- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Ramai di antara kita memilih Tabung Haji sebagai ‘instrumen’ untuk simpanan kita.
Di samping dapat menyimpan untuk ibadah haji, simpanan Tabung Haji juga dapat digunakan sebagai simpanan kecemasan atau simpanan peribadi kita atas faktor dividen yang ‘agak’ lumayan (sebelum isu hibah 2018).
Ada dua cara untuk kita menyimpan dalam akaun Tabung Haji dengan mudah setiap bulan:
- Simpanan Tabung Haji melalui Skim Potongan Gaji Tabung Haji
- Simpanan Tabung Haji secara online
Simpanan Tabung Haji melalui Skim Potongan Gaji Tabung Haji
Tujuan skim ini adalah untuk menggalakkan kita membuat simpanan bulanan di Tabung Haji dengan lebih berdisiplin, samada untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak.
Untuk skim potongan haji, boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji yang terdekat.
Sebelum itu, pastikan kita tahu nombor akaun Tabung Haji yang kita nak buat potongan bulanan dan amaun potongan gaji. Potongan minimum yang boleh dibuat adalah serendah RM10.
Kemudian, pergi ke kaunter Tabung Haji dan minta 2 jenis borang ini.
- Borang (JP010)
- Borang (JP010-01)
Lengkapkan Borang (JP010) dan Borang (JP010-01) ini kemudian terus hantar ke kaunter TH.
Dua salinan akan diberikan; satu salinan untuk majikan dan satu lagi salinan untuk pendeposit. Salinan majikan perlu dihantar kepada majikan masing-masing (HR atau jabatan akaun) dan salinan pendeposit pula untuk simpanan sendiri.
Apa yang bestnya dengan skim potongan gaji simpanan Tabung Haji ini?
Setiap bulan tak perlulah kita ke kaunter Tabung Haji dan bawa buku akaun semata-mata nak mendeposit. Jimat masa dan tak perlu bersusah payah cari parking.
Gaji kita pula automatik dipotong ke akaun Tabung Haji, secara tak langsung kita telah buat teknik ‘forced savings’ supaya tidaklah berbelanja sakan.
Sekurang-kurangnya ada sedikit simpanan. Sedar-sedar sudah ada banyak duit dalam akaun Tabung Haji, cukup RM10 ribu sudah boleh buat rayuan pergi haji. InsyaAllah.
Simpanan Tabung Haji secara Online
Untuk simpanan secara online pula, anda perlu ada akaun online banking di Cimb Clicks. Untuk langkah-langkah seterusnya anda boleh tonton video di bawah ni.
Simpanan secara online lebih mudah, pantas dan menjimatkan masa. Hanya klik-klik sahaja, sudah selesai urusan.
Cuma bagi saya, kekurangan cara ini adalah kita perlu betul-betul disiplin menyimpan.
Seelok-eloknya kita ‘set repeat transfer’ setiap bulan pada hari gaji supaya automatik dipotong masuk ke akaun Tabung Haji.
Melalui online banking, lebih mudah untuk kita semak baki akaun berbanding di kaunter Tabung Haji. Tapi bila tengok baki akaun dah banyak, jangan kelabu mata pula keluarkan untuk enjoy.
Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat simpanan bulanan dengan berdisiplin.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.
2 thoughts on “Langkah Mudah Buat Simpanan Bulanan di Tabung Haji”
Comments are closed.