SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Pengalaman Guna Medical Card di Salam Senawang Specialist Hospital

salam senawang specialist hospital

Ini pengalaman kali kedua anak saya warded menggunakan medical card.

Anak tiba-tiba demam panas sehingga suhu mencecah 40˚C. Risau boleh terkena sawan tarik. Ada juga selsema dan batuk.

Sebelum ambil keputusan untuk hantar ke hospital swasta, saya call dulu hospital swasta di sekitar Seremban untuk pastikan bahawa ada bilik wad yang kosong. Bukan apa, sebelum ini pernah ke hospital swasta juga tetapi ditolak untuk jagaan di wad kerana semua bilik sudah penuh.

Saya lebih prefer anak saya masuk wad sekiranya sakit teruk kerana pantauan dan jagaan yang lebih rapi di bawah pantauan doktor berbanding di rumah.

Hospital swasta dipilih bukan sebab hospital kerajaan tak bagus. Hakikatnya hospital kerajaan lah yang paling bagus dari sudut fasiliti dan penjagaan rawatan kanak-kanak.

Tetapi untuk kes rawatan biasa lebih-lebih lagi untuk anak kecil, keselesaan adalah keutamaan saya. Dapat privasi, boleh solat, boleh mandi dan salin pakaian di bilik malah kami sekeluarga bebas untuk bermalam di sini. Dah macam check in hotel pula.

Alhamdulillah, di Salam Specialist Senawang Hospital ada sistem ‘waiting list’ untuk masuk ke wad. Kami datang ke hospital lebih kurang pukul 10 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Setelah doktor membuat diagnosis, anak disahkan dijangkiti virus influenza. Memang perlu dikuarantin dan bilik pula dapat bilik single.

Ubat paracetamol supp diberikan dan kami pulang ke rumah sementara menunggu bilik kosong.

Lebih kurang pukul 5 petang macam tu, nurse call kata bilik dah ready. GL pun dah lulus awal-awal lagi. Memang pantas dah terbaik servis mereka.

salam senawang specialist hospital
Keadaan ruang bilik yang luas. Ada disediakan juga ‘baby cot’ untuk keselamatan anak kecil dan katil untuk penjaga. Bilik air pun ada, cuma tiada gambar. Lupa nak ambil.

4 hari 3 malam jugalah kami berkampung di hospital. Serius juga jangkitan virus anak saya.

Alhamdulillah, atas jagaan rapi di bawah pantauan doktor pakar, anak semakin sembuh.

Paling best, doktor pakar siap rekemen lotion yang sesuai untuk anak sebab dia tengok ada ‘mild eczema’. Natural product, sangat berkesan dan harga pun murah kalau nak banding jenama lain di pasaran.

Total sumbangan yang saya dah buat untuk medical card anak sejak 2016 hanya sekitar RM3,100 (average RM107 sebulan) untuk dapatkan coverage bilik VIP Suite di Salam Senawang Specialist Hospital, tiada annual limit dan tiada lifetime limit.

Total claim yang sudah dibuat mencecah RM10,000.

Terima kasih buat pencarum medical card takaful yang telah membuat sumbangan. Hasil sumbangan anda sedikit sebanyak membantu menanggung kos rawatan anak saya.

Ada satu benda saya menyesal. Beberapa bulan lepas saya tak proceed untuk submit required documents anak bagi Child Protection plan.

Kalau tak, boleh claim Hospital Income Benefit. Bila anak masuk wad, saya sebagai sole breadwinner yang self employed sedikit terkesan akibat terpaksa cancel banyak appointment untuk minggu ini.

Anda yang mampu, eloklah ambil medical card juga. Medical cost jangan dibuat main ya.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


error: Pengisian blog ini dilindungi !!