fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Takaful Al-Shams : Hibah Takaful Terbaik dan Dijamin Lulus Untuk Sakit Sedia Ada

hibah takaful takaful al-shams
Takaful Al-Shams : Alternatif hibah takaful buat mereka yang sudah ada penyakit sedia ada

Hibah takaful apakah yang boleh dicarum sekiranya kita sudah menghidapi pelbagai penyakit?

Antara produk pilihan yang terbaik dan berbaloi adalah Takaful Al-Shams daripada Zurich Takaful.

Seperti yang kebanyakan orang tahu, takaful perlulah diambil semasa ketika sihat tubuh badan dan mental untuk mengelakkan permohonan takaful kita ditolak atau dikenakan caj ‘loading’ yang tinggi oleh syarikat takaful.

 Sekiranya kita sudah ada penyakit, jarang sekali syarikat takaful nak terima permohonan kita, kerana konsep takaful adalah menyediakan tabung persediaan kewangan sebelum ditimpa kemalangan/penyakit.

Bacaan tambahan tentang hibah takaful:

Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Belum Mencarum Takaful Part 1

Takaful Trust Jadikan Hibah Takaful Lebih Mantap

Teman Care: Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik

Tapi bagaimana pula sekiranya kita baru ada kesedaran untuk mencarum apabila kita sudah ditimpa penyakit?

Adakah kita masih berpeluang untuk menjadi peserta takaful?

Alhamdulillah, kita masih berpeluang untuk mengambil hibah takaful dengan adanya Takaful Al-Shams, satu produk takaful daripada Zurich Takaful.

Apa itu Takaful Al-Shams?

Takaful Al-Shams ini adalah satu pelan pampasan perlindungan untuk mereka yang tidak layak mencarum hibah takaful dari pelan-pelan standard yang lain atas sebab kondisi kesihatan sedia ada seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, ‘cancer survivor’ , seorang OKU ataupun mempunyai masalah obesity.

Adakah ia satu produk hibah takaful yang berbaloi?

Yang menariknya, pelan Takaful Al-Shams ini adalah serendah RM50 sebulan. Satu jumlah yang sangat mampu milik dan berbaloi untuk semua.

Berikut adalah manfaat-manfaat untuk pelan Takaful Al-Shams:

1. Permohonan dijamin lulus

takaful al-shams dijamin lulus

Antara kelebihan utama pelan ini adalah permohonan hibah takaful dijamin lulus tanpa mengira keadaan kesihatan semasa.

Anda tidak perlu buat medical checkup dan tiada soal selidik kesihatan yang diperlukan.

Jadi, memang amat sesuai sekali untuk mereka yang sudah mempunyai penyakit tetapi tetap mahu mencarum hibah takaful untuk manfaat diri dan keluarga tersayang.

2. Caruman bulanan serendah RM50 (atau minimum perlindungan asas RM50,000)

takaful al shams murah

Untuk menjadi peserta pelan Al-Shams, minimum bayaran bulanan adalah serendah RM50 ataupun coverage pampasan minimum adalah RM50,000.

Harga ini adalah sangat berbaloi dan dikira berpatutan.

Untuk harga caruman bulanan mengikut umur, anda boleh rujuk jadual di bawah ini:

Jadual Caruman Takaful Al-Shams Mengikut Age Band Untuk Coverage RM 50K – RM150K
Jadual Caruman Takaful Al-Shams Mengikut Age Band Untuk Coverage RM 200K – RM300K

3. Manfaat perlindungan pampasan kematian dan TPD (total permanent disability) / lumpuh / hilang upaya keseluruhan kekal (HUKK)

takaful al shams tpd

Matlamat utama pelan Al-Shams ini adalah untuk memberi perlindungan pampasan kematian atau TPD pada pencarum, walaupun sudah ada penyakit.

Pampasan yang diberi adalah 100% jumlah coverage atau jumlah caruman yang dibuat (yang dikira berdasarkan kaedah tahunan), mana-mana yang lebih tinggi jumlahnya.

Nota: Pampasan penuh hanya akan diberikan selepas 2 tahun. Sekiranya berlaku kes kematian/TPD disebabkan penyakit sedia ada dalam tempoh sebelum 2 tahun, hanya wang caruman penuh akan dipulangkan.

4. Gandaan Pampasan Sekiranya Berlaku Kematian Akibat Kemalangan

Ada manfaat khas akan diberikan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan walaupun berlaku sebelum tempoh 2 tahun:


Contoh kes:

Saiful umur 35 tahun

Mencarum RM66.25 sebulan

Coverage pampasan kematian RM100,000

a. Pampasan 2 kali ganda akan diberikan sekiranya berlaku kematian akibat kes kemalangan

Jadi, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan ke atas Saiful, pampasan yang diberikan adalah RM200,000.

b. Pampasan 3 kali ganda sekiranya berlaku kematian akibat kes kemalangan pengangkutan awam.

Untuk kes Saiful, pampasan yang akan diberikan adalah RM300,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan menggunakan pengangkutan awam.

 

c. Pampasan 4 kali ganda sekiranya berlaku kematian akibat kes kemalangan di luar negara.

Sekiranya Saiful bercuti di luar negara dan nasib malang menimpa, beliau kemalangan dan meninggal dunia di luar negara. Pampasan kematian yang akan diberikan adalah sebanyak RM400,000.

 

5. Untuk kes TPD (total permanent disability) / HUKK (hilang upaya keseluruhan kekal) / lumpuh, tambahan 5% pampasan akan diberikan selama 5 tahun

 

 

Contoh:

Coverage Takaful Al-Shams yang Saiful (35 tahun) ambil adalah sebanyak RM100,000 dengan bayaran RM66.25 sebulan.

