fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Pengalaman Guna Medical Card di Ara Damansara Medical Centre

Ara Damansara Medical Centre

Ini adalah kisah pengalaman saya sendiri apabila anak saya dimasukkan ke Ara Damansara Medical Centre pada Oktober 2018. Alhamdulillah, atas kesedaran awal saya sudah ambil medical card siap-siap untuk anak sejak dia baby lagi.

Umum kita tahu anak kecil lebih mudah terdedah dengan penyakit kerana imun mereka masih rendah, jadi tidak salah sekiranya kita sediakan payung sebelum hujan.


Alkisahnya,

Setelah seronok bercuti dan mandi manda di kolam renang Gunung Ledang Resort, anak admitted sebab muntah-muntah akibat food poisoning.

Ikutkan nak jaga sendiri di rumah tapi memandangkan anak nak menyusu pun tak lalu, terus saja ke Ara Damansara Medical Centre, risau dehydrated dan jadi lebih teruk.

Selesai diagnos di emergency department, receptionist prepare document untuk submit Guarantee Letter (GL) . Beliau bagi 2 option since GL katanya akan makan masa 1 jam ke 2 jam untuk approve kalau clean case.

Option 1: Admit je dulu dengan deposit RM500(refundable) sementara tunggu GL. Kalau GL declined, kena self pay untuk segala rawatan dari mula sampai habis.

Option 2: Tunggu saja GL lulus baru admitted. Kalau declined, boleh balik dan bayar kos diagnosis dan ubat-ubatan saja.

Sempat juga saya bertanya, berapa anggaran kos kalau bayar sendiri?

Katanya bawah RM10,000. Okay lah tu, duit simpanan boleh kumpul balik kalau GL declined pun, kesembuhan segera yang paling penting.

Saya pilih Option 1. Lagipun memang saya yakin GL akan approve memandangkan saya tahu sakit anak saya tidak melanggar terma dan syarat polisi medical card dia.

Dah admitted, tak sampai 1 jam, GL approved. Alhamdulillah. Laju juga.

Bilik bawah RM300 semua penuh, ADMC offer bilik single executive RM388 tapi discounted ikut pakej medical card. Syukur. Dah macam hotel biliknya.

  • bilik admc luas
  • medical card anak
  • tv admc
  • ruang luas admc
  • bilik air acmd
  • lobi admc

Bilik yang selesa ini sangatlah penting. Untuk privasi si ibu yang menyusukan anak terutamanya, aurat pun terjaga. Tambah pula ada ruang solat dan bilik mandi.

Kalau anak tiba-tiba tantrum pun tidaklah mengganggu orang lain.

Makanan yang disediakan pula sedap dan sihat. Sehari 3 kali makan, breakfast, lunch, dinner. Package makanan pun sudah include sekali untuk penjaga. Ingatkan nak kena order McDelivery.

Staff, nurse dan doktor pula sangat friendly dan cara kerja sangat memuaskan. Mereka punya penjagaan memang sangat rapi. Terkejut juga nurse tu first time handle budak kecik tak nangis masa ambil darah.

Selama ini duk canang kat orang saja yang berbaloi ambil takaful sebagai perlindungan dan persediaan awal. Tapi bila dah alaminya sendiri, memang betul sangat-sangatlah berbaloi.

Total dah mencarum sejak 2016 untuk medical card anak ni dalam RM2,500+. Total bil hospital yang dijamin takaful RM4,381.40.

medical card anak
Sudah boleh discas.

Terima kasih buat semua staff hospital Ara Damansara Medical Centre yang sangat membantu dan terima kasih juga buat semua peserta takaful yang menyumbang. Terima kasih juga buat ahli keluarga yang menziarah.

Alhamdulillah anak kecil ini sudah sihat.


Antara tips untuk parents yang mencari medical card untuk anak, carilah yang pakejnya boleh dapat:


1. Bilik single untuk keselesaan dan privasi.
2. Annual limit atas RM200k, kalau boleh RM1juta ke atas.
3. Lifetime limit unlimited

Paling utama, sebagai orang Islam, ambil medical card takaful ya.

Buat parents yang bekerja sendiri (bekerja makan gaji nak ambil pun boleh), saya amat galakkan ambil manfaat tambahan hospital income benefits.

Kenapa?

Atas pengalaman saya yang bekerja sendiri, apabila anak sakit, urusan-urusan kerjaya saya banyak tertangguh dan sedikit sebanyak mengganggu sumber pendapat saya. Dengan adanya manfaat hospital income benefits, dapat lah juga cover loss saya.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “Pengalaman Guna Medical Card di Ara Damansara Medical Centre

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


error: Pengisian blog ini dilindungi !!