesimpulan

Statistik kemalangan jalanraya di Malaysia semakin tahun semakin meningkat.

Jadi, amatlah digalakkan untuk mereka yang kerap menghabiskan masa di jalanraya dan berisiko tinggi untuk mempertimbangkan pelan ini sebagai perlindungan kewangan.

Harga caruman pelan PATINA 2016 ini juga agak rendah.

Sebagai contoh, Ali seorang rider Food Panda yang berumur 33 tahun hanya perlu membayar RM234.26 setahun atau RM19.52 sebulan sahaja untuk mendapatkan manfaat-manfaat pelan 1.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan ataupun berminat dengan takaful kemalangan PATINA 2016 ini, boleh klik butang Whatsapp di bawah:

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!