fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Tips Buat Untung di Unit Trust

buat untung unit trust

Rata-rata ramai yang sudah tahu apa itu unit trust, tapi masih ramai yang masih kabur bagaimana cara untuk buat untung dengan unit trust.

Ada yang sudah sampai tahap patah hati dengan unit trust padahal hanya melabur dalam satu syarikat sahaja.

Perlu kita tahu, di Malaysia ada kurang lebih 40 syarikat Unit Trust , dan ada lebih 600 fund unit trust di pasaran yang kita boleh labur. Takkan hanya sebab rugi di satu company atau beberapa fund, kita pukul rata unit trust ini tak untung?

Ini adalah antara tips-tips yang boleh kita praktikkan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan unit trust.

1. TIMING MARKET ENTRY

Buy low sell high, ini biasa dengar. Tapi macam mana nak tahu timing apa yang sesuai?

Antara cara yang mudah boleh rujuk 52 week range price indicator di Bloomberg contohnya.

Cari harga yang belum sampai peak sepanjang tempoh 52 minggu. Untuk pemilihan fund, boleh tengok past performance fund tersebut samada banyak buat untung atau tidak sepanjang tempoh 5 tahun.

Yang ini boleh rujuk calendar year performance di fund fact sheet untuk tengok trend cycle performance sesuatu fund. Google sahaja fund fact sheet dan nama fund tersebut.

Contoh indicator dari Bloomberg

Kalau jenis yang pandai trade saham guna technical analysis, boleh rujuk index yang berkaitan dengan fund tersebut. Guna index yang seakan-akan mirroring dengan performance fund.

2. Dollar Cost Averaging    

Ini strategi yang sesuai untung pelabur yang tiada masa untuk buat pantauan, waktu bila masa yang sesuai untuk beli dan jual unit.

Dengan setkan pembelian unit setiap bulan secara auto deduction dari akaun bank, harga unit dapat dipuratakan.

Jika harga tengah rendah, dapat unit banyak. Harga tengah tinggi, unit berkurang. Strategi ini tak menjanjikan keuntungan yang besar, ia lebih kepada nak kurangkan risiko kerugian.

Pemilihan fund yang sesuai untuk strategi ini pula adalah fund yang kadar meruapnya (volatility rate) tinggi, biasanya fund yang berkaitan ekuiti.

dollar cost averaging
Teknik Dollar Cost Averaging

3. Diversification

Bahasa mudahnya, jangan letak semua telur dalam satu bakul. Kita nak kurangkan risiko kerugian. Satu telur pecah, telur lain ada yang masih elok lagi.

Pelbagaikan jenis unit trust kita.

Elakkan untuk melabur dengan satu company, satu geografik lokasi atau satu jenis kelas asset sahaja untuk buat diversification.

4. Buat review

Sebaik-baiknya buat review setiap suku tahun. Mana-mana fund yang dah capai target untung yang kita mahu contohnya 10%, boleh lock price siap-siap dan switch ke fund yang pernah perform tetapi harga tengah diskaun.

Jika tiada, boleh switch ke money market fund sementara cari fund yang sesuai untuk entry. Money market fund biasanya tiada risiko kerugian tetapi keuntungan tidak tinggi, sekitar 3% ke 4% sahaja setahun.

Review juga perlu dibuat apabila dirasakan akan ada perubahan pasaran di beberapa sector dalam masa terdekat.

Sebagai contoh sebelum Pilihanraya Umum, selepas Pembentangan Bajet, setiap kali ‘rundingan’ Trade Wars US-China, turun naik harga minyak dan banyak lagi faktor lain yang boleh diambil kira.

Ini hanyalah sebahagian tips yang saya boleh kongsikan di sini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sepanjang saya ceburi bidang ini.

Realitinya, masih ada juga client saya yang alami kerugian dan tidak dapat kawal emosi apabila membuat pelaburan yang bersifat long term ini.

“ADUHH, PENING KEPALA BILA BACA SEMUA NI. ADA CARA YANG LEBIH MUDAH TAK?”

Ada, lantiklah fund manager berlesen untuk bantu urus portfolio UT anda melalui pelaburan mandate (private mandate).

Fund manager inilah yang hari-hari duduk depan komputer untuk baca berita, buat analisa dan mengkaji harga pasaran dan trend pelaburan. Boleh kata mereka inilah golongan yang professional dan ‘jerung’ dalam bidang pelaburan saham.

Portfolio pelaburan pula memang dibuat khas untuk anda seorang sahaja, tailor-made. Anda boleh pilih samada nak fund manager tolong pilihkan Unit Trust yang sesuai untuk anda ataupun saham yang sesuai.

portfolio private mandate
Ini adalah contoh portfolio client saya yang melabur melalui private mandate. Setakat ini ramai yang berpuas hati dengan performance fund manager kami.

Dalam keadaan ‘market berdarah’, ramai orang takut untuk melabur, fund manager kami mampu perform dan membuat untung (atas kertas) melalui pelaburan saham dan unit trust.

Be fearful when others are greedy. Be greedy when others are fearful

Pak Warren Buffet

“KALAU SAYA MINTA EJEN UNIT TRUST SAHAJA YANG URUSKAN PELABURAN SAYA BOLEH?”

Realitinya, ejen UT hanya boleh menasihati sahaja dan tidak boleh execute action (lock profit, cut loss, switching etc) bagi pelaburan anda. Kuasa ejen UT dan ilmu mereka pun mungkin terhad. Tak sama seperti fund manager yang berlesen.

Sekiranya anda berminat untuk tahu mengenai ‘private mandate’ dengan lebih lanjut, boleh klik di sini dan isi borang yang disediakan.

*Info tambahan: Di Malaysia, kurang daripada 500 individu yang boleh tawarkan pelaburan mandat (private mandate investment) berbanding sekitar 60,000 agen yang boleh menawarkan unit trust.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

2 thoughts on “Tips Buat Untung di Unit Trust

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!