fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Takaful Trust – Jadikan Hibah Takaful Lebih Mantap

takaful trust

Rata-rata dari kita mesti selalu dengar pasal hibah takaful. Tapi, takaful trust pernah dengar tak? Sebelum itu, mari kita fahamkan apa itu hibah takaful.

Apa itu Hibah Takaful?

Hibah takaful sebenarnya hanyalah konsep agihan manfaat kematian di pelan takaful. Bukannya produk.

Ramai masih anggap hibah takaful itu adalah produk takaful. Sampaikan ada satu tahap, ada yang bertanya, “Syarikat takaful tuan wakili ada hibah takaful?”

Umumnya, semua pengendali takaful untuk ‘life’ takaful (sebetulnya family takaful) di bawah Bank Negara ada ‘hibah takaful’ di mana penamaan hibah ini tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013).

Manfaat kematian akan diberikan ke penama hibah dan milik penerima 100%. Duit manfaat ini kebiasaannya akan dapat seawal 7 ke 30 hari (kes biasa) selepas tuntutan kematian dibuat dengan syarikat.

Berbanding jika tiada penamaan, perlu lalui proses untuk dapatkan surat kuasa yang makan masa berbulan malah ada yang bertahun-tahun.

Biasanya, ramai buat hibah takaful dengan harapan untuk tujuan berikut:

  1. Langsaikan hutang yang masih ada
  2. Belanja sara hidup keluarga
  3. Sedekah amal jariah

Disebabkan penama hibah adalah penerima mutlak bagi manfaat kematian takaful tersebut, apa yang kita hasratkan ada risiko untuk tidak terlaksana.

Contoh Case Study: Isteri sebagai penerima hibah.

Pemiutang nak tuntut hutang dari isteri melalui proses undang-undang tidak boleh disebabkan hibah takaful adalah ‘creditor proof’.

Isteri tidak dikira pecah amanah dari sudut undang-undang sekiranya tak laksanakan hasrat sebab memang milik isteri sepenuhnya.

Bayangkan kalau isteri dapat RM1,000,000 sedebuk di akaun bank. Jika sebelum ini tak pernah merasa jumlah wang yang besar, memang kelabu mata.

Baca kisah ini: Wang pampasan 1 juta habis dalam masa setahun, kini kembali hidup susah

Kalau bukan isteri yang kelabu mata, orang sekeliling pun boleh kelabu mata. Waktu ini mungkin ada orang luar yang entah muncul dari alam mana mengendeng untuk minta bantuan kewangan dan sebagainya.

Ini belum cerita lagi kalau situasi suami dan isteri meninggal dunia serentak. Lagi panjang lebar kisahnya.

Kalau saya buat penamaan wasi untuk takaful pula bagaimana?

Bagi kes penamaan wasi di takaful pula, penama wasi perlu pegang amanah untuk langsaikan hutang arwah, laksanakan wasiat sekiranya ada dan akhirnya manfaat takaful perlu diagih secara faraid kepada waris yang berhak.

Jadi, ada tak solusi yang dapat jamin laksana hasrat kita bagi manfaat takaful?

Solusinya adalah Takaful Trust.

Ringkasnya, segala manfaat takaful diserah milik ke syarikat amanah dan diikat dengan surat ikatan amanah supaya segala hasrat yang diberi dilaksanakan.

Perbandingan antara takaful wasi, hibah dan trust.

Kenapa pilih syarikat amanah?

Syarikat amanah tak ‘mati’ dan syarikat ini tertakluk kepada Akta Pemegang Amanah. Jika satu klausa didapati pecah amanah, syarikat akan disaman pihak berkuasa minimum RM2,000,000 per klausa.

Dengan takaful trust, kita dapat rangka satu pelan macam mana nak agihkan manfaat takaful mengikut hasrat kita. Sebagai contoh, ambil sijil takaful bernilai RM2,000,000.

  1. RM200,000 diserahkan tunai kepada isteri sebagai hadiah.
  2. RM200,000 untuk langsai hutang
  3. RM100,000 didermakan ke masjid, rumah anak yatim atau badan kebajikan
  4. Baki RM1.5 juta dilaburkan

Untuk poin nombor 4, RM1.5 juta boleh dilaburkan ke instrumen yang beri return 4% setahun. Dapat dividen RM60,000 setahun atau bersamaan RM5,000 sebulan.

Kita arahkan syarikat amanah untuk serahkan RM5,000 sebulan kepada keluarga untuk belanja sara hidup.

Modal asal RM1.5juta masih kekal ada sehingga 80 tahun. Bagus kan? Kita boleh rancang sehingga 2 ke 3 generasi dengan instrument takaful trust.

Terpulang atas kita nak merancang macam mana, syarikat amanah turutkan. Ibaratnya syarikat amanah ini adalah PA kita bila kita dah tiada nanti.

Jadi, yang mana satukah menjadi pilihan anda sebagai instrumen perancangan harta anda?

Nasihat saya, buatlah perancangan harta sebaik-baiknya sebelum kita meninggal dunia supaya dapatlah kita memudahkan urusan ahli keluarga kita yang masih hidup. InsyaAllah.

Sekiranya anda berminat tentang takaful trust dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “Takaful Trust – Jadikan Hibah Takaful Lebih Mantap

Comments are closed.

error: Pengisian blog ini dilindungi !!