- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Buat penjawat awam di luar sana, tahukah anda bahawa adanya program medical card murah untuk anda?CuepacsCare ini adalah satu inisiatif oleh Cuepacs dan Medicare Assiastance Sdn Bhd supaya penjawat awam bersama keluarga boleh mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta.
Caruman bulanan adalah sangat mampu milik, iaitu serendah RM106 untuk pelan keluarga (tiada had ahli keluarga). Bagi pelan individu pula, caruman bulanan adalah serendah RM40.
Harga ini adalah sangat murah dah berbaloi pada pendapat saya sebagai seorang Financial Adviser Representative (FAR) , mengikut kadar harga caruman bulanan medical card lain yang ada di pasaran sekarang.
Berikut adalah manfaat-manfaat dan kelebihan CuepacsCare:
MEDICAL CARD YANG MUDAH DIGUNAKAN
Untuk pengetahuan anda, kad perubatan CuepacsCare boleh digunakan di lebih 70 hospital panel swasta di seluruh Malaysia.
Pusat Panggilan Kecemasan pula dibuka 24 jam, jadi mudahlah untuk dihubungi kalau kita ada apa-apa urusan kecemasan.
Pencarum juga akan dilindungi 24 jam bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara juga.
Bagaimana pula kalau terpaksa dimasukkan ke hospital bukan panel atau hospital kerajaan? Adakah kita masih dilindungi?
Ya, sekiranya dimasukkan ke hospital bukan panel, kos rawatan perlulah dibayar terlebih dahulu menggunakan wang sendiri, kemudian wang tersebut boleh dituntut semula melalui Pusat Khidmat Tuntutan 24 jam.
Bagi rawatan di hospital kerajaan pula, pencarum akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 sehari. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ketika mendapatkan rawatan kesihatan.
CUEPACSCARE MELINDUNGI SEISI KELUARGA DENGAN HARGA BERPATUTAN
Antara kelebihan CuepacsCare adalah tiada had untuk bilangan anak melalui pelan satu keluarga.
Misalnya, keluarga yang mempunyai anak yang ramai tetap mendapat kadar bayaran caruman bulanan medical card yang sama.
Bagi yang masih bujang, anda tetap boleh menyertai dengan kadar bayaran bulanan yang lebih rendah.
Berikut adalah jadual coverage dan caruman bulanan untuk setiap pelan:
“Rasa macam coverage di atas tak cukup untuk seisi keluarga, kalau nak tambah coverage boleh ke?”
Untuk coverage tambahan, boleh ditambah dengan pelan ‘booster’ daripada syarikat takaful yang lain kerana CuepacsCare memang hanya menyediakan pelan coverage seperti di jadual atas sahaja.
Pelan ‘booster’ takaful ini apa?
Pelan ‘booster’ ini adalah sejenis ‘backup plan’ untuk kita tambahkan coverage medical card kita.
Misalnya, kita dapatkan rawatan di hospital swasta menggunakan CuepacsCare tetapi bil perubatan melebihi RM20,000. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, limit untuk setiap kemasukan hanyalah RM20,000 sahaja. Ketika inilah pelan ‘booster’ boleh digunakan untuk ‘topup’ bil perubatan tadi.
Jangan risau, ada beberapa syarikat takaful yang menawarkan pelan ‘booster’ dengan harga yang berpatutan.
Sekiranya kita combine caruman bulanan CuepacsCare dan ‘booster’ takaful, harganya masih berbaloi dan berpatutan.
Nota: Saya ada tawarkan servis pelan ‘booster’ takaful ini sekiranya anda perlu ‘topup’ coverage anda.
Tambahan maklumat terbaru: CuepacsCare ada mengeluarkan produk terbaru iaitu CuepacsCarePlus, yang mempunyai coverage yang lebih tinggi dengan harga yang lebih berbaloi. Untuk maklumat tentang CuepacsCarePlus, boleh klik butang di bawah.
“CuepacsCare ini sekali dengan hibah takaful ke? Kalau ada berlaku kemalangan ada dapat pampasan tak?”
Tidak, CuepacsCare hanyalah program medical card semata-mata. Tujuannya hanyalah untuk kegunaan untuk menampung perbelanjaan semasa kemasukan di hospital swasta.
Untuk hibah takaful / life coverage, kita perlu ambil pelan yang lain dari syarikat takaful yang ada di pasaran. Ada beberapa pelan yang agak berpatutan.
Nasihat saya, carilah pelan life coverage yang sesuai dengan keperluan dan bajet kewangan.
