fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Perkara yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Mencarum Takaful (Part 2)

takaful keluarga

Sebelum kita ambil keputusan untuk ambil takaful, kita perlu tahu keutamaan dan kepentingannya terdahulu dalam keluarga kita. Kadangkala, ada orang dalam keluarga yang memerlukan coverage yang lebih besar, dan ada yang hanya perlukan coverage kecil sahaja.

Perkara ini penting untuk kita tahu supaya kita dapat menjaga kewangan keluarga kita.

Siapakah yang paling utama untuk mencarum dalam sesebuah keluarga?

Sebuah keluarga mesti akan rasa lebih selamat jika ada perlindungan kewangan untuk kegunaan saat kecemasan.

Tetapi jika pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung takaful setiap ahli keluarga, dahulukan orang yang paling penting dalam ahli keluarga iaitu suami atau ayah.

Sebab mereka itu adalah breadwinner di dalam keluarga.

Breadwinner ialah orang yang bertanggungjawab memberi nafkah untuk keluarga. Jadi sekiranya sesuatu terjadi ke atas mereka, maka pendapatan dan perbelanjaan keluarga akan terjejas.

Namun, bagaimana pula dengan suami isteri yang bekerja?

Memandangkan zaman sekarang jika suami sahaja yang bekerja, pendapatan keluarga tidak akan mencukupi. Jika begitu, orang kedua yang perlu mencarum adalah isteri.

Kemudian barulah kita lihat jika duit lebihan yang ada sama ada perlu atau tidak caruman takaful untuk anak.

Bagi keluarga yang besar, bajet untuk takaful biasanya akan jadi sedikit ketat.

Jadi kita boleh ambil takaful Income Protection sahaja untuk ayah dan ibu.

Tanpa medical card.

Tapi buat anak, kita boleh consider untuk ambil medical card

. Sebab kalau kita terpaksa warded hospital, kita masih boleh gagahkan diri untuk ke hospital kerajaan.

Cuba bayangkan anak kita yang kecil, pasti mereka memerlukan ibu untuk sentiasa berada di sisi.

Jadi lebih eloklah jika kita buatkan medical card untuk si anak kerana jika kita tiada, maka anak akan hilang tempat untuk bergantung.

Bayar setiap bulan tapi tak pernah claim. Bayar takaful hangus sahaja kah?

“Apa yang saya dapat kalau dalam tempoh 5 tahun saya langsung tak guna medical card ni?”

Sebenarnya saat anda mula mencarum takaful, anda sudah memberi kegembiraan kepada orang lain.

Kenapa saya cakap macam tu?

Takaful ini menggunakan kontrak tabarru’ yang bermaksud derma atau sedekah.

Duit yang kita bayar bulan-bulan itu adalah derma yang dikumpul beramai-ramai bagi membantu ahli lain yang ditimpa musibah.

Biarpun bukan kita yang jatuh sakit, mungkin ada pencarum lain yang terpaksa berdepan dengan kos rawatan yang tinggi dan memerlukan duit.

Jadi disinilah fungsi takaful iaitu saling membantu antara satu sama lain.

Caruman takaful kita yang kita ambil ni bukan untuk lindungi diri sendiri sahaja, tetapi untuk membantu orang lain juga.

Konsep takaful ini umpama tabung khairat kematian di masjid yang ada di kawasan anda.

Caruman yang kita bayar untuk tabung khairat setiap tahun itu adalah supaya sekiranya ada ahli kariah yang meninggal dunia, warisnya dapat menggunakan duit tabung tersebut untuk menampung kos pengebumian.

Pernah ke kita cakap pada ahli masjid, “Imam, saya nak duit yang saya bayar untuk tabung khairat hari tu sebab dah lebih 6 tahun saya bayar tapi saya tak dapat apa-apa pun.” Sudah tentu tidak.

“Kenapa ada agen kata takaful ini ada simpanan?”

Okay, dekat sini saya nak jelaskan sekiranya anda ambil medical card sekali dalam produk investmentlink, maka akan ada sebahagian duit caruman bulanan yang pergi ke Cash Value.

