fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Panduan Memilih Medical Card Terbaik Untuk Anak

medicalc card terbaik anak

Apakah medical card yang terbaik untuk anak? Terlalu banyak pilihan di luar sana menyebabkan ramai ibu bapa yang pening apabila ingin membuat medical card untuk anak.

Tahukah anda bahawa medical card untuk anak boleh diambil seawal umur 30 hari?

Medical card untuk anak bukanlah suatu kewajipan, tetapi amatlah digalakkan. Anak kecil adalah antara golongan yang paling berisiko untuk mendapat penyakit.

Sebagai ibubapa, adalah tugas dan amanah kita untuk berikan rawatan yang terbaik buat anak-anak.

Sebenarnya, tidak kiralah syarikat mana pun yang menjadi pilihan, yang penting ianya adalah patuh syariah (takaful) dan memenuhi kriteria kita.

3 Tips Memilih Medical Card Terbaik Untuk Anak

  • Pemilihan harga bilik wad

Berdasarkan pengalaman sendiri, ramai ibu bapa yang lebih selesa untuk anak dimasukkan ke wad single. Dari sudut logik, ini penting.

Kebiasaannya bila anak masuk wad, si ibu lah yang akan menjaga.

Jadi, pemilihan bilik single dapat menjaga privasi si ibu terutamanya untuk menjaga aurat dan urusan siapkan diri.

Buatlah survey di hospital swasta terdekat, berapa kadar harga bagi bilik single.

Kebiasaannya RM200 ke atas. Jadi, boleh lah cari pelan medical card yang cover bilik RM200 dan ke atas.

prince court medical centre
Standard Room di Prince Court Medical Centre berharga RM280 semalam.
  • Annual limit dan lifetime limit

Bila ada ejen promote medical limit coverage sampai berjuta, semak dahulu samada itu adalah limit tahunan atau lifetime.

Ada medical limit yang lifetime limit tinggi, tetapi annual limit rendah. Ada yang tiada annual limit dan lifetime tetapi ada limit per penyakit.

Dalam kes ini, focus hanya pada annual limit yang tinggi dahulu.

Banyak kes tak cukup limit rawatan akibat annual limit rendah. Annual limit RM100,000 ke bawah dikira rendah.

Jika dapat yang RM1 juta ke atas sudah cukup bagus sebab nilai RM1juta relevan bagi tempoh 20 tahun dengan mengambil kira faktor medical inflation. Lifetime limit pula, sebolehnya cari yang unlimited.

  • Ada GL dan hospital panel

Kebanyakan medical card memang akan ada offer Guarantee Letter bagi kemasukan wad di hospital swasta.

Malangnya, ada juga sesetengah medical card tiada offer GL bagi sesetengah hospital. Kebiasaannya GL dan hospital panel ini berkait.

Jika hospital swasta itu adalah panel kepada syarikat takaful, InsyaAllah pihak takaful boleh keluarkan GL.

Jika bukan panel, hanya option bayar dan tuntut semula sahaja yang ada. Itupun bergantung kepada kes untuk syarikat takaful luluskan tuntutan.

Carilah medical card yang ada banyak panel hospital. Sekiranya wad hospital yang berdekatan dengan kita penuh, ada option untuk pergi ke hospital yang lain.


Bacaan tambahan sebelum membuat pilihan medical card untuk anak:

4 Perkara yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card

Medical Card Apakah yang Terbaik?


Cukuplah 3 poin yang relevan bagi kes medical card yang sesuai untuk anak. Apa-apa pun, tepuk poket, ikut bajet sendiri.

Pastikan juga polisi dibayar dengan disiplin, kalau sudah lapse, ambil medical card yang paling premium pun tiada gunanya.


Sekiranya anda berminat untuk survey medical card, bolehlah klik link di bawah. Saya merupakan seorang Financial Advisor Representative (FAR) yang mempunyai akses kepada 9 buah syarikat takaful. Maka, mudahlah untuk anda buat perbandingan untuk dapatkan produk takaful terbaik.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!