- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Sekarang kita sudah sampai ke bahagian ketiga untuk perkara apa yang perlu anda ambil tahu sebelum mencarum takaful.
Sebelum buat keputusan, kita perlulah kaji keperluan kewangan kita dengan betul.
Apa itu Simpanan Takaful?
Simpanan takaful sebenarnya adalah cash value.
Cash Value sering dikenalkan sebagai savings (simpanan) oleh kebanyakan agen-agen. Pencarum selalunya akan berasa lega dan selesa dengan tabungan di takaful sehinggakan tidak membuat sebarang simpanan dan pelaburan di akaun yang lain.
Contohnya:
Situasi 1: Pencarum sudah mencarum lebih 5 tahun dengan jumlah caruman hampir RM500 sebulan. Dia dijanjikan savings dan sebagainya namun bila dia check dengan syarikat takaful, jumlah tabungannya hanya ada sedikit sahaja.
Mindset ini perlu dibetulkan.
Pertama, sebagai pencarum kita seharusnya mempunyai ilmu tentang caruman yang kita hendak buat. Kita perlu tahu mengenai polisi takaful investment-link, caruman bagi tabung tabarru (premium) yang sentiasa meningkat mengikut tahun dan keadaan semasa. Jadi dengan adanya fungsi tabungan dalam polisi kita, ia boleh menampung kenaikan tersebut.
Walaubagaimanapun, sekiranya jumlah tabungan kita berkurangan dan tidak cukup untuk menampung bayaran premium semasa, maka pihak syarikat takaful akan minta untuk dinaikkan bayaran caruman bulanan.
Kedua, tabungan turut berfungsi sebagai backup seandainya kita tidak mempunyai duit untuk membayar takaful setiap bulanan.
Namun, dengan syarat duit dalam tabungan itu cukup banyak untuk membayar bulan-bulan yang kita tidak mampu untuk bayar. Sekiranya tidak, polisi kita tetap akan luput (lapse).
Kesalahan yang sering dibuat oleh agen adalah apabila mereka menjanjikan savings kepada pencarum.
Untuk menampakkan tabungan pencarum banyak, agen akan menambah rider saving atau top up bagi menambah jumlah cash value.
Ia adalah kesalahan dari sudut etika sebagai agen apabila mereka tidak memaklumkan tentang penambahan rider saving tersebut.
Jadi tidak hairanlah bila ada kes caruman yang mahal sehingga mencecah RM500 tetapi coveragenya sangat kecil. Ada juga kes apabila mereka letak nilai RM150 pada rider saver itu sahaja. Fungsinya sama seperti apabila kita membuat simpanan di bank atau amanah saham, namun akan ada caj setinggi 5% – 6% yang ditolak bagi setiap simpanan.
Tentang Kos Bersalin
“Boleh saya tahu takaful ni ada tak cover kos bersalin?”
Fungsi takaful dapat dilihat ketika berlakunya kecemasan yang tidak dirancang atau tidak dijangka dalam kehidupan. Jadi adakah bersalin / beranak itu merupakan perkara yang di luar perancangan?
Hal seperti ini kita kena lebih teliti dan mempunyai perancangan awal agar kita boleh buat keputusan samada perlu atau tidak untuk ambil takaful.
Kalau nak mengharapkan insurans, caruman untuk polisi tersebut selalunya mahal. Jadi adalah lebih baik jika kita mula menyimpan dari awal untuk menghadapi saat-saat seperti itu.
Terdapat polisi yang cover perkara-perkara yang tidak diingini berlaku saat kelahiran seperti kelahiran pramatang atau penyakit kongenital bayi. Ia dipanggil plan Rider yang sememangnya khas untuk para wanita.
Kenapa Takaful Hanya Cover Tahap Akhir?
Sememangnya kebanyakan rider critical illness tak cover cancer pada tahap awal memadangnya tujuan utama kita ambil takaful adalah sebagai perlindungan kewangan akibat tidak mampu bekerja.
Walaupun kita penghidap sakit kritikal tahap awal, kita masih mampu untuk bekerja. Dan kadang tu ada yang tidak sedar pun diri tu penghidap kanser. Bila diagnos je rupanya sudah di tahap akhir.
Mahu ambil rider yang cover cancer tahap awal?
Boleh semak atau rujuk pada saya samada syarikat itu ada rider yang lebih comprehensive atau tidak. Contoh rider lain yang cover cancer tahap awal ialah Comprehensive Critical Illness.
Perlukah pampasan sehingga 1 Juta?
Konsep takaful ni dibuat bukan berpandukan apa yang agen syarikat cakap. Kita kena tahu apa keperluan keluarga kita apabila kita dah tak ada nanti.
Adakah perlu wang 1 juta bila sudah meninggal dunia?
Ingat! Jangan serah diri bulat-bulat dekat agen-agen ni. Kita sendiri kena bijak dalam memilih polisi takaful. Berbalik kepada point sebelum ni. Semuanya perlu ada ilmu.
Fungsi takaful ada tiga:
1. Debt Repayment – Melangsaikan hutang kita apabila kita mati
2. Income Protection – Menyediakan tabung gaji kita sekiranya berlaku kematian, lumpuh dan sakit kritikal
3. Medical Card – Menyelesaikan bil rawatan hospital
Setiap fungsi mempunyai kira-kira yang berbeza dan berkemungkinan juga perlu mengambil rider yang berbeza. Jadi diri kita sendiri perlu tahu apa keperluan kita. Bandingkan keadaan kehidupan kita sekarang dengan polisi-polisi takaful yang ada dan pilih yang sesuai. Kita mencarum untuk melindungi bukan sekadar suka-suka.
Kesimpulan
Anda sudah pun baca sehingga bahagian ketiga untuk siri penulisan takaful saya. Harapn saya adalah agar orang ramai lebih bijak untuk memilih dan mencarum takaful mengikut keperluan kewangan diri dan keluarga.
Elakkan buat kesilapan dalam memilih pelan takaful sendiri, takut menyesal di kemudian hari. Kemudian habis semua syarikat takaful difitnah atas kesilapan kita yang sendiri yang tak cakna.
Sebagai seorang Financial Adviser Representative, saya ada akses terhadap 8 buah syarikat takaful untuk anda buat perbandingan dan dapatkan perlindungan takaful yang sesuai and optimum.
Saya mempunyai akses pelbagai syarikat takaful di Malaysia seperti:
✅ AIA PUBLIC TAKAFUL
✅ HONG LEONG MSIG TAKAFUL
✅ PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
✅ GREAT EASTERN TAKAFUL
✅ ETIQA TAKAFUL
✅ TAKAFUL IKHLAS
✅ ZURICH TAKAFUL
✅ TAKAFUL MALAYSIA
Saya juga merupakan wakil pemasaran Cuepacscare, medical card khusus untuk penjawat awam.
Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat mengenai takaful, boleh klik link di bawah.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.