SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

CuepacsPA – Program Pampasan Takaful Kemalangan Diri Untuk Penjawat Awam

cuepacsPA

CuepacsPA adalah salah satu program takaful atas kerjasama Cuepacs dan Medical Assistance Sdn Bdn selain CuepacsCare.

Kalau CuepacsCare adalah program yang berasaskan medical card untuk keluarga, CuepacsPA pula adalah program pampasan takaful kemalangan buat penjawat awam.

Secara ringkasnya, peserta akan dilindungi dengan manfaat pampasan kewangan sekiranya berlaku kemalangan ke atas dirinya dan ahli keluarga yang turut serta dalam program ini.

Program CuepacsPA memberi perlindungan 24jam kemalangan diri menyeluruh di seluruh dunia yang merangkumi perlindungan kewangan untuk perkara berikut:

Perlindungan CuepacsPA
Perlindungan CuepacsPA

CuepacsPA menawarkan 2 jenis pelan dengan manfaat kewangan yang berbeza. Berikut adalah harga caruman bulanan untuk kedua-kedua pelan.

Harga caruman CuepacsPA
Harga caruman CuepacsPA

Sangat murah kan? Mari kita lihat pula manfaat-manfaat dan pampasan yang ditawarkan untuk kedua-dua pelan di atas:

1. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Sebagai Penumpang di dalam Pengangkutan Awam Berlesen

kemalangan pengangkutan awam cuepacsPA

Apabila berlaku kematian akibat kemalangan dalam pengangkutan awam yang berlesen, peserta akan diberikan pampasan kewangan seperti berikut:

2. Manfaat Kematian Akibat Pengangkutan Sendiri

kematian akibat pengangkutan sendiri cuepacspa

Untuk manfaat ini, pampasan akan diberikan berlaku kematian akibat kemalangan ketika peserta sedang menaiki kenderaan sendiri.

Berikut adalah jumlah pampasan mengikut pelan:

3. Manfaat Kematian lain-lain disebabkan kemalangan

Kematian lain-lain disebabkan kemalangan adalah:

  • Pembunuhan atau serangan
  • Mogok, rusuhan, kekacauan awam atau perampasan
  • Keracunan makanan secara kemalangan
  • Lemas secara kemalangan
  • Panahan petir
  • Pendedahan dan kehilangan

Jumlah pampasan yang akan diberi mengikut pelan:

4. Manfaat Kelumpuhan Menyeluruh atau Ketidakwarasan Akibat Kemalangan

kelumpuhan menyeluruh atau ketidakwarasan akibat kemalangan cuepacspa

Untuk manfaat perlindungan ini, peserta CuepacsPA akan diberikan pampasan bagi kelumpuhan menyeluruh dari leher ke bawah atau berlaku ketidakwarasan menyeluruh yang tidak dapat diubati akibat daripada kemalangan.

Berikut adalah jumlah pampasan:

5. Manfaat Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan

Program CuepacsPA melindungi hilang upaya kekal atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan yang menghalang sama sekali peserta untuk menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangkan 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh.

Jumlah pampasan yang akan diberikan adalah:

6. Manfaat Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan

perbelanjaan perubatan cuepacspa

CuepacsPA akan membayar semula perbelanjaan perubatan akibat kemalangan semasa dimasukkan ke mana-mana hospital swasta atau kerajaan.

Berikut adalah had pembayaran perbelanjaan mengikut pelan:


Nota penerangan:

Saya suka mengingatkan kepada para peserta supaya tidak salah faham, bahawa had limit pembayaran perbelanjaan adalah mengikut pelan.

Sekiranya kos perubatan melebihi had, peserta perlu menambah sendiri kos tersebut dengan wang sendiri.

Misalnya, kos perubatan kemalangan di hospital swasta adalah sebanyak RM7000, peserta yang mencarum pelan A perlu menambah kos kekurangan had limit perlindungan iaitu sebanyak RM4000. Untuk peserta pelan B pula perlu menambah wang sebanyak RM2000.

