- 4 Perkara yang Wajib Anda Faham Sebelum Ambil Medical Card - June 21, 2023
- Apa itu Unit Trust (UT)? - March 7, 2023
- Apa itu Equity Crowd Funding (ECF)? - November 25, 2022
Alhamdulillah, Malaysia adalah antara negara yang memberikan bantuan kerajaan kepada pemilik perniagaan yang terjejas kerana isu Covid-19 ini.
Pada penghujung tahun 2019, seluruh dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak Covid-19.
Malaysia tidak terkecuali daripada terkena wabak pandemik ini. Pada 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) bagi membendung penyebaran wabak ini.
Sehingga hari ini (saat artikel ditulis pada 11 May 2020), PKP masih lagi dijalankan dan bakal dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
Setelah hampir 3 bulan PKP dilanjutkan, sudah tentu ekonomi terjejas, terutamanya buat perniagaan jenis kecil dan sederhana.
Berikut adalah senarai inisiatif bantuan kerajaan bagi membantu usahawan PKS dan juga rakyat Malaysia menghadapi saat sukar ini:
1. Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan kerajaan yang disediakan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Untuk maklumat lanjut mengenai BPN, boleh layari website https://www.wilayahku.com.my/nak-tahu-bagaimana-bantuan-prihatin-nasional-dibayar-sila-baca-maklumat-ini/
2. Geran Khas Prihatin PKS
Bantuan khas kepada pengusaha/peniaga PKS (Mikro sahaja) dengan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk setiap seorang/syarikat.
Syarat-syaratnya boleh dibaca dalam pautan ini: https://www.pubiperak.com/syarat-syarat-bantuan-prihatin-rm3000-untuk-setiap-pengusaha-pks-mikro/
3. Program Subsidi Upah (PSU) PERKESO
Bantuan kewangan yang dibayar kepada semua perusahaan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 bagi tujuan dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
Jumlah subsidi:
1- 75 pekerja: RM1,200 sebulan setiap pekerja
76-200 pekerja: RM800 sebulan setiap pekerja
201 ke atas: RM600 sebulan setiap pekerja
Syarat-syarat permohonan boleh dibaca di sini: https://www.perkeso.gov.my/images/pengumuman/psu/FAQ_PSU_-_14_April_2020__4.00pm.pdf
Permohonan boleh dibuat di sini: https://psu.perkeso.gov.my/
4. Inisiatif Pendigitalan PKS
MOF memperuntukkan geran ini semasa Belanjawan 2020 untuk menawarkan kepada PKS peluang untuk mendigitalkan perniagaan.
Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 dari jumlah invois.
Tawaran menarik untuk produk operasi digital dari senarai panel yang disenaraikan oleh MDEC.
Skop pendigitalan yang luas:-
▪️Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
▪️Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR)
▪️Pemasaran Digital / Jualan
▪️Perolehan
▪️Perakaunan & Cukai
Syarat-syarat dan permohonan boleh dibuat di sini: https://www.smebank.com.my/ms/sme-digitalisation-initiative
Sumber maklumat: Tuan Ahmad Saifuddin Amran
Nasihat saya, di waktu ini eloklah kita kuatkan digital presence kita dan mantapkan ilmu dalam bidang digital marketing.
Siapa sangka hari ini kita perlu membuat kebanyakan pembelian dan menjalankan urusan-urusan perniagaan secara online.
Manfaatkan platform digital marketing sedia ada seperti Youtube, Whatsapp, Facebook dan Instagram.
Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak menjual secara online menggunakan Whatsapp, boleh cuba guna apps Yezza. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut : https://yezza.co/
Apa-apa pun , saya doakan agar kita semua berjaya mengharungi saat sukar ini dengan baik. Semoga wabak COVID-19 ini akan hilang sepenuhnya dari muka bumi ini.
#KITAMESTIMENANG
Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.