SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

CuepacsCarePlus – Peningkatan Manfaat Perlindungan Buat Pencarum CuepacsCare

cuepacscareplus
CuepacsCarePlus beri pilihan untuk pencarum menambah had perlindungan mereka.

CuepacsCarePlus adalah satu usaha oleh Cuepacs dengan Kerjasama Medicare Assisatance Sdn Bhd untuk meningkatkan lagi manfaat perlindungan kesihatan pada ahli-ahli CuepacsCare.

Seperti yang kebanyakan penjawat awam sudah maklum, CuepacsCare merupakan satu program perlindungan takaful dengan harga yang berpatutan khas untuk penjawat awam dan ahli keluarga.

Baca tentang CuepacsCare di sini: CuepacsCare – Pelan Medical Card Termurah Khas Buat Penjawat Awam

Namun, dengan peningkatan kos perubatan setiap tahun, CuepacsCarePlus diperkenalkan pula untuk membolehkan pencarum mendapatkan perlindungan kesihatan yang lebih komprehensif dengan manfaat dipertingkatkan untuk mengikut keperluan semasa.

Antara manfaat-manfaat yang dipertingkat di CuepacsCare Plus adalah:

1. Kadar Bilik & Kos Penginapan

cuepacscareplus kos bilik

Manfaat kos bilik yang ditanggung meningkat sehingga RM250 dan kos unit rawatan rapi sehingga RM500 sehari.

2. Had perlindungan tahunan CuepacsCarePlus

cuepacscareplus had tahunan

Perlindungan limit tahunan untuk individu ditingkatkan sehingga RM100,000 , manakala untuk seisi keluarga pula ditingkatkan sehingga RM180,000.

3. Had limit per kemasukan CuepacsCarePlus

cuepacscareplus kemasukan hospital

Jumlah limit per kemasukan lebih besar , dinaikkan sehingga RM100,000 untuk setiap kes kemasukan ke hospital.

4. Had perlindungan bagi ketidakupayaan (untuk kos rawatan)

cuepacscareplus ketidakupayaan

Had perlindungan bagi setiap ketidakupayaan (untuk kos rawatan di hospital) ditingkatkan sehingga RM100,000 untuk pelan individu dan RM180,000 untuk pelan keluarga.

Elaun kemasukan wad di hospital kerajaan

Elaun kemasukan wad di hospital kerajaan untuk CuepacsCarePlus ditambah sehingga RM100 sehari.

Perbandingan CuepacsCare vs CuepacsCarePlus

Berikut adalah rumusan dan perbandingan antara pelan CuepacsCare dengan pelan CuepacsCare Plus:

cuepacscare vs cuepacscareplus
RIngkasan untuk pelan individu
cuepacscare vs cuepacscareplus
Ringkasan untuk pelan keluarga

Kesimpulan

CuepacsCare Plus adalah satu inisiatif yang baik untuk penjawat awam yang inginkan coverage perlindungan yang lebih besar dengan harga yang lebih berpatutan.

Penambahan manfaat di atas amatlah berpatutan dan berbaloi, selaras dengan peningkatan kos perubatan hari ini.

Sekiranya anda berminat untuk ambil pelan CuepacsCarePlus atau upgrade pelan CuepacsCare anda, bolehlah klik butang Whatsapp di bawah:

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “CuepacsCarePlus – Peningkatan Manfaat Perlindungan Buat Pencarum CuepacsCare

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!