fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Takaful vs Insurans – Jangan Tersalah Pilih

Masih ramai lagi orang Islam yang keliru antara takaful dan insurans. Adakah takaful ini hanya sekadar insurans yang di’islamkan’? Adakah kedua-duanya sama sahaja, cuma nama sahaja yang berbeza?

Ada yang main ambil sahaja insurans kerana tidak faham konsep dan akad yang berbeza dalam takaful.

Ada pula yang tidak mahu langsung ambil takaful sebagai perlindungan kerana disangka kedua-duanya adalah haram.

Buat agen pula, ada yang masih mempromosikan insurans konvensional kepada pelanggan-pelanggan yang naif. Sepatutnya adalah tugas kita sebagai orang Islam untuk berdakwah mengenai perbezaan antara takaful dan insurans ini.

“Ala, takaful dan insurans ni sama sahaja. Cuma dalam takaful dah dibayar zakat siap-siap. Tuan ambik insurans sahaja, nanti untuk zakat tuan boleh bayar sendiri.

Agen insurans yang keliru

Dialog di atas adalah dialog sebenar yang pernah diungkapkan kepada saya oleh seorang agen insurans. Ketika itu, saya pula masih muda dan ilmu mengenai kewangan Islam pula cetek, maka saya angguk-angguk sahaja.

Apabila lebih matang dan ilmu pula sudah dipelajari, barulah saya tahu beza takaful dan insurans bukanlah hanya pada isu zakat semata-mata.

Infografik di bawah ada menunjukkan sedikit ringkasan tentang perbezaan antara takaful dan insurans.

takaful vs insurans

Mengapa orang Islam digalakkan memilih takaful berbanding insurans konvensional?

Semestinya atas faktor kewajipan mencari yang halal dan suci. Akad dalam takaful adalah saling membantu. Jadi, tiada elemen riba, gharar dan judi (maysir) sepertimana akad jual beli insurans konvensional.

Selain itu, kita digalakkan ambil takaful supaya ‘demand’ terhadap produk patuh syariah semakin tinggi. Ini sedikit sebanyak usaha yang kita boleh buat untuk memartabatkan kewangan Islam.

Saya sudah terambil insurans sebagai perlindungan saya, apa perlu saya buat?

Sebaiknya berpindahlah kepada takaful, lebih-lebih lagi sekiranya tiada buat sebarang tuntutan. Semoga usaha untuk mencari yang halal itu Allah berikan ganjaran yang setimpal.

Saya bekerja sebagai agen, saya dah terjual insurans konvensional kepada client. Apa yang perlu saya lakukan?

Mari kita rujuk dahulu hukum mempromosikan produk insurans konvensional.

Pada pendapat saya, seeloknya cadangkan kepada client untuk berpindah ke takaful. Bertaubatlah, semoga Allah ampunkan dosa kita yang termakan hasil yang tidak patuh syariah.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “Takaful vs Insurans – Jangan Tersalah Pilih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


error: Pengisian blog ini dilindungi !!