- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Takaful profesional indemniti adalah sejenis takaful yang melindungi golongan profesional daripada risiko tindakan undang-undang dan tuntutan ganti rugi yang mungkin terjadi akibat daripada kesilapan atau kecuaian semasa menjalankan tugas.
Takaful ini adalah penting untuk bagi individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera, dan lain-lain.
Kerjaya profesional juga tidak lari dari kesilapan
Dalam melakukan pekerjaan harian, golongan profesional juga tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan dan kecuaian.
Walaupun kita sudah lakukan yang terbaik dan penuh hati-hati, kesilapan masih tetap boleh berlaku atas faktor-faktor yang di luar kawalan manusia.
Kadangkala, kesilapan ketika bekerja boleh mendatangkan kecederaan atau kerugian yang besar kepada pelanggan ataupun pihak yang terlibat.
Antara kerjaya profesional yang paling berisiko dan kerap untuk dikenakan tindakan undang-undang adalah bidang perubatan.
Ini adalah mungkin kerana faktor kekurangan doktor dan staf perubatan di hospital dan kepenatan mental, fizikal dan emosi menyebabkan lebih mudahnya untuk berlaku kesilapan ketika bertugas.
Takaful profesional indemniti melindungi golongan professional
Salah satu manfaat utama takaful profesional indemniti ini adalah perlindungan terhadap tuntutan dan tindakan undang-undang yang mungkin dikemukakan oleh pihak yang terjejas.
Takaful ini akan menyediakan dana untuk kos guaman, kos mahkamah, dan ganti rugi yang mungkin perlu dibayar oleh golongan profesional yang terlibat.
Tanpa perlindungan ini, kos-kos tersebut boleh menjadi sangat tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit.
Dengan kos sebegini, sudah tentulah akan memberi kesan serius kepada kewangan dan reputasi seseorang professional.
Selain itu, takaful profesional indemniti juga memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa jika berlaku kesilapan atau kelalaian oleh profesional semasa bertugas, mereka akan dapat ganti rugi yang sewajarnya.
Ini membantu membina kepercayaan antara profesional dan pelanggan dengan memberikan keyakinan bahawa profesional tersebut akan bertanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka lakukan.
Sekiranya golongan profesinal ini tidak mempunyai perlindungan takaful professional indemniti, sudah tentulah sukar untuk pihak terjejas untuk membuat tuntutan dan mendapatkan ganti rugi yang sewajarnya.
Ini sudah tentu akan menjejaskan kerjaya atau perniagaan yang dijalankan oleh profesional.
Jenis-jenis perlindungan liabiliti dan ganti rugi
Antara manfaat perlindungan yang ada dalam takaful profesional indeminti adalah:
- Perlanggaran tugas profesional
- Penyelewengan
- Kecuaian
- Kesilapan
- Tidak dapat menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan
Dan lain-lain. Jenis perlindungan adalah bergantung kepada kerjaya dan polisi daripada syarikat takaful.
Penting untuk diingatkan bahawa takaful profesional indemniti tidak melindungi daripada semua jenis tuntutan.
Kebiasaannya, takaful ini mempunyai had tanggungjawab dan pengecualian tertentu.
Sebagai contoh, tuntutan yang timbul akibat niat jahat atau penipuan mungkin tidak tertakluk dalam perlindungan takaful ini.
Berapakah jumlah manfaat perlindungan dan caruman untuk takaful profesional indemniti?
Jumlah jumlah manfaat perlindungan dan caruman tahunan adalah bergantung kepada jenis profesion dan bidang kerjaya professional.
Jadual di bawah adalah contoh jumlah manfaat perlindungan dan harga caruman tahunan yang berbeza pengikut jenis profesion (contoh untuk doktor perubatan).
Seperti yang kita tahu, setiap profesion mempunyai risiko yang berbeza, maka jumlah perlindungan dan caruman juga adalah berbeza mengikut keperluan profesion masing-masing.
Sebelum membuat keputusan untuk mecarum takaful profesional indemniti, para profesional perlu memahami terma dan syarat yang berkaitan dengan polisi tersebut dengan jelas.
Anda juga perlulah memastikan bahawa jumlah perlindungan yang dipilih sesuai dengan risiko yang dihadapi semasa menjalankan tugas.
Kesimpulan
Takaful profesional indemniti merupakan alat yang penting dalam melindungi para profesional daripada risiko undang-undang yang mungkin timbul akibat kesilapan atau kelalaian semasa menjalankan tugas.
Ianya memberikan perlindungan kewangan dan keyakinan kepada para profesional dan pelanggan mereka.
Dengan adanya takaful ini, para profesional dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tenang, dengan mengetahui bahawa mereka mempunyai perlindungan yang mencukupi jika berlaku tuntutan atau tindakan undang-undang.
Sekiranya anda seorang professional dan mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan perlindungan takaful profesional indemniti boleh klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.
Saya merupakan seorang Financial Planner yang mempunyai akses terhadap 9 buah syarikat takaful dapat memberikan panduan dan membantu anda memilih perlindungan takaful yang terbaik mengikut keperluan anda.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.