Walau bagaimana pun, adalah lebih baik jika kita mempunyai manfaat ini daripada tiada bukan?

Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan ketika ditimpa musibah.

Manfaat ini juga adalah bonus tambahan buat mereka yang sudah memiliki pelan medical card kerana boleh menjadi ‘add-on’ kepada coverage medical card.


7. Elaun tunai harian di hospital kerajaan

Elaun tunai harian sebanyak RM100 akan diberikan semasa penghospitalan di hospital kerajaan akibat kemalangan.

Berikut adalah had limit elaun mengikut pelan:

Nota penerangan:

Elaun sehari yang diberikan adalah RM100 dengan limit RM2000. Sekiranya peserta masuk wad kerajaan hanya selama 7 hari, hanya RM700 sahaja akan diberikan.

Jika peserta pelan A berada di wad selama 40 hari, RM100 sehari dengan hanya limit maksimum RM2000 sahaja elaun yang akan diberikan.

8. Elaun Perjalanan Mingguan Untuk Ahli Keluarga

Elaun perjalanan mingguan keluarga cuepacspa

Elaun perjalanan mingguan ini akan diberikan kepada ahli keluarga terdekat untuk melawat dan menguruskan pesakit semasa berada di hospital akibat kemalangan.

Apabila kita terlantar di hospital, kos ulang alik ke hospital yang agak tinggi kadangkala membebankan kewangan ahli keluarga terdekat. Dengan adanya manfaat ini, sedikit sebanyak dapat membantu ahli keluarga kita.

Berikut adalah elaun mingguan yang akan diberikan mengikut pelan:

9. Manfaat tambahan (termasuk untuk kematian biasa)

Manfaat khairat kematian (termasuk kematian biasa) akan diberikan untuk belanja pengkebumian dan upah haji (bagi yang beragama Islam).

Bagi peserta yang bukan Islam pula, perlindungan perbelanjaan kematian akan diberikan seperti berikut:

Had Umur Perlindungan CuepacsPA

Bagi pemohon dan pasangan, layak memohon dari umur 18 tahun sehingga 60 tahun.

Pembaharuan program pula boleh dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

Bagi anak pemohon pula, perlindungan pula akan bermula seawall umur 30 hari sehingga 18 tahun dan boleh dilanjutkan sehingga umur 23 tahun sekiranya anak masih bujang dan belajar sepenuh masa di dalam Malaysia.

Pengecualian Perlindungan CuepacsPA

Berikut pula adalah senarai pengecualian yang ditetapkan dalam Pelan Perlindungan Kemalangan CuepacsPA:

CuepacsPA program takaful yang mudah disertai

Untuk menyertai program takaful CuepacsPA adalah mudah sahaja.

Anda perlu mengisi beberapa borang dan membuat potongan bulanan melalui biro angkasa.

Sekiranya anda berminat atau ada pertanyaan lanjut, boleh klik butang di bawah:

Kesimpulan

Pada pendapat saya, CuepacsPA adalah pelan pampasan kemalangan yang paling berbaloi dan rendah harganya di pasaran berbanding produk takaful syarikat lain.

Dengan harga yang rendah dan coverage perlindungan yang bagus, saya amat galakkan untuk para penjawat awam mengambil peluang menyertai program CuepacsPA.

Ini kerana anda tidak akan dapat harga serendah CuepacsPA dan perlindungan manfaat sebaik ini dari syarikat lain yang ada di pasaran.

Program ini juga adalah program yang bagus sebagai tambahan perlindungan kewangan kita, lagi-lagi ketika kita amat memerlukan kewangan di saat ditimpa musibah.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

1 thought on “CuepacsPA – Program Pampasan Takaful Kemalangan Diri Untuk Penjawat Awam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


error: Pengisian blog ini dilindungi !!