SAFWAN AMRAN

Perancang Kewangan Islam Pilihan Anda

Tabung Haji vs Islamic Bond

Tabung Haji vs Islamic Bond

Tahun lepas, sempat saya advise pada client untuk keluarkan sebahagian duit Tabung Haji untuk simpan di tempat lain (Islamic Bond).

Alang-alang simpanan mencecah puluhan ribu, saya cadangkan untuk tinggalkan RM10,000 sahaja di dalam TH, selebihnya masuk ke unit trust untuk diversify.

Saya suka menggalakkan client saya untuk ‘diversify‘ simpanan atau pelaburan mereka bagi mengurangkan risiko supaya tidaklah semuanya diletakkan hanya di satu tempat sahaja.

Kalau kita lihat pada performance TH pada tahun 2017, simpanan RM9980 akan mendapat total hibah sebanyak 6.25%. Lebihan daripada RM9980 akan dapat hibah 4.5% sahaja.

Alhamdulillah, setakat hari ini, fund yang saya cadangkan untuk client diversify sudah beri return sebanyak 5.13%. Invest pada 19/3/2018.

Islamic Bond
Return sebanyak 5.13% untuk fund ini.

Fund ini sesuai dengan risk profile client yang nak kekalkan ciri-ciri emergency saving.

Antara kelebihan fund ini:
– Tiada sales charge
Minimal risk (close to zero risk)
– Mudah cair (boleh buat online redemption)
Award winning fund (best fund in its class)

Fund ini sesuai dengan risk profile client yang nak kekalkan ciri-ciri emergency saving (low risk dan mudah cair).

Di saat pendeposit Tabung Haji tertunggu-tunggu hibah, client ini sudah pun enjoy return daripada fund ini hasil diversification.

Tinggal nak tunggu berapa hibah TH pula untuk baki akaun yang tinggal di TH.

Buat mereka yang tercari-cari platform pelaburan patuh syariah yang ‘minimal risk‘, Islamic Bond ini juga merupakan salah satu alternatif pelaburan yang baik selain Tabung Haji.

Sebenarnya masih ada banyak lagi platform pelaburan alternatif yang patuh syariah yang boleh kita sertai bergantung pada ‘investor risk profile‘ kita.

Untuk membuat pelaburan di islamic bond, anda bolehlah rujuk mana-mana agen unit trust yang boleh menawarkan fund jenis ini atau perancang kewangan berlesen untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang platform pelaburan ini.

Disclaimer: Penulisan di blog ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi daripada penulis. Sebarang maklumat dan pendapat penulis tidak mewakili mana-mana syarikat atau agensi kecuali dinyatakan sebaliknya. Pemilik tidak menanggung sebarang liabiliti atas apa jua kejadian, kerugian, kecacatan mahupun kes perundangan membabitkan penulisan di blog ini.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


error: Pengisian blog ini dilindungi !!