SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

7 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sebelum Beli Rumah

beli rumah
Beli rumah idaman merupakan impian semua orang.

Semasa nak beli rumah, ramai membuat kesilapan yang bakal merugikan mereka.

Jadi, elakkan melakukan kesilapan-kesilapan ‘common’ seperti di bawah:

1 .Tak buat kajian betul-betul

Kebanyakan orang membeli rumah tanpa buat kajian yang mendalam tentang rumah yang mereka nak beli.

Adakah dah betul-betul puas hati dengan lokasi dan keadaan rumah?

Adakah rumah itu sesuai dengan keperluan keluarga di masa hadapan?

Ada yang hanya tengok ‘brochure’ rumah yang cantik menawan, terus letak deposit tanpa berfikir panjang.

Bila dah letak deposit, tiba-tiba nak ‘cancel’, sudah tentu akan ada kerugian yang perlu ditanggung.

Jadi, sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, buat kajian dengan teliti dahulu.

2. Tak ada pengurusan kewangan yang efektif

Sebelum nak beli rumah, ‘review’ dahulu kewangan kita.

Adakah sudah betul-betul kukuh untuk membayar ‘installment’ bulanan? Sudahkan kita membuat kira-kira kos-kos lain seperti ‘maintainace’, kos guaman, renovasi dan sebagainya?

Hutang rumah boleh dikatakan sebagai ‘lifetime commitment’.

Ramai yang buat silap dengan tidak mengukur kemampuan kewangan mereka untuk jangka masa panjang.

Jika tidak mampu untuk membeli rumah, kita masih boleh untuk menyewa.

Baca: Beli atau Sewa Rumah, Mana Lagi Berbaloi

3. Membeli ikut emosi

Kadang-kadang orang terlalu ‘excited’ nak memiliki rumah tanpa membuat perkiraan.

Ya, rumah boleh dikatakan sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Tetapi, adakah kita yakin harga rumah akan terus naik?

Adakah mudah untuk kita menjual rumah kita jika berlaku masalah kewangan?

Apakah perancangan kita jika ini berlaku?

Adakah rumah yang kita nak beli ini sesuai dengan keperluan jangka panjang?

4. Terlalu berhabis kos untuk renovasi

Apabila membeli rumah, ramai yang suka tanggalkan benda yang sedia ada (pintu, tingkap, tandas, sinki, dll) kemudian pasangkan semula yang baru dengan ‘taste’ masing-masing.

Kemudian, buat pula dengan penambahan bilik, garaj dan macam-macam lagi.

Beli rumah RM500,000, kemudian berbelanja dengan jumlah yang sama untuk kos renovasi.

Tetapi, perlu kita tahu, perkara ini tak membuatkan harga ‘market’ rumah kita naik ke RM 1juta.

Kenapa tak cari rumah yang betul-betul sesuai dan puas hati dengan ‘taste’ kita sahaja?

5. Tak pergi siasat keadaan rumah dahulu

Kes ini selalunya berlaku pada orang yang membeli rumah lama (lelong atau subsale).

Untuk kes begini, kita perlu periksa ‘wiring’, ‘plumbing’ dan keadaan struktur rumah tersebut samada masih elok atau tidak.

Sebaik-baiknya dapatkan juga nasihat daripada kontraktor atau konsultan yang mahir dalam bidang pembinaan rumah supaya kita dapat sediakan wang secukupkan untuk kos baik pulih.

6. Tak ambil tahu keadaan kawasan kejiranan

Ada suatu kes, sudah beli dan masuk rumah, tiba-tiba mahu berpindah pula kerana tak berpuas hati dengan keadaan kejiranan.

Seelok-eloknya kaji juga keadaan sekeliling kawasan perumahan kita seperti keselamatan, keadaan trafik ketika ‘peak hour’ dan juga ambil tahu jiran-jiran kita dari latar belakang yang bagaimana.

Tidaklah nanti sudah keluarkan kos yang banyak untuk membeli rumah, terpaksa jual semula hanya kerana keadaan persekitaran yang tidak sesuai dengan kehendak kita.

7. Tak dapatkan nasihat dari golongan professional

Walaupun kita boleh buat perbandingan harga rumah di platform ‘online’, adalah lebih baik jika dapatkan nasihat daripada ‘qualified valuer’ atau agen hartanah yang dipercayai untuk mendapatkan harga market rumah yang sesuai serta panduan membeli rumah yang betul.

Dari segi kewangan pula, carilah perancang kewangan yang berlesen untuk ‘review’ kewangan kita untuk mengelakkan keadaan kewangan kita semakin parah.

Kesimpulan

Memiliki rumah adalah satu komitmen yang berpanjangan dan merupakan salah satu ‘life-changing event’ dalam kehidupan kita.

Samada kita ingin memiliki rumah untuk diri sendiri atau pelaburan, fikir dan rancang betul-betul untuk mengelakkan kita membuat kesilapan mudah.

Ramai yang berjaya apabila menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah, tetapi lagi ramai yang gagal dan rumah menjadi hutang jahat apabila tidak merancang dengan baik.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!