fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

eUnit Trust – Pelaburan Unit Trust Secara Online

e unit trust

Tahukah anda bahawa anda boleh melabur di unit trust secara online dengan lebih mudah, pantas dan telus?

Anda pernah dengar tentang eUnit Trust?

Apa itu eUnit Trust?

eUnit Trust adalah merupakan sebuah platform unit trust online pertama di Malaysia dan menawarkan pelabur untuk memilih dan menguruskan pelaburan unit trust mereka sendiri.

eUnit Trust telah dilancarkan sejak tahun 2008 oleh Phillip Capital Malaysia.

Dengan adanya eUnit Trust ini, lebih mudah untuk anda menyemak dan memilih dana pilihan anda sendiri tanpa bias dari mana-mana syarikat.

Kelebihan eUnit Trust

Perbandingan eUnit Trust dengan platform unit trust yang lain

Di sini saya kongsikan beberapa kelebihan melabur di platform eUnit Trust:

1. One stop platform

Ada lebih 250 dana unit trust (global dan local) yang boleh anda pilih daripada pelbagai ‘fund house’ yang popular. Jadi, anda dapat bebas melabur tanpa bias dari mana-mana syarikat.

2. Sales charges serendah 0%

Kadang-kadang eUnit Trust ada kempen promosi sales charges serendah 0% !

Ini lebih menguntungkan para pelabur. Jimat, tak perlu bayar sales charges kan?

3. Pembukaan akaun yang mudah dan percuma

Platform eUnit Trust yang mudah, simple dan mesra pengguna.  Nak buka akaun senang sahaja dan percuma!

4. Kawal pelaburan sendiri

Di eUnit Trust, anda boleh pantau dan kawal pelaburan unit trust anda sendiri.

Urus niaga pelaburan melalui sistem FPX yang selamat oleh platform online banking di Malaysia.

Untuk penebusan pelaburan, anda tidak perlu berurusan dengan pihak ketiga yang kadangkala memerlukan urusan rumit yang memakan masa.

5. Maklumat dana unit trust yang telus

Maklumat komprehensif mengenai harga harian dan prestasi dana dalam bentuk jadual dan carta.

Ini dapat membantu pelabur membuat keputusan yang lebih baik.

Bagaimana cara nak mulakan pelaburan unit trust secara online di eUnit Trust?

Mudah saja caranya untuk buka akaun di eUnit Trust ini. Hanya ikut 4 langkah ini sahaja!

Langkah 1:

Layari ke laman web ‘’Pendaftaran Baru eUnit Trust” dan isikan butiran anda dengan betul dan lengkap. Pastikan Agent Code adalah PMB02103.

Setelah selesai semua langkah-langkah di atas, login ID dan password akan dihantarkan ke email anda lebih kurang dalam tempoh 1-2 hari bekerja.

Mudah sahaja kan? Hanya dengan klik-klik sahaja dah selesai urusan.

Cara Gunakan Platform eUnit Trust

Selepas anda sudah mendapatkan login-ID dan password, sekarang bolehlah mulakan pelaburan anda secara online.

Tonton video tutorial step by step untuk memudahkan urusan anda di eUnit Trust.

Tutorial untuk Buka Akaun Individu

Cara Nak Beli Unit Trust

Cara Nak Jual Unit Trust

Cara Buat Switching Unit Trust

Sekiranya anda mengalami masalah, anda boleh terus hubungi pusat khidmat pelanggan di 603-27830300 atau emailkan kepada phillipmutual@poems.com.my.

Jika perlukan nasihat tentang pembelian dana di eUnit Trust, contohnya set up teknik ‘Dollar Cost Averaging‘ dengan Unit Trust, klik butang di bawah untuk khidmat konsultasi dari Safwan.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

2 thoughts on “eUnit Trust – Pelaburan Unit Trust Secara Online

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!