- Discretionary Trading (DT): Professional Bantu Trade FCPO? - July 12, 2024
- Program Keahlian Takaful Hibah Mampu Milik - June 28, 2024
- Berapakah modal minimum nak trade FCPO? - June 1, 2024
Baru-baru ini seorang client saya terkena penyakit kritikal. Nasib baik beliau ambil takaful dan ada ambil manfaat sakit kritikal dengan jumlah yang berpatutan dengan pendapatannya.
Alhamdulillah claim manfaat tunai sakit kritikal sebanyak RM100,000 telah selamat masuk ke akaun client. Tuntutan dibuat atas faktor penyakit Coronary Artery Disease, satu penyakit kritikal yang dilindungi daripada 36 jenis penyakit lain.
Client hubungi saya dan join takaful pada tahun 2017. Setakat ini kami belum pernah berjumpa lagi, segala urusan hanya atas talian. Saya dj Seremban, beliau di JB dan bekerja di Singapura.
Walaubagaimanapun, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan walaupun waktu PKP.
Manfaat tunai ini akan digunakan untuk teruskan perbelanjaan keluarga. Jika belanja setahun sekitar RM60,000, cash ini hanya dapat bertahan selama 20 bulan sahaja.
Setakat ini majikan masih lagi berikan gaji kepada beliau, alhamdulillah. Cuma dikhuatiri akan datang dah tak ‘fit-to-work’ untuk bekerja atas faktor kesihatan.
Tunai RM100,000 ini mungkin tak cukup untuk teruskan belanja melebihi 3 tahun. Tetapi jika dilaburkan sementara majikan masih beri gaji, ia adalah permulaan yang baik untuk mencapai financial freedom dan tak perlu risau jika tidak dapat bekerja.
Anda yang ada takaful, eloklah review semula manfaat takaful lagi-lagi yang hanya fokus hibah, hibah, hibah (padahal hibah takaful).
Jangan lupakan satu lagi manfaat yang paling penting dalam pelan perlindungan pendapatan iaitu manfaat sakit kritikal.
Seeloknya melebihi 3 tahun gaji atau sekurang-kurangnya RM100,000 jika faktor umur menyebabkan sumbangan jadi mahal justeru mengekang bajet anda.
Terima kasih buat semua pencarum takaful di Hong Leong MSIG Takaful. Duit yang anda semua sumbangkan setiap bulan sedikit sebanyak membantu client saya ini untuk terus sara hidup keluarga.
Sekiranya anda perlukan nasihat untuk review polisi takaful anda , boleh klik butang Whatsapp di bawah.
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.