- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Medical card apa yang terbaik?
Co-takaful?
Deductible?
Full coverage?
Medical card yang terbaik adalah medical card yang tak lapse, cukup coverage dan kita faham macam mana coverage tersebut berfungsi.

Medical card co-takaful dan deductible biasanya lebih murah berbanding full coverage.
Apa itu co-takaful dan deductible?
Sebelum anda nak mencarum medical card, bolehlah tekan butang di bawah untuk fahamkan beberapa terma yang ada dalam kebanyak produk medical card.
Jadi, co-takaful sesuai untuk individu yang kukuh dari sudut kewangan, ada liquid asset yang banyak. Lagipun, kebiasaannya peserta ada limit maksimum yang perlu tanggung sendiri untuk kos rawatan.
Deductible medical card pula, sesuai untuk individu yang dah ada medical card lama, mungkin majikan sediakan ataupun dari medical card lama yang limitnya sedikit. Deductible juga berfungsi sebagai booster untuk limit medical card yang lama.
Kalau taknak pening kepala, pilih saja medical card full coverage. Full coverage lebih peace of mind berbanding co-takaful dan deductible. Segala kos rawatan yang biasa diamalkan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta takaful yang lain.
Bayangkan sekiranya kita berada dalam situasi ini. Kita ambil pelan medical card untuk 2 orang anak yang ada co-takaful 10%. Dua-dua anak pula perlu masuk wad pada masa yang sama. Jumlah bil untuk seorang adalah RM5000. Pembayaran untuk co-takaful seorang anak sudah RM500. Jadi, untuk 2 orang anak, kita perlu sediakan RM1000 untuk bayar bil perubatan co-takaful mereka.
Walaubagaimanapun, jangan expect medical card akan tanggung segala penyakit. Kena rujuk polisi di bahagian exclusion clause. Fahamkan betul-betul apa yang cover dan yang tidak.
Kesimpulan
Fahami setiap terma dan pilihan yang ada supaya kita dapat mencarum pelan medical card yang paling terbaik dan berbaloi untuk kita.
Sekiranya anda berminat untuk survey medical card, bolehlah klik link di bawah. Saya merupakan seorang Financial Advisor Representative (FAR) yang mempunyai akses kepada 9 buah syarikat takaful. Maka, mudahlah untuk anda buat perbandingan untuk dapatkan pelan takaful terbaik.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.
2 thoughts on “Medical Card Apakah Yang Terbaik?”