fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Sudahkah Anda Bertukar Ke Akaun KWSP Syariah?

KWSP Syariah

Pada tahun 2016, Lembaga KWSP telah memperkenalkan akaun simpanan KWSP syariah.

Ianya merupakan satu inisiatif supaya ahli boleh memilih simpanan untuk diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah.

Alhamdulillah, satu inisiatif yang bagus dan sepatutnya mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan orang Islam yang mencarum di KWSP.

Tetapi amat malang sekali kerana rupanya inisiatif ini tidak mendapat sambutan yang diharapkan.

Berdasarkan statistik daripada Lembaga KWSP pada tahun 2017, tidak sampai 1 juta ahli pun yang sudah bertukar ke akaun simpanan KWSP syariah.

Berikut adalah petikan video oleh Imam Muda Hassan mengenai statistik yang membimbangkan:

Terdapat 9 juta orang Islam daripada 14 juta ahli KWSP, tetapi tidak sampai 1 juta pun ahli KWSP yang sudah bertukar ke akaun KWSP syariah.

Ini bermakna tidak sampai 11% pun pencarum Islam di Malaysia yang sudah membuat penukaran ke akaun kwsp patuh syariah!

Apakah perbezaan antara akaun KWSP konvensional dan akaun KWSP syariah?

Sumber:KWSP

Untuk info lanjut mengenai perbezaan antara akaun kwsp konvensional dan syariah, boleh lah rujuk di sini.

Apakah masalah yang berlaku?

Antara permasalahan yang diketengahkan oleh orang ramai adalah tidak mempunyai masa untuk pergi ke cawangan KWSP berdekatan untuk menukar status akaun.

Tahukah anda bahawa sekarang kita sudah boleh tukar status akaun KWSP secara online sahaja.

Di bawah adalah video tutorial cara untuk tukar status akaun kwsp anda:

Mudah sahaja kan? Tak sampai 5 minit dah selesai. Tak perlu ambil cuti half-day untuk berurusan.

Saya tak mahu tukar ke akaun syariah sebab nanti dividennya lebih rendah dan tiada guaranteed return.

Ada yang sengaja tidak mahu tukar ke akaun kwsp syariah kerana kadar dividen yang lebih rendah.

Sebenarnya ini bukanlah satu masalah besar berbanding jika kita teruskan melabur di platform yang mengandungi unsur haram dan riba’.

InsyaAllah dividen akan meningkat di masa hadapan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutamanya orang Islam.

Dan ada cara untuk kita memaksimakan simpanan dan pelaburan di akaun simpanan KWSP dengan mengikut prinsip patuh Syariah. Untuk pertanyaan dan info lanjut, boleh klik sini.

Kenapa kerajaan tak tukarkan secara automatik?

Adalah salah di sisi undang-undang untuk kerajaan membuat penukaran secara automatik ke akaun Syariah.

Ianya melanggar hak pencarum untuk memilih cara pengurusan dan pelaburan akaun mereka.


Nasihat saya, segeralah menukar status akaun KWSP anda. Elakkan harta dan pendapatan kita daripada terjebak dengan unsur riba’ dan gharar.

Ianya bukan sekadar soal untung rugi, ia juga soal status halal dan haram rezeki kita.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!