fbpx

SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Bekerja Sendiri? Tips Mudah Untuk Urus Pendapatan

bekerja sendiri

Bila jumpa prospek yang bekerja sendiri (self employed), selalunya saya akan tanya macam mana mereka tentukan income bulanan mereka.

Iyalah, gaji tak menentu, bulan ini komisen/hasil banyak, bulan depan belum tentu.

Ramai yang ambil pendekatan dengan jumlahkan gaji sehingga 6 bulan, kemudian puratakan.

Cara ini tak salah, cuma ada cara yang lebih baik dan lebih ‘selamat’.

Bagi mudahkan pemahaman, bekerja sendiri (self employed) ini adalah golongan yang tiada pendapatan tetap, hanya mengharapkan komisen atau hasil untung meniaga.

Kalau hari itu tak bekerja, tak dapatlah komisen atau untung meniaga. Contohnya kerja freelance, ejen produk kewangan, penapis air dan usahawan.

Jadi, apakah cara yang lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri?

Mudah sahaja.

1. Asingkan pendapatan sendiri dengan pendapatan meniaga. Biarpun sekadar enterprise.

2. Tetapkan belanja bulanan peribadi. Belanja bulanan ini termasuklah belanja isi rumah, takaful, simpanan kecemasan, tabung financial freedom, komitmen hutang kereta dan rumah.

Bila dah dapat tahu belanja bulanan peribadi, cuba kekalkan.

Contoh belanja bulanan RM6,000. Komisen bulan pertama RM10,000. RM4,000 simpan ke akaun bisnes, jangan buat belanja peribadi.

Bulan kedua, contohnya komisen hanya RM5,000 sahaja. Kurang RM1,000 dari belanja bulanan. Anggaplah bulan itu bisnes tengah ‘rugi’. Tarik sikit duit dari akaun bisnes untuk cukupkan belanja.

Buat benda yang sama untuk bulan seterusnya. Akaun bisnes kena cukupkan 12 bulan belanja bulanan sebagai tabung kecemasan. Jadi kalau belanja RM6,000 sebulan, tabung kecemasan kena ada RM72,000.

Tabung kecemasan penting. Andaikata bisnes  down, ada back up fund yang kita boleh guna. Worst case scenario, boleh cuba buat bisnes lain pula. Belanja bulanan RM6,000 masih boleh jalan seperti biasa.

Di mana nak simpan tabung kecemasan ini? Sebaiknya di tempat yang kurang risiko dan mudah cair. Tabung Haji, ASB dan money market fund contohnya.

Boleh juga diversify sebahagian untuk buat pelaburan yang medium risk. Bila buat macam ini, mudah kita nak kembangkan bisnes, tiada isu rompak duit bisnes.

Takdalah tiba-tiba bulan itu komisen atau untung sedebuk dapat RM30,000 terus buat bayar deposit superbike atau kereta mewah.

Bila buat hutang kereta mewah kita akan berusaha lebih keras? Saya lebih prefer peace of mind. Kalau installment dan kos bela kereta mewah itu ada sumber passive income yang boleh bayarkan, itulah peace of mind.

Akhir sekali, jangan dilupa buat rekod perbelanjaan perniagaan. Ini penting untuk tujuan cukai. Cukai tak boleh lari, tapi kita boleh cuba kurangkan dengan buat rekod belanja.

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu bagi golongan self employed. Lama-lama nanti akan upgrade diri ke business owner dan investor pula.  Waktu ini dah tak perlu fikir kerja keras, hanya buat apa yang kita suka sahaja.

Jika masih pening macam mana cara yang sesuai, eloklah berjumpa dengan perancang kewangan berlesen.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

error: Pengisian blog ini dilindungi !!