- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Pernah dengar mengenai pelaburan mandat/private mandate?
Invest guna Akaun 1 ke unit trust, dah biasa dengar.
Invest guna Akaun 1 untuk beli saham direct di Bursa, biasa dengar?
‘Fund Manager’ profesional yang akan uruskan pelaburan mandat kita
Menariknya, fund manager yang tolong belikan saham, tolong jualkan dan uruskan portfolio investment client. Inilah yang dinamakan sebagai pelaburan mandat. Pelabur beri mandat kepada fund manager (berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti) untuk uruskan pelaburan. Kalau sendiri yang beli saham, silap-silap terjun tiruk sampai rugi on paper lebih 50% jika tiada ilmu (pengalaman saya sendiri).
Pelaburan mandat bukanlah benda baru dalam market. Mungkin atas faktor perancang kewangan berlesen yang sangat sedikit (700 orang lebih) berbanding ejen unit trust berlesen yang ada sekitar 10,000 orang lebih di Malaysia membuatkan ramai orang awam tak tahu pasal pelaburan ini.
Portfolio pelabur adalah tailor-made. Kalau upah baju raya dengan tukang jahit, setiap orang tak sama ukurannya kan? Begitulah juga dengan pelaburan mandat ini, setiap investor tak sama portfolionya atas faktor risk profile masing-masing berbeza. Fund manager adalah tukang ukur baju dan jahitnya.
Berbeza dengan pelaburan unit trust. Unit trust boleh diibaratkan sebagai baju yang dah siap jahit. Tinggal pilih saiz dan designnya sahaja.
Kenapa pentingnya tailor-made?
Ada client yang jenis aggressive iaitu sanggup untuk tengok kerugian atas kertas untuk capai pulangan yang tinggi dalam tempoh jangka masa panjang. Jadi fund manager akan beli saham yang ada potensi untung tinggi dalam tempoh jangka masa panjang.
Ada juga yang jenis conservative. Biasanya jenis ini tak boleh tengok kerugian langsung hatta dalam tempoh setahun. Dapat untung 3 ke 5% setahun pun dah cukup baik. Untuk pelabur begini, fund manager akan kurangkan pelaburan saham dan banyak invest ke dalam money market dan sukuk.
Apa-apa pun, kita tak boleh expect fund manager akan uruskan portfolio secara intraday atau speculative trading. Strategi yang digunakan adalah fundamental analysis.
Contoh-contoh portfolio yang telah melabur di pelaburan mandat
Bagaimana nak mulakan pelaburan?
Anda perlu semak kelayakan dahulu di website KWSP.
Minimum RM30,000 tetapi boleh mula dengan RM10,000 kemudian top up sehingga cukup RM30,000.
Tak pasti caranya? Anda boleh terus klik di sini untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.
4 thoughts on “Guna Akaun 1 KW$P Untuk Pelaburan Mandat di Bursa Saham”