Sekiranya berlaku TPD ke atas Saiful, jumlah pampasan yang akan beliau dapat adalah:

RM100,000 + (5% x RM100,000 x 5 tahun)

Jumlah pampasan yang Saiful akan dapat adalah = RM125,000

RM100,000 akan terus diberikan secara one-off selepas Saiful disahkan terkena TPD, dan baki RM25,000 akan diberikan secara berkala sebanyak RM5,000 setahun, untuk tempoh 5 tahun.

 

6. Manfaat tambahan RM10,000 untuk ahli keluarga (maksimum 4 orang) akibat kemalangan

 

 

Untuk manfaat ini, ahli keluarga lain akan dapat secara automatik sekiranya kita mencarum Takaful al-Shams.

Contohnya, kita ambil kisah Pak Karim yang mencarum dengan Al-Shams.

Sekiranya anak lelaki beliau yang kemalangan dan meninggal dunia (nauzubillah), maksimum 4 orang ahli keluarga yang lain layak untuk mendapat pampasan sebanyak RM10,000 seorang.

 

7. Manfaat ihsan khairat kematian sebanyak RM2,000

 

 

RM2,000 akan dibayar sekali gus sebagai bantuan kewangan untuk meringankan beban ahli keluarga menguruskan pengkebumian kita setelah kita meninggal dunia.

 

8. Hak istimewa penjagaan keluarga, layak mencarum pelan takaful yang dijamin lulus (tanpa soal selidik dan pemeriksaan kesihatan) dengan perlindungan asas 25% daripada jumlah pampasan

 

 

Untuk mudah faham, kita gunakan kisah Abu sebagai contoh.

Encik Abu mecarum Takaful Al-Shams dengan coverage pampasan sebanyak RM100,000.  Selepas Encik Abu meninggal dunia, ahli keluarganya (maksimum 4 orang) layak untuk mencarum pelan takaful (dengan syarikat Zurich Takaful) dengan coverage perlindungan asas 25% daripada pampasan Encik Abu iaitu RM25,000.

Istimewanya, untuk coverage asas RM25,000 ini, ahli keluarga Encik Abu tidak perlu membuat medical checkup dan tidak perlu jalani soal selidik kesihatan.

Permohonan pelan takaful ini dijamin lulus walaupun ada antara ahli keluarganya sudah mempunyai penyakit sedia ada.

Perkara Penting Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membuat Keputusan Untuk Mencarum Takaful Al-Shams

 

Alhamdulillah, sehingga bacaan setakat ini, saya pasti anda sudah faham sedikit sebanyak tentang pelan hibah takaful ini.

Sebelum itu, ini antara 3 point penting yang perlu anda tahu sebelum mencarum, supaya tidaklah anda salah faham dan salah anggap dengan pelan ini.

 

1. Tempoh menunggu polisi berkuatkuasa adalah selama ‘2 TAHUN‘.

Kesemua manfaat akan in-force selepas 25 bulan (selepas 2 tahun), kecuali kematian disebabkan oleh kemalangan (seperti yang sudah dijelaskan di atas).

Maksudnya di sini, sekiranya berlaku kematian dalam tempoh 2 tahun akibat daripada penyakit sedia ada ataupun kematian selain kemalangan, pampasan penuh tidak akan diberikan.

Tetapi kesemua jumlah caruman yang anda pernah bayar akan dipulangkan.

Sebagai contoh:

Amir baru mencarum takaful Al-Shams pada bulan April 2021 dengan caruman RM100 sebulan.

Ditakdirkan ilahi, beliau meninggal dunia pada Jun 2022 atas sebab sakit sedia ada.

Disebabkan belum cukup tempoh 2 tahun, hanya jumlah caruman bulanan beliau sahaja akan dipulangkan kepada ahli keluarga, iaitu sebanyak RM1,400 (RM100 x 14 bulan).

 

2. Caruman bulanan akan meningkat mengikut ‘age band’.

‘Age band’ ini merujuk kepada kumpulan umur dan bayaran caruman yang dikenakan mengikut kumpulan umur.

Anda boleh rujuk gambarajah jadual caruman di atas tadi untuk melihat jumlah peningkatan bayaran mengikut kumpulan umur.

Semakin meningkat umur, semakin tinggi bayaran bulanan, setara dengan risiko kesihatan yang makin meningkat.

 

3. Tiada ‘cash value’

Ini adalah disebabkan tiada PIA (Participant investment Account ) untuk cash value.

Kesemua wang sumbangan akan terus masuk ke Tabung Tabarru’.

Kalau pencarum terlepas bayaran bulanan walaupun hanya sebulan sahaja, status polisi akan terus menjadi ‘undergrace’.

 

Kesimpulan

Pada pendapat saya, Takaful Al-Shams ini adalah produk hibah takaful yang paling berbaloi di pasaran dengan caruman bulanan yang berpatutan dengan jumlah coverage.

Pelan hibah takaful ini memberi peluang kepada mereka yang selalu kena ‘reject’ dengan syarikat takaful lain atas sebab kondisi kesihatan yang tidak baik, untuk berpeluang memiliki sijil hibah takaful sebagai persediaan untuk keluarga tersayang.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut tentang Takaful Al-Shams atau berminat untuk mencarum dengan produk ini, bolehlah klik link Whatsapp di bawah untuk hubungi kami (PIC: Ms. Hasliza):

 

 

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

 

Facebook Comments

1 thought on “Takaful Al-Shams : Hibah Takaful Terbaik dan Dijamin Lulus Untuk Sakit Sedia Ada

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!