Duit dari Cash Value itulah yang ramai agen klasifikasikan sebagai duit simpanan.

Produk Medical Card Rider vs Produk Standalone

Produk medical card selalunya terdiri daripada dua jenis produk iaitu yang standalone dan yang attach dengan produk investment-link sebagai rider.

Persoalannya, yang mana pilihan yang lebih baik?

Biasanya dalam polisi takaful hayat, medical card takaful sering ditawarkan sebagai rider.

Ia merujuk kepada pilihan tambahan yang perlu diambil bersama polisi pelaburan. Selain itu, ia akan menjadi cash value (nilai tabungan) selepas beberapa tahun kita mencarum.

Untuk medical card standalone pula, ia ditawarkan secara bersendirian atau solo. Ini bermakna, polisi medical card yang kita terima adalah tanpa sebarang polisi pelaburan atau simpanan.

Ia mungkin nampak murah memandangkan kita hanya bayar caruman medical card sahaja, namun standalone medical card ini tiada cash value. Ini bermakna jika kita terlewat bayar, maka polisi akan terus luput (lapse).

Cuba bandingkan situasi untuk dua medical card yang digunakan kanak-kanak (usia 30 hari-18 tahun) yang mempunyai coverage hampir sama.

Harga bilik hospital yang boleh masuk agak tinggi iaitu RM300 sehari.

Caruman bulanan yang perlu dibayar oleh pemegang medical card rider adalah kurang RM180 sebulan kerana sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam polisi pelaburan. Manakala bagi standalone, jumlah carumannya lebih kurang RM90 sebulan.

Jadi, yang mana lebih baik?

Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bagi orang dewasa seeloknya untuk ambil sekali dengan polisi takaful hayat supaya dapat bina plan Income Protection. Untuk kanak-kanak, medical card standalone sudah memadai.

Memang kita akan rasa rugi sebab tiada cash value tapi kita kena fikir juga tujuan utama kita ambil medical card.

Adakah untuk simpanan atau untuk tampung kos rawatan hospital?

Tapi bukankah lebih baik sekiranya ada berlaku lebihan, dan lebihan tersebut digunakan untuk simpanan instrument pelaburan seperti unit trust atau Tabung Haji.

Sebagai contoh jika RM90 disimpan di dalam pelaburan dan pulangan yang diberi adalah sekitar 6% setahun, dalam tempoh 20 tahun nilainya akan berganda menjadi lebih kurang RM41,000. Tinggi bukan?

“Tetapi medical card standalone tak ada payor benefit.”

Payor benefit merupakan salah satu rider yang selalunya ditambah apabila kita ambil medical card sebagai rider.

Bagi caruman yang dibuat untuk kanak-kanak, sekiranya pembayar caruman (ayah/ibu/penjaga) meninggal dunia, bayaran akan menjadi waive (bayaran caruman digugurkan) sehingga usia mereka mencecah 23 tahun.

Mari kita lihat jumlah sebenar payor benefit:  

RM180 x 12 = RM2,160

RM2,160 x 23 tahun = RM49,680

Jadi adalah lebih baik jika si ayah mengambil polisi takaful hayat dan bina plan Income Protection. Nilai caruman yang perlu ditambah hanya lebih kurang RM15-RM20 sebulan sahaja.

Kesimpulan

Perkara-perkara di atas adalah isu yang perlu anda ambil kira sebelum mencarum takaful.

Kadangkala, kita ambil sahaja takaful tanpa buat perkiraan mengenai perkara di atas. Sebab itulah sesetengah orang merasa beban apabila mencarum takaful, sedangkan takaful adalah salah satu instrumen pengurusan risiko kewangan kita.



Sebagai seorang Financial Adviser Representative, saya ada akses terhadap 7 buah syarikat takaful untuk anda buat perbandingan dan dapatkan perlindungan takaful yang sesuai and optimum.

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat mengenai takaful, boleh klik link di bawah.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!