Berita baik, Cuepacs juga ada program CuepacsPA iaitu program perlindungan takaful kemalangan khas buat penjawat awam dan keluarga. Pampasan dan bantuan elaun kewangan akan diberikan sekiranya peserta ditimpa kemalangan.
Harganya sangatlah berbaloi, iaitu serendah RM6 sahaja sebulan dengan coverage pampasan sebanyak RM110,000.
Boleh klik butang ini untuk maklumat lanjut tentang CuepacsPA.
Nota: Saya juga boleh menawarkan beberapa pelan hibah takaful / life coverage mengikut kesesuaian pemohon.
HAD UMUR PENYERTAAN DAN PERLINDUNGAN
Had umur layak memohon bagi penyertaan (bagi pemohon dan pasangan) adalah 18 tahun hinggalah 60 tahun. Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.
Perlindungan akan tamat apabila pada hari lahir yang ke-70 buat pemohon dan pasangan.
Bagi anak-anak pula, perlindungan akan bermula seawal umur 30 hari sehinggalah 18 tahun. Perlindungan akan dilanjutkan sehingga umur 23 tahun sekiranya anak masih belum berkahwin dan belajar sepenuh masa di Malaysia.
Perlindungan akan tamat apabila anak mencecah umur 23 tahun.
Nota penerangan: Saya ingin mengingatkan kepada para peserta bahawa pelan CuepacsCare akan terbatal sekiranya pemegang polisi utama meninggal dunia.
Misalnya, suami yang bekerja di badan kerajaan merupakan pemegang polisi utama untuk keluarga.
Sekiranya suami meninggal dunia, pelan medical card untuk seisi keluarga secara automatik terbatal.
Solusinya, sekiranya ahli keluarga lain mempunyai bajet kewangan yang lebih kukuh, bolehlah mencarum medical card dari syarikat lain yang tetap boleh beri perlindungan walaupun terjadi musibah kepada pemegang polisi.
MANFAAT YANG KOMPREHENSIF
Antara kelebihan menarik program CuepacsCare ini adalah manfaat komprehensif yang meringankan kos beban di hospital swasta bermula daripada 30 hari sebelum penghospitalan dan 30 hari selepas penghospitalan.
Misalnya, Encik Hilmi dimasukkan ke wad pada tarikh 30 April akibat masalah appendiks.
Sekiranya Encik Hilmi ada mendapatkan rawatan di hospital swasta bermula dari tarikh 1 April (pre-penghospitalan), kos perubatan tersebut akan ditanggung.
Begitu juga dengan rawatan susulan, segala kos perubatan di hospital swasta akan ditanggung pasca penghospitalan selama 30 hari.
Jadual berikut adalah jenis rawatan yang dilindungi:
PENGECUALIAN PERLINDUNGAN
Seperti kebanyakan syarikat takaful yang lain, CuepacsCare juga tidak terkecuali daripada mempunyai pengecualian perlindungan.
CuepacsCare tidak melindungi penyakit sedia ada. Penyakit sedia ada ini bermaksud:
- Pemohon sudah menerima atau sedang menjalani rawatan penyakit
- Nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan sudah disyorkan
- Simptom-simptom pernah atau masih ketara
- Kehadiran penyakit yang sememangnya ketara dalam keadaan tertentu
Penghospitalan bertujuan untuk penyiasatan, pembedahan plastik, kosmetik dan lain-lain (rujuk di sini) juga tidak dilindungi.
PROGRAM YANG MUDAH DISERTAI
Untuk menyertai CuepacsCare adalah mudah sahaja. Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan (hanya perlu declare) dan potongan caruman bulanan adalah melalui biro Angkasa.
Pemohon juga perlu mengisi beberapa borang dan menyediakan sedikit dokumen untuk pendaftaran.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar, boleh klik link di bawah untuk dapatkan borang dan maklumat:
KESIMPULAN
Pada pendapat saya, CuepacsCare ini adalah alternatif yang sangat berbaloi dan mampu milik buat penjawat awam.
Manfaat-manfaat perlindungan yang diberikan sangat berpadanan dengan harga caruman bulanan yang rendah.
Jadi, amatlah sesuai untuk penjawat awam yang mempunyai bajet ketat dan memiliki keluarga besar untuk memiliki kad perubatan sebagai perlindungan kewangan untuk seisi keluarga.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.
2 thoughts on “CuepacsCare – Pelan Medical Card Termurah Khas Buat Penjawat Awam”
Comments